Semua Yang Perlu Anda Tahu Tentang Libra, Kripto Baru Milik Facebook

Facebook telah mengumumkan cryptocurrencynya sendiri: Libra. Dibuat menggunakan dompet digital (dipanggil Calibra), raksasa media sosial tersebut telah membukakan satu cara baru untuk orang ramai untuk membayar barangan harian secara langsung menggunakan telefon pintar mereka.

Berikut adalah pandangan bagaimana Libra akan berfungsi.

Apa Itu Libra?

Facebook telah mendedahkan butiran cryptocurrencynya, Libra. Dalam satu langkah besar untuk membawa teknologi crypto ke dunia, ramai orang akan dapat menggunakan mata wang ini tanpa sebarang yuran tahunan.

Anda boleh membeli dan mengeluarkan wang dalam talian Libra anda di pusat pertukaran tempatan seperti kedai runcit, dan membelanjakannya menggunakan aplikasi dompet pihak ketiga atau dompet Calibra Facebook sendiri, yang akan dibina ke dalam WhatsApp atau Facebook Messenger.

Ia telah disokong oleh Visa dan Mastercard, serta bisnes seperti Uber, Spotify dan eBay. Akhirnya, ramai orang akan dapat membayar hampir apa sahaja dari belanja mingguan mereka, ke perjalanan Uber atau langganan Spotify mereka – kesemuanya dengan Libra.

Era Baru Kini Tiba

Cara masyarakat memandang dan menggunakan wang senantiasa berubah.

Sistem kewangan yang ada sekarang dibuat berdasarkan era non-digital, mengabaikan keperluan individu moden dengan kurang cekap dan perantara yang tidak diperlukan. Di dunia sekarang ini, kita telah memiliki akses untuk teknologi baru seperti aset kripto desentralisasi, yang jelas langsung membuat sistem dan pandangan lama ini ketinggalan zaman.

Sama seperti sistem komunikasi yang berubah daripada telefon rumah menjadi telefon selular, dari sistem pos menjadi email, wang pun kini mengejar zaman moden.

Aset kripto desentralisasi ini memampukan kita untuk membayangkan kembali sistem kewangan yang ada dan membawanya menuju sistem yang lebih baik: wang yang dapat dipindah tangan dengan lebih cepat dan lebih selamat, menghilangkan keperluan akan adanya perantara dan memberikan nilai tambah untuk pelanggan. Dan yang paling penting, suatu sistem kewangan yang adil dengan akses terbuka dan setara bagi siapa saja.

Bagaimana Cryptocurrency Berfungsi?

Cryptocurrency merupakan mata wang digital yang menggunakan kriptografi dalam melakukan pengesahan dan memastikan keamanan transaksi. Cryptocurrency merupakan bentuk mata wang digital dimana transaksi antara dua pihak dilakukan dengan telus dan aman (dan seringkali bersifat anonim), sehingga ramai orang berpendapat bahawa cryptocurrency lebih aman dalam menghadapi bahaya penipuan dalam transaksi harian.

Cryptocurrency kebanyakannya dibangun pada jaringan blockchain; suatu jaringan yang mencatat transaksi, sama seperti buku lejar tradisional. Transaksi ini boleh menjadi sebarang pergerakan mata wang, barangan atau data yang selamat.

Manfaat kriptografi yang sangat besar juga adalah bahawa ianya adalah desentralisasi, yang bermaksud bahawa tidak ada satu entiti yang membuat keputusan mengenai cara cryptocurrency beroperasi. Berbanding dengan rangkaian berpusat, seperti perbankan, di mana satu pihak berkuasa seperti bank pusat membuat keputusan.

Bagaimanakah Facebook Berbeza?

Libra Facebook adalah stablecoin, bermakna ia disokong oleh rizab aset – termasuk menghubungkannya dengan beberapa mata wang antarabangsa – dari beberapa bank pusat untuk mengekalkan harganya stabil.

Dua isu terbesar untuk cryptocurrency setakat ini, Facebook berpendapat, ialah berskala dan volatiliti. Sebagai contoh, Bitcoin (kriptocurrency ‘biasa’) menyaksikan harga turun naik secara mendadak pada tahun-tahun kebelakangan kerana harganya dikaitkan dengan penawaran dan permintaan (supply and demand)

Pemaju Libra telah mengatakan bahawa melancarkannya melalui aplikasi Facebook juga akan membolehkanya dengan serta-merta diakses lebih daripada dua bilion orang di seluruh dunia – jumlah pengguna yang menggunakan aplikasi Facebook setiap bulan.

Bagaimana Anda Boleh Memiliki Dan Berbelanja Menggunakan Libra?

Libra dapat diakses melalui dompet Libra seperti Calibra (milik Facebook) dan dompet digital lain buatan pihak ketiga.

Para pengguna akan dapat menggunakan wang mereka untuk membeli Libra dan menambahkannya ke dompet digital mereka. Jika telah tersimpan, mata wang tersebut dapat digunakan untuk membayar “transaksi sehari-hari, seperti membeli kopi, belanja mingguan atau ketika mengendarai transportasi umum.”

Facebook mengumumkan bahawa pada mulanya Libra akan mendukung pembayaran peer-to-peer antara individu, sekaligus cara pembayaran barang dan jasa lainnya – misalnya dengan QR code.

Sistem ini pada akhirnya akan diperluaskan untuk memasukkan integrasi ke dalam sistem titik jualan di kedai-kedai, yang akan membolehkan pembayaran dalam simpanan yang akan berfungsi dengan cara yang sama untuk membayar dengan kad debit atau kredit atau menggunakan teknologi tanpa sentuh (contactless technology).

Kerana ia juga akan dibina di WhatsApp dan Facebook Messenger, pengguna juga akan dapat menghantar dan menerima wang antara rakan-rakan dan keluarga mereka hanya dengan menghantar mesej kepada mereka.

Kata Facebook, ini juga akan berfungsi dengan mana-mana perniagaan yang mereka berinteraksi pada platform tersebut.

Adakah Luno Akan Memasukkan Libra?

Kertas putih baru sahaja dilancarkan dengan pelancaran yang dicadangkan pada awal tahun 2020, kami akan mengikuti dengan teliti dan sebagai projek kami akan mempertimbangkan untuk penambahan koin tersebut di platform kami. Baca pemikiran kami mengenai inisiatif baru ini.

Ditulis oleh Luno dan disiarkan secara eksklusif di MajalahLabur.


Luno merupakan syarikat mata wang kripto terkemuka global yang mempunyai misi untuk menaik taraf dunia kepada sistem kewangan yang lebih baik. Mempunyai pekerja lebih daripada 250 orang dan kini mempunyai ibu pejabatnya di London dengan hab serantau di Singapura dan Cape Town. Luno Malaysia Sdn Bhd adalah satu daripada syarikat tukaran aset digital (DAX) pertama di Malaysia. Suruhanjaya Sekuriti (SC) pada awal bulan ini mendaftarkan tiga Pengendali Pasaran Yang Diiktiraf (RMO) untuk mengendalikan DAX di Malaysia iaitu Luno Malaysia dan dua syarikat lain.

Diasaskan oleh CEO Marcus Swanepoel dan CTO Timothy Stranex, Luno telah mengumpul lebih daripada $13 juta dana sejak dilancarkan pada 2013 dan disokong oleh gergasi teknologi global Naspers Group yang memimpin pusingan Siri A mereka, dan Balderton Capital yang memimpin pusingan Siri B mereka, antara lainnya.

Mata Wang Digital Dan Token Digital Dikawalselia Suruhanjaya Sekuriti

Di Malaysia, mata wang digital diletakkan di bawah seliaan Suruhanjaya Sekuriti (SC). Lesen telah diberikan kepada mereka yang ingin menjalankan sebarang aktiviti yang berkaitan dengan mata wang digital ini, dan Luno merupakan salah sebuah syarikat yang mendapat lesen tersebut.

Bila ada lesen yang sah, barulah kita sebagai pengguna rasa selamat untuk menjalankan sebarang transaksi. Baca juga Hukum Penggunaan Mata Wang Bitcoin – Mufti Wilayah Persekutuan Dah Bersuara.

Komen

komen

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Send this to a friend