RM100 Juta Untuk Sekolah Daif Bukti Kerajaan Cakna

Peruntukan RM100 juta untuk membaikpulih dan menaiktaraf sekolah daif seluruh negara, adalah bukti kerajaan cakna tentang kebajikan dan keselesaan rakyat. Bajet Negara 2019 yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan YB Lim Guan Eng pada 2 November 2018 yang lalu, telah membuka mata rakyat bahawa sekolah sekolah pedalaman juga perlu diambil berat supaya keselesaan guru dan pelajar terjamin.

Peruntukan ini juga sangat penting kerana setiap rakyat mempunyai hak untuk menikmati keselesaan dalam pembelajaran. Suasana belajar yang selesa akan meningkatkan mutu pembelajaran dan pengajaran bagi setiap pelajar dan guru. Sekolah yang selesa dan lengkap dengan pelbagai kemudahan, juga boleh meningkatkan prestasi pelajar sekaligus meningkatkan kebolehpasaran pelajar di alam pekerjaan nanti.

Dari Rakyat Untuk Rakyat

Peruntukan sekolah daif di dalam Bajet 2019 membutikan bahawa kerajaan tidak mementingkan pendapatan kerajaan semata mata sebaliknya mereka berkongsi pendapatan negara bersama rakyat. Ini kerana setiap rakyat dikenakan cukai dan kerajaan telah memberikan semula kepada rakyat dengan keselesaan tempat pengajaran dan pembelajaran bagi setiap guru dan murid.

Peruntukan ini bukan baru diadakan oleh kerajaan Pakatan Harapan sekarang, malah telah pun wujud pada zaman kerajaan Barisan Nasional sebelum ini juga. Ini membuktikan bahawa kerajaan Malaysia cakna tentang kesusahan rakyat di Malaysia.

Kerajaan Dulu Pun Ambil Berat

Pada tahun 2017, kerajaan yang lalu juga telah meluluskan peruntukkan untuk menangani masalah bekenaan yang diumumkan dalam pembentangan Bajet 2018. Perkara ini boleh mengurangkan jurang di antara sekolah daif di luar bandar dan sekolah lain di bandar-bandar besar.

Selain daripada itu, pelajar di luar bandar juga tidak merasa diri mereka berbeza atau ketinggalan jika dibandingkan dengan pelajar di bandar. Perkara ini telah membuktikan bahawa kerajaan telah berjaya menangani jurang di antara sekolah bandar dan sekolah di luar bandar.

Saya berharap agar kerajaan lebih memfokuskan bantuan kepada rakyat yang memerlukan di dalam Bajet Negara yang akan datang. Ini adalah supaya rakyat merasa diri mereka terbela dan sekaligus mengurangkan jurang di antara rakyat yang miskin dan kaya, di antara penduduk di bandar dan luar bandar.

Ditulis oleh Siti Zakirah Binti Jaafar, Pelajar Tahun Akhir Fakulti Ekonomi Muamalat, Universiti Sains Islam Malaysia.

Komen

komen

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Send this to a friend