Prinsip Asas Ke Arah Bebas Kewangan

Margaret Bonnano ada menyebut ‘..being rich is having money, being wealthy is having time..’

Prinsip paling asas ke arah bebas kewangan adalah menyimpan ‘paling minima’ 20% daripada pendapatan bulanan kita. Dalam erti kata lain, adalah membelanjakan ‘paling maksima’ 80% daripada pendapatan bulanan.

Jika pendapatan bulanan kita adalah sebanyak RM2,000 dalam sebulan, belanjakan tidak lebih daripada RM1,600 manakala selebihnya masukkan ke dalam akaun simpanan. Jika pendapatan bulanan kita sebanyak RM5,000 sebulan, maka pastikan kita berbelanja lebih daripada RM4,000 dan simpan selebihnya,

Berdasarkan prinsip asas ini, jika kita berdisiplin dalam melakukannya; kita sudah selangkah maju di hadapan. Jangan benarkan perkara seperti hutang pembayaran rumah, kereta, Takaful, membeli-belah dan sebagainya mengakibatkan kita berbelanja melebihi paras 80% ini.

Jika kita perhalusinya dengan lebih mendalam, lihatlah betapa mudahnya kita terpedaya sehingga berbelanja melebihi daripada kemampuan kita. Contohnya, kita ada kad kredit, pinjaman persendirian, skim ansuran mudah dan banyak lagi. Ia sepatutnya digunakan apabila kita sesak, dan bukannya untuk digunakan sesuka hati.

Kita juga boleh melatih anak kita di peringkat awal berdasarkan prinsip asas ini. Berikan mereka RM10, dan beritahu mereka boleh beli apa sahaja, tetapi ianya mestilah tidak melebihi daripada jumlah RM8.

Bawa mereka pergi ke supermarket dan perhatikan sejauh mana mereka mengingati dan cuba menuruti asas prinsip ini. Jika mereka berbelanja kurang daripada RM8, ketahuilah bahawa mereka sudah selangkah maju dan memahami betapa pentingnya kita perlu menyimpan.

Terlalu mudah bukan, prinsip asas ke arah bebas kewangan ini? Disebabkan inilah, ianya berada di tahap yang pertama. Kekayaan bermula daripada disiplin dan cara kita berbelanja dan menyimpan wang, manakala kemiskinan bermula daripada sikap boros dan tidak berfikir panjang.

NAMUN! Ini hanyalah perkara asas untuk mencapai bebas kewangan pada masa hadapan, banyak lagi benda yang kita harus buat agar bebas kewangan di masa akan datang.

INGAT YA, BERBELANJALAH TIDAK MELEBIHI 80% PENDAPATAN BULANAN DAN SIMPAN SELEBIHNYA.


Dapatkan Khidmat Nasihat Berkaitan Kewangan Daripada Perancang Kewangan Yang Berlesen

Anda sedang berdepan dengan masalah kewangan dan tak tahu nak tanya siapa? Ada masalah nak menyimpan dan tak tahu nak melabur kat mana?

Zaman sekarang ni, ramai yang claim mereka pakar, tapi berapa ramai yang merupakan Perancang Kewangan atau Financial Planner yang berlesen? Kalau nak tahu di Malaysia, bilangan mereka ini tak sampai pun seribu orang, memang rare sangat.

Memperkenalkan My Personal Finances (MyPF Premier)

Kini anda selangkah saja lagi untuk mendapatkan manfaat bagi mengembangkan kewangan peribadi bagi menuju kebebasan kewangan yang dicari-cari.

Mereka menghubungkan anda kepada Perancang Kewangan yang berdaftar dan boleh membantu daripada segi:

  • Penasihat yang membimbing dalam menetapkan sasaran kewangan, mengulas dan berkongsi ilmu
  • Khidmat nasihat yang kerap dengan berkongsi pengalaman, kepakaran, dan menjawab segala kemusykilan berkaitan kewangan
  • Pembelajaran secara hands-on dalam pelaburan, termasuklah saham, hartanah dan lain-lain

Bila dah kenalpasti masalah yang dihadapi, punca masalah tersebut dan cadangan daripada mereka yang pakar untuk mengatasinya; barulah rasa lega sikit kan? Seolah-olah dah nampak cahaya di hujung terowong.

Jom kita jadi ahli MyPF Premier hari ini juga.

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

BNM Ambil Pendekatan Berhemat Tangani Risiko Keberhutangan Isi Rumah Tinggi

KUALA LUMPUR, 18 Mac (Bernama) — Kerajaan melalui Bank Negara Malaysia (BNM) mengambil pendekatan berhemat dan berhati-hati dalam menangani risiko keberhutangan isi rumah bagi memastikan perkara itu tidak menimbulkan kesan negatif kepada kestabilan sistem kewangan negara.

Timbalan Menteri Kewangan Lim Hui Ying berkata kerajaan sedar mengenai risiko keberhutangan isi rumah yang tinggi, justeru pendekatan yang lebih mampan akan dilaksanakan.

“Oleh yang demikian, kerajaan sedang melaksanakan reformasi dan perubahan struktur terhadap ekonomi domestik berteraskan Kerangka Ekonomi MADANI supaya daya saing dan prestasi ekonomi negara dapat dipertingkatkan.

“Melalui usaha ini, pendapatan serta kesejahteraan rakyat akan dapat dipertingkatkan seterusnya membantu untuk mengurangkan peratusan hutang isi rumah,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat pada Isnin.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Afnan Hamimi Taib Azamudden (PN-Alor Setar) mengenai dasar dan usaha kerajaan untuk mengurangkan peratusan hutang isi rumah.

Lim berkata antara usaha berterusan kerajaan termasuk melaksanakan Dokumen Dasar Amalan Pembiayaan Bertanggungjawab sejak 2012 untuk memastikan individu meminjam mengikut kemampuan membayar balik pinjaman dalam tempoh yang ditetapkan untuk mengelakkan bebanan hutang berlebihan.

“Kedua, meningkatkan tahap celik kewangan rakyat menerusi Jaringan Pendidikan Kewangan (FEN) agar pengguna perkhidmatan kewangan mempunyai keupayaan dan keyakinan untuk membuat keputusan kewangan yang baik,” katanya.

Beliau berkata usaha lain ialah menggalakkan isi rumah yang ingin membuat keputusan kewangan yang besar seperti pembelian rumah untuk mengikuti program pendidikan kewangan secara talian yang disediakan oleh Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK).

Beliau berkata pada akhir 2023, jumlah hutang isi rumah secara agregatnya berjumlah RM1.53 trilion.

Sebahagian besar hutang isi rumah digunakan bagi tujuan pengumpulan harta yang merangkumi pinjaman perumahan (60.5 peratus), pembelian harta bukan kediaman (5.3 peratus), dan pembelian sekuriti (4.3 peratus), katanya.

Beliau berkata manakala baki 29.9 peratus pula bagi tujuan perbelanjaan seperti pinjaman untuk pembelian kenderaan (13.2 peratus), pembiayaan peribadi (12.6 peratus) dan kad kredit (3.0 peratus).

Lim turut berkata isi rumah yang mempunyai masalah pengurusan kewangan dan hutang digalakkan untuk mendapatkan nasihat dan perkhidmatan penyusunan semula hutang daripada pihak bank dan AKPK.

Beliau berkata pada masa ini, kerajaan tidak mempunyai perancangan untuk membenarkan isi rumah mengeluarkan wang daripada akaun Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bagi mengurangkan beban keberhutangan isi rumah.

“Pada masa sekarang, sesiapa yang menghadapi masalah memulangkan hutang isi rumah ini, kami galakkan mereka tampil kepada kita, terutama melalui AKPK untuk menyelesaikan atau menstrukturkan semula  kewangan supaya mereka boleh mengatasi keadaan kewangan.

“Kerajaan akan cuba membantu sebab setiap individu itu, keadaannya berlainan. Jadi, kita berharap mereka akan tampil ke hadapan dan kita akan memberikan nasihat yang sewajarnya,” katanya.

— BERNAMA