Pendapatan Bulanan Dan Jumlah Aset Menteri Kabinet Dan Setiausaha Politik Di Malaysia

Ada yang tertanya-tanya ke berapa pendapatan bulanan Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, Menteri-Menteri, Timbalan-Timbalan Menteri dan Setiausaha Politik kerajaan Malaysia? Berapa nilai aset yang mereka miliki? Kaya sangatkah mereka ini? Silap haribulan anda lagi kaya dari mereka.

Sumber gambar : HMETRO

Jom kita tengok senarai di bawah bagi mereka yang telah mengisytiharkan maklumat tersebut kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

(Boleh sort jadual di bawah mengikut tajuk)

Sumber: Portal Perisytiharan Harta

Ada 2 Menteri Dengan Pendapatan Lebih Tinggi Daripada Perdana Menteri

Kita ingatkan Perdana Menteri Malaysia adalah merupakan pegawai yang menerima gaji yang tertinggi, namun tidak. Kerana jika dilihat pada senarai tersebut, rupa-rupanya YB Lim Guan Eng selaku Menteri Kewangan dan YB Baru Bian selaku Menteri Kerja Raya mempunyai pendapatan yang lebih tinggi.

Senarai Setiausaha Politik

Encik Abang Ahmad Kerdee Abang Masagus
Setiausaha Politik Di Jabatan Perdana Menteri
Isytihar : Sendiri / Isteri
Tarikh Terima : 25 Oct 2018
Jumlah Pendapatan Bulanan : RM1,4650.00
Jumlah Aset : RM702,679.77

YB Tuan Tony Pua Kiam Wee
Setiausaha Politik Di Kementerian Kewangan Malaysia
Isytihar : Sendiri / Isteri
Tarikh Terima : 02 Oct 2018
Jumlah Pendapatan Bulanan : RM3,0600.00
Jumlah Aset : RM10,410,697.00

Encik Mohd Nazri Bin Noh
Setiausaha Politik Di Kementerian Luar Negeri
Isytihar : Sendiri / Anak
Tarikh Terima : 09 Nov 2018
Jumlah Pendapatan Bulanan : RM12,650.00
Jumlah Aset : RM1,121,800.00

Encik Mohd Azhar Bin Che Mat Dali
Setiausaha Politik Di Kementerian Pertahanan
Isytihar : Sendiri / Isteri
Tarikh Terima : 02 Nov 2018
Jumlah Pendapatan Bulanan : RM12,650.00
Jumlah Aset : 0.00

Encik Mohamad Dahlan Bin Md Maamor
Setiausaha Politik Di Kementerian Pengangkutan
Isytihar : Sendiri / Isteri
Tarikh Terima : 12 Nov 2018
Jumlah Pendapatan Bulanan : RM13,550.00
Jumlah Aset : RM70,000.00

Encik Mohd Aizad Bin Roslan
Setiausaha Politik Di Kementerian Belia Dan Sukan
Isytihar : Sendiri / Isteri
Tarikh Terima : 25 Oct 2018
Jumlah Pendapatan Bulanan : RM12,650.00
Jumlah Aset : RM45,000.00

Encik Saiful Izham Bin Ramli
Setiausaha Politik Di Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna
Isytihar : Sendiri / Isteri
Tarikh Terima : 16 Nov 2018
Jumlah Pendapatan Bulanan : RM16,434.00

Nampaknya YB Tony Pua yang merupakan Setiausaha Politik bagi YB Lim Guan Eng di Kementerian Kewangan mempunyai aset tertinggi iaitu sebanyak RM10.4 juta.

Ada Lagi 25 Orang Belum Lapor

Tapi nampaknya senarai ini masih belum lengkap, kerana ada lagi 25 orang anggota pentadbiran kerajaan Malaysia yang masih belum membuat pengisytiharan harta mereka.

Daripada senarai di atas, seramai 62 orang atau 71.3% telah mengisytiharkan harta mereka, manakala ada lagi seramai 25 orang atau 28.7% yang masih belum mengisytiharkan harta.

*Senarai ini dikemaskini setakat Jumaat, 23 November 2018

Komen

komen

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Send this to a friend