Risiko Kemelesetan Ekonomi Amerika Syarikat Naik Ke Paras Tertinggi

Peristiwa kemelesetan ekonomi dunia pada tahun 2008 masih segar dalam ingatan. Ianya telah menyebabkan ekonomi global lumpuh, bermula dengan kejatuhan pasaran perumahan di Amerika Syarikat atau lebih dikenali sebagai krisis sub-prime.

Hari ini selepas 10 tahun, ekonomi global sekali lagi berhadapan dengan cabaran ketidaktentuan perdagangan global dan juga kebimbangan pasaran terhadap halatuju dasar The Federal Reserve.

Persoalannya, adakah kitaran kemelesetan ekonomi setiap 10 tahun itu akan tercetus sekali lagi? Untuk menjawab soalan ini, eloklah kita merujuk kepada pendapat pakar ekonomi dan pasaran global berdasarkan tinjauan yang telah dibuat oleh Reuters.

40% Potensi Kemelesetan Ekonomi Amerika Syarikat Dua Tahun Lagi

Risiko kemelesetan ekonomi Amerika Syarikat dalam tempoh dua tahun akan datang, kini meningkat kepada 40%. Ianya berdasarkan tinjauan yang dibuat oleh Reuters terhadap penganalisis ekonomi yang turut melihat jangkaan kenaikan kadar faedah Federal Reserve yang berkurangan pada tahun hadapan. Ia adalah paras tertinggi yang dicatatkan sejak bulan Mei tahun ini.

Apa yang meningkatkan risiko kemelesetan ini adalah pergerakan hasil-bon kerajaan AS yang mendatar. Dalam masa yang sama perbezaan hasil bon 10 dan 2 tahun Amerika Syarikat juga semakin kecil dan mencapai paras terendah sejak krisis sub-prime 2008.

Hasil-bon yang semakin mengecil menunjukkan pendapat pelabur tentang pertumbuhan ekonomi dan inflasi yang perlahan.

Perbandingan Hasil-Bon Kerajaan Amerika. Sumber: Reuters

Untuk pengetahuan anda, kali terkahir peratusan kebarangkalian seperti ini direkodkan oleh Reuters adalah pada Januari 2008, iaitu lapan bulan sebelum kejatuhan bank pelaburan Lehman Brothers yang membawa kepada kemelesetan ekonomi dunia (Great Recession) 10 tahun lepas.

Tinjauan yang dibuat oleh Reuters melibatkan 500 golongan professional yang terdiri daripada penganalisis ekonomi dan pengurus dana. Mereka juga berpendapat momentum ekonomi di Amerika Syarikat telah mencapai paras tertinggi dan berkemungkinan akan mula merosot dalam masa terdekat.

Keluk hasil bon kerajaan AS diramalkan untuk bergerak songsang, iaitu kira-kira enam bulan akan datang dan kemelesetan ekonomi pula dijangka berlaku setahun selepas itu.

Menurut penganalisis ekonomi berpengalaman di salah sebuah bank terkemuka dunia Rabobank, Philip Marey berkata, “Kombinasi di antara pendirian Fed yang berpendapat perubahan keluk hasil-bon bukannya satu masalah dan ketidaktentuan dalam ekonomi global ketika ini akan membawa kepada kemelesetan ekonomi.”

Prestasi Buruk Wall Street Terus Mempengaruhi Saham Global

Apa yang mengejutkan, tinjauan ini dibuat pada ketika pasaran saham Amerika Syarikat itu juga berada dalam keadaan menurun dengan mendadak. Ketiga-tiga indeks saham utama Wall Street pada Isnin (17 Disember 2018) sekali lagi merekodkan kejatuhan besar melebihi 2% yang membawa indeks Dow Jones ke paras terendah lapan bulan lepas.

Pergerakan semasa indeks saham global 20 Disember 2018. Sumber: Investing.com

Satu lagi kejatuhan besar direkodkan oleh indeks saham global pada Rabu (19 Disember 2018) terutamanya oleh Wall Street di mana tiga indeks utama S&P 500, Dow Jones dan Nasdaq masing-masing jatuh 1.54%, 1.49% dan 2.17%. Seperti biasa kejatuhan ini diikuti oleh saham Asia pada Khamis dengan indeks komposit Kuala Lumpur (FBMKLCI) susut sehingga 0.56% setakat pada pukul 12.31 tengah hari.

Bukan itu sahaja, carta di atas juga menunjukkan indeks-indeks utama Asia seperti Nikkei, Hang Seng, dan Kospi juga merekodkan kemerosotan pada Khamis hasil dari penurunan Wallstreet.

Majoriti penganalisis berpendapat bahawa kejatuhan Wall Street adalah disebabkan kebimbangan terhadap halatuju dasar monetari Federal Reserve, kemerosotan keuntungan korporat, hutang korporat yang tinggi, ketengangan perdagangan AS-China dan juga prestasi ekonomi global yang semakin perlahan.

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Gentari Setuju Saranan Tubuh Konsortium Bantu Pemain Solar – DPMM

KUALA LUMPUR, 28 Mac (Bernama) — Cabang tenaga hijau Petronas, Gentari Sdn Bhd menyatakan persetujuannya dengan saranan untuk mewujudkan konsortium dianggotai pemain industri solar yang berkelayakan untuk diberi kontrak pada masa hadapan, kata Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM).

Presidennya Norsyahrin Hamidon berkata kata putus tersebut dipersetujui semasa satu pertemuan yang diadakan antara DPMM dan Gentari pada Rabu di pejabat pengurusan syarikat itu.

Selain itu, katanya, DPMM turut menyarankan agar satu program pembangunan bumiputera diwujudkan di Petronas agar syarikat bumiputera pelbagai bidang dalam industri minyak dan gas dapat diberi keutamaan dalam pengagihan kontrak pada masa depan.

“DPMM bersedia untuk menjadi penghubung antara pemain industri bumiputera dan Petronas.

“Syarikat bumiputera banyak yang berkelayakan dan mempunyai merit cuma dipinggirkan dari diberi peluang untuk sama-sama bersaing dengan syarikat bukan bumiputera,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, Norsyahrin berkata tindakan pantas pengurusan Gentari memanggil DPMM, Majlis Tindakan Ekonomi Melayu Bersatu dan pemain industri bagi menyelesaikan kemelut tersebut daripada terus berpanjangan turut diberi pujian.

— BERNAMA