Projek Jalan Kampung – Naik Taraf Jalan Luar Bandar dan Jambatan

Pada 2 November 2018, kerajaan yang diterajui Pakatan Harapan telah membentangkan Bajet 2019 oleh Menteri Kewangan, YB Lim Guan Eng. Intipati belanjawan tersebut memperlihatkan bahawa kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM926 juta untuk membina dan menaiktaraf jalan raya, jalan luar bandar dan jambatan.

Ianya merupakan kesinambungan yang bermula pada Jun 2004, dengan perlaksanaan Projek Jalan Kampung (PJK) melalui Jabatan Kerja Raya (JKR) selaku agensi pelaksana. Kaedah pelaksanaan ini adalah selaras dengan keputusan Mesyuarat Jemaah Menteri pada 12 Mei 2004.

Perlaksanaan PJK melalui JKR adalah lanjutan dari siri kaedah yang digunapakai sebelum ini, iaitu melalui Pejabat Daerah (1981–1996) Kaedah Payong (1997–2000 ), Kaedah Bersepadu (2001–2002) dan Kaedah Alternatif (2003).

Di antara skop program PJK adalah menaik taraf jalan raya dengan membina jalan baru, supaya jajaran jalan kampung dapat memberi faedah penggunaan yang maksimum. Selain daripada itu, menaik taraf jalan sedia ada tanpa mengubah jajaran atau dengan perubahan jajaran. Akhir sekali, membina dan menaik taraf jalan-jalan kampung di kawasan Lembaga Kemajuan Wilayah (LKW) / Lembaga Kemajuan Tanah (LKT) tetapi tidak termasuk Jalan Ladang.

Skop seterusnya adalah penyelenggaraan jalan dengan pembaikan yang dibuat ke atas ubin jalan. Juga dibuat pembaikan ke atas bahu jalan, longkang, pembentung (culvert) dan perabot jalan. Akhir sekali, menurap semula permukaan jalan.

Besar harapan saya agar kerajaan dapat terus-menerus memberi penekanan dalam membina dan menaiktaraf jalan raya, jalan luar bandar dan jambatan. Memetik kata-kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi “Kerajaan sentiasa membuka mata dan telinga bukan saja untuk mendengar rintihan rakyat, tetapi merasai degup jantung dan nadi mereka terutama di kawasan pedalaman, luar bandar dan pinggir bandar yang sebelum ini terlepas pandang.”

Sumber:

Ditulis oleh Muhammad Nasaie bin Muhamad Adnin, pelajar Fakulti Ekonomi dan Muamalat, Universiti Sains Islam Malaysia.

Komen

komen

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Send this to a friend