Perang Perdagangan Amerika-China, Apple Bakal Memindahkan Production Mereka Ke Asia Tenggara?

Apple kini dilaporkan telah meminta pembekal utama mereka untuk memindahkan sebahagian daripada produksi mereka iaitu sebanyak 15%-30%, dari China ke Asia Tenggara bagi memudahkan proses penstrukturan.

Awal bulan ini, agensi penarafan kredit Fitch mengatakan Apple, Dell Technologies Inc dan HP Inc sebagai sasaran tempias perang perdagangan di antara Amerika Syarikat dan China dalam isu Huawei.

Nikkei juga melaporkan syarikat pembuatan mereka iaitu Foxconn, Pegatron Corp, Wistron, Quanta Computer Inc, Compal Electronic Inc, Luxshare-ICT dan Goertek diminta untuk mempertimbangkan keputusan berpindah ke luar negara China.

Di antara negara yang dalam senarai perhatian adalah Mexico, India, Vietnam, Indonesia dan Malaysia. Namun begitu, India dan Vietnam adalah merupakan negara favourite untuk mereka buat masa ini. Jika ini benar, maka leburlah harapan kita sebagai rakyat Malaysia untuk melihat kilang gergasi tersebut di sini.

Minggu lepas Foxconn telah mengeluarkan kenyataan bahawa mereka mampu mencapai permintaan Apple di Amerika Syarikat, walaupun Presiden Trump mengugut untuk mengenakan tarif bagi produk dari China.

Penganalis Wedbush Securities mengatakan Apple mungkin akan mengeluarkan produk mereka di India untuk 12-18 bulan akan datang. Paling tidak pun, 2-3 tahun untuk berpindah ke negara baru.

Ini merupakan cabaran yang besar untuk Tim Cook. China dilihat sebagai pasaran utama Apple. Pada Q1 2019 yang lalu, Apple mencapai 18% jualan keuntungan mereka dari negara China. Namun baru-baru ini, Trump telah berjumpa dengan Tim Cook bagi membincangkan hal perang perdagangan ini.

Sungguhpun demikian, penulis yakin Apple mungkin akan berpindah ke India kerana negara itu sedang meningkat naik. Jika anda mahu mengetahui bagaimana kisah Steve Jobs membangunkan Apple dari bawah, boleh terus baca di sini.

Artikel ini disumbangkan oleh Faiz Azizan, penulis di InvestorMY.

Komen

komen

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Send this to a friend