Ramai yang seronok apabila matawang USD meningkat?

Pakar ekonomi kata salah satu petanda ekonomi Malaysia ‘tidak bagus’ adalah apabila nilai matawang Ringgit Malaysia (RM) merosot berbanding dengan Dolar US (USD).

Tetapi sebelum itu, apa yang menyebabkan kemerosotan matawang RM? Ia berkait rapat dengan penawaran dan permintaan atau lebih dikenali sebagai supply and demand. Kalau permintaan tinggi melebihi penawaran, matawang akan meningkat. Begitu juga sebaliknya – jika permintaan rendah, matawang akan menurun.

Jadi Siapa Yang Untung Bila Matawang Ringgit Jatuh?

“Eh, ada ke orang yang untung apabila ringgit jatuh teruk berbanding US dolar?”

Memang ada…

Tapi sebelum itu, tahukah anda bahawa Malaysia merupakan salah sebuah negara pengeksport?

Ya, syarikat-syarikat tempatan yang mengeksport barangan ke luar negara kebanyakkannya menggunakan matawang USD untuk berdagang. Dan bila nilai USD meningkat berbanding RM, semakin tinggilah keuntungan syarikat-syarikat tersebut.

Malaysia Eksport RM18 Billion Barangan Getah

Salah satu industri yang mengharumkan nama Malaysia di luar negara adalah getah. Malaysia merupakan negara pengeluar getah ke-5 terbesar di dunia. Selepas getah ditoreh di ladang-ladang besar, maka ia dihantar ke kilang-kilang untuk menghasilkan barangan berasaskan getah.

Eksport barangan getah daripada Malaysia mengatasi paras RM15 billion pada tahun 2014 dan hampir mencapai RM18 billion pada tahun 2015. Ini menunjukkan perkembangan positif sebanyak 18.6% daripada setahun ke setahun, dan sarung tangan getah adalah sebanyak 72.8% daripada jumlah eksport tersebut.

Malaysia rubber products

Kredit: Malaysian Rubber Export Promotion Council (MREPC)

Malaysia merupakan pembekal terulung bagi sarung tangan yang digunakan untuk tujuan perubatan, dengan lebih daripada 50% permintaan dunia dibuat oleh Malaysia.

Rasa bangga atau tidak?

Antara syarikat tersebut adalah Top Glove Corporation BerhadKossan Rubber Industries Bhd & Hartalega Holdings Berhad.

Bukan Getah Sahaja, Banyak Lagi Industri Lain

Tapi bukan industri getah saja yang menguntungkan di kala matawang USD meningkat, ada banyak lagi seperti di bawah:

2016 top10 major export

Kredit: Matrade : Top 10 Major Exports Products 2016

Industri getah hanya merupakan 2.6% daripada jumlah eksport untuk Malaysia, tetapi barangan elektrik dan elektronik seperti penghawa dingin, prosesor komputer, cakera keras (hard disk) dan bermacam-macam lagi turut menjadi pilihan negara luar.

Dalam Setiap Masalah, Pasti Ada Peluang

Usah risaukan matawang USD yang semakin meningkat, kerana pastinya ada yang seronok di sebaliknya. Sama juga dengan kehidupan kita, usah fokus kepada masalah – sebaliknya cari peluang yang wujud daripada masalah tersebut.

Cuba tengok-tengok dan kaji harga saham syarikat-syarikat pengeksport yang berniaga menggunakan US Dolar ni. Masih ingat lagi bahawa pelabur akan untung besar kalau perniagaan juga untung besar?

“ZERO” tentang pelaburan saham di Bursa Malaysia? Baca dulu Apa itu pelaburan saham di Bursa Malaysia

Kita tidak perlu ikut orang ramai yang memandang ianya sebagai masalah, sebaliknya ciptalah peluang sendiri dan keluar daripada golongan tersebut.

Semoga berjaya!

Komen

komen

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend