Senarai Negara Yang Mempunyai Freelancer Terbesar Di Dunia

Perkerjaan freelance merupakan kerja yang semakin hari semakin mendapat tempat di kalangan rakyat Malaysia terutamanya graduan yang belum mendapat pekerjaan secara tetap.

Walaupun title ada ‘free’ tetapi khidmat mereka bukanlah percuma. Freelance merujuk kepada pekerjaan yang mendapat bayaran setelah sesuatu tugas yang dilakukan itu telah selesai berdasarkan persetujuan antara pelanggan dengan freelancer itu sendiri.

Bekerja sebagai freelance ini dapat memberi banyak masa bersama keluarga kerana tidak perlu lagi untuk kita pergi ke tempat kerja

Bagi negara luar terutamanya negara maju, pekerjaan seperti ini merupakan salah satu pekerjaan yang semakin berkembang dengan pesat. Kebanyakan pekerjaan yang melibatkan freelance ini melibatkan pekerjaan sebagai pereka grafik, pereka laman web, programmer, penyanyi latar dan juga penulis sambilan. Ada masalah cinta? Haa, kalau nak tahu khidmat tukang beri nasihat pun dah ada sekarang.

Ada juga di antara mereka ini dikenali sebagai ghost writer yang menerima upah sebagai penulis novel tanpa menggunakan nama sendiri, sebaliknya hanya menggunakan nama pelanggan mereka untuk novel yang ditulis.

Dengan perkembangan teknologi yang semakin bertambah baik setiap hari, bilangan freelance di peringkat global turut bertambah seiring dengan perkembangan tersebut. Kini bilangan freelance diperingkat global semakin diterima baik oleh masyarkat luar.

Negara yang mengugguli carta bilangan pertumbuhan freelancer yang paling ramai adalah:

Amerika Syarikat – 78%
Britain- 59%
Brazil – 48%
Pakistan – 47%
Ukraine – 36%
Filipina – 35%
India – 29%
Bangladesh – 27%
Rusia – 20%
Serbia – 19%

Kesesakan jalan raya pada waktu pagi merupakan salah satu punca pekerja stres ketika berada di tempat kerja.

Bilangan freelancer yang semakin bertambah di negara luar adalah disebabkan beberapa kelebihan yang terdapat pada pekerjaan tersebut. Freelancer sangat fleksibel di mana mereka boleh membuat kerja dimana sahaja tanpa perlu berhadapan dengan majikan dan trafik jam setiap hari yang mana benda ini merupakan salah satu faktor tekanan dalam kehidupan selain dari kos sara hidup yang tinggi.

Pekerja tradisional kebiasaan bekerja selama 8 jam sehari dalam 5 hari seminggu. Mengikut kajian yang dijalankan, kebanyakan pekerja yang mempunyai produktiviti yang tinggi hanya pada masa 3 atau 4 jam pertama sahaja. Manakala bagi seorang freelancer, mereka dapat bekerja dengan lebih fokus dan tenang dimana mana sahaja tempat kerana kini kebanyakan tempat di dunia mempunyai akses internet yang mencukupi dan murah jika dibandingkan dengan sedekad yang lalu.

Bagi freelancer, mereka boleh membuat kerja mereka sambil bercuti tanpa risau tentang akses internet yang ada di mana-mana.

Apa yang menarik mengenai pekerjaan freelance ini adalah kita boleh membuat kerja di mana-mana tempat yang kita suka sambil becuti

Apa yang menarik mengenai pekerjaan yang melibatkan freelance ini adalah telah menarik golongan profesional dari Amerika Syarikat yang meninggalkan pekerjaan mereka untuk menjadi freelancer sepenuh masa. Jika di Amerika Syarikat purata yang menjadi freelancer ini adalah 3 nisbah kepada 1 bagi pekerja yang berada di Amerika Syarikat pada tahun lepas sahaja.

Perkara ini akan jangka akan meningkat apabila tiba tahun depan yang mana akan dijangka separuh dari pekerja di negara tersebut akan menjadi freelancer dan jangkaan tersebut juga akan meningkatkan kepada pada tahun 2027, majoriti pekerja di Amerika Syarikat akan menjadi freelancer sepenuhnya.

Pecahan pendapatan golongan freelance berdasarkan peringkat umur

Golongan freelancer ini merupakan gologan yang terdiri daripada pelbagai usia dan lapisan masyarakat. Peningkatan freelancer di kalangan negara membangun seperti Pakistan semakin mendapat perhatian. Kesedaran ini terjadi kerana golongan belia muda yang semakin celik dengan perkembangan internet di negara tersebut.

Menurut laporan yang dikeluarkan oleh Payoneer, golongan yang mengusai pekerjaan freelancer ini adalah dari usia 24 hingga 35 tahun yang mana kita boleh melihat golongan graduan yang menguasai pekerjaan ini. Pendapatan yang dimiliki oleh golongan ini juga adalah yang paling tinggi jika dibandingkan dengan pendapatan usia freelancer yang lain.

Di antara faktor yang lain menyebabkan perkembangan pekerjaan yang melibatkan freelance ini adalah dengan perkembangan majikan yang inginkan kos yang rendah untuk sesuatu projek. Menggunakan khidmat freelancer ini adalah jalan yang terbaik bagi mereka kerana bayaran gaji yang dibuat adalah berdasarkan projek yang telah siap dan tidak perlu memikirkan kos-kos lain.

Jadi sekarang kita tiada lagi alasan untuk tidak lagi bekerja kerana fenomena freelance ini akan berkembang dengan lebih pesat lagi dalam beberapa tahun akan datang.

Sumber Rujukan:

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Tawaran Gaji Rendah Punca Graduan Enggan Bekerja Dalam Sektor Kemahiran -MITI

KUALA LUMPUR, 27 Mac (Bernama) — Penawaran gaji yang rendah menjadi punca kekurangan tenaga mahir tempatan terutama daripada kalangan lepasan pengajian tinggi, walaupun permintaan dari pihak industri terus meningkat, menurut Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI).

Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Liew Chin Tong berkata berdasarkan laporan statistik suku tahun yang dikeluarkan oleh Biro Statistik Buruh Malaysia (MBLS), Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) terdapat 49,500 kekosongan jawatan berkemahiran tinggi bagi sektor pembuatan pada suku kedua 2023.

Beliau berkata selain itu, data pada suku ketiga 2023 daripada Institut Maklumat dan Analisis Pasaran Buruh (ILMIA) melaporkan terdapat sebanyak 22,248 kekosongan pelbagai jawatan bagi industri profesional, saintifik dan teknikal, melibatkan 5,734 syarikat tempatan.

“Sekiranya dilihat pada data-data ini, jumlah penghasilan graduan di Malaysia boleh dianggap mencukupi untuk menampung permintaan daripada industri.

“Namun begitu, kebanyakan daripada mereka memilih untuk bekerja di luar negara berikutan tawaran gaji dan persekitaran kerja yang lebih baik ataupun melibatkan diri dalam ekonomi gig,” katanya semasa sesi soal jawab di Dewan Negara hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Senator Datuk Mustafa Musa mengenai unjuran guna tenaga teknikal kejuruteraan, sains dan teknologi yang diperlukan pelabur pada 2024 memandangkan terdapat kenyataan bahawa kerajaan terpaksa menggunakan tenaga kerja mahir asing yang memberi kesan defisit terhadap peluang pekerjaan graduan tempatan.

Liew turut merujuk laporan kajian bertajuk ‘Shifting Tides: Charting Career Progression of Malaysia’s Skilled Talents’ oleh Institut Penyelidikan Khazanah baru-baru ini yang melaporkan jumlah graduan baharu terlebih kelayakan terus meningkat dan menghadapi masalah gaji rendah, dengan 65.6 peratus graduan pada  2021 menerima gaji permulaan kurang daripada RM2,000. 

Mengulas lanjut, beliau berkata MITI dan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) bersama kementerian lain mengatur langkah komprehensif bagi memastikan graduan yang menganggur mendapat pekerjaan dalam industri dan sesuai dengan kehendak pelabur, sekali gus memenuhi permintaan pasaran.

“MITI dan KPT bersama kementerian-kementerian (lain) sedang menguruskan program ‘work-based learning’ untuk memadankan, supaya kita boleh bawa TVET (Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional) bersesuaian dengan industri bersama program-program lain bagi mewujudkan suasana graduan serta profesional bersama pekerja teknikal yang bersesuaian dengan permintaan industri,” katanya.

Beliau berkata walau bagaimanapun, pihak industri juga perlu bersedia untuk membayar gaji yang lebih tinggi kepada graduan tempatan.

— BERNAMA