Senarai Sifu-Sifu Saham & Kewangan Di Malaysia

sifu saham di Malaysia

Tujuan senarai ini diwujudkan adalah bagi memudahkan orang ramai untuk menghubungi sifu-sifu saham (Bursa Malaysia) serta kewangan yang ada di Malaysia bagi membolehkan anda belajar dengan yang terbaik.

Senarai ini akan sentiasa dikemaskini. Mereka yang berkelayakan sahaja berada dalam senarai ini:

1. PEMEGANG LESEN PERKIHDMATAN PASARAN MODAL

Tuan Hj. Mohd Asri Ahmad

Berusia 40 tahun dan berkelulusan dalam bidang Diploma Analisa Pelaburan dan Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan (Kewangan) dari UiTM, Ijazah Sarjana dalam bidang (Kewangan) dari Univeristi Putra, Malaysia serta Full Member of The United Kingdom Society of Technical Analysts (MSTA) dan Certified Financial Technician (CFTe).

Beliau telah melibatkan diri dalam bidang pelaburan saham di Bursa Malaysia lebih daripada 20 tahun dan merupakan pemegang Lesen Perkhidmatan Pasaran Modal selama 15 tahun.

Pada tahun 2016 beliau telah diiktiraf sebagai ikon (Social Influencer) BursaMarketPlace (sebahagian daripada Bursa Malaysia) dan segala perkongsian beliau adalah berkenaan pelaburan saham yang sah di sisi undang-undang.

Sepanjang 5 tahun ini beliau telah berkongsi ilmu pelaburan saham kepada lebih 10,000 peserta di seluruh Malaysia.

Laman Web: Asri Ahmad Academy
Facebook: Mohd Asri

 

Tuan Nazarry Rosli

Beliau banyak menjalankan bengkel Analisa pelaburan, seminar dan coaching untuk pelabur individu dan institusi di Malaysia.

Beliau merupakan seorang speaker yang sering dipanggil untuk berucap di program anjuran Member Society of Technical Analysts (MSTA), International Centre for Education in Islamic Finance (INCEIF), UiTM dan Maktab Koperasi Malaysia.

Beliau banyak menulis artikel, komentari dan laporan Analisa berkenaan strategi pelaburan dan perdagangan untuk Utusan Malaysia, Berita Harian, New Straits Times dan Harian Metro.

Beliau sering muncul di TV1, TV3 dan Astro Awani bagi menyatakan pandangan dan komen beliau tentang pasaran saham, analisa teknikal dan pelbagai isu ekonomi.

Facebook: Nazarry Rosli

 

Tuan Faizal Yusup

Faizal Yusup atau lebih popular dengan gelaran FY berpengalaman luas dalam pasaran saham Bursa Malaysia.

Memiliki Diploma Analisa Pelaburan UiTM, BBS Investment dari University of Nebraska Lincoln. Beliau merupakan remisier di Kenanga Investment Bank Berhad dan menyandang jawatan Naib Presiden Persatuan Remisier Bumiputera Malaysia.

Beliau sering menjadi speaker jemputan oleh InvestSmart, sebuah program pendidikan di bawah kelolaan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.

Laman Web: FaizalYusup.net
Facebook: Faizal Yusup (Remisier)

 

Tuan Norizam Tukiman @ “Zamsaham”

Zamsaham atau nama sebenarnya Norizam Bin Tukiman pernah berkhidmat sebagai Investment Consultant di Citibank Berhad. Beliau mempunyai Lesen Perunding Unit Amanah Saham yang dikeluarkan oleh The Federation of Investment Managers Malaysia (FIMM) Federation Of Management Unit Trust Malaysia (FMUTM), dan juga Lesen Wakil Niaga Saham atau Remisier yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.

Pada tahun 2008 beliau dianugerahkan Lesen Wakil Niaga Pasaran Hadapan Bursa Malaysia (Index) dan Pasaran Hadapan Minyak Mentah Sawit Malaysia.

Laman Web: ZamSaham.com
Facebook: Zamsaham Norizam

 

2. PENGANALISIS EKUITI BERLESEN

Dato Dr. Nazri Khan

Dato Dr. Nazri Khan adalah lulusan Ijazah Ekonomi Dan Kewangan dari Universiti Manchester dan merupakan seorang Penganalisis Ekuiti Berlesen yang berpengalaman selama 20 tahun. Beliau merupakan pemegang PhD dari Universiti Multimedia Malaysia dan Pakar Analisa Teknikal yang diiktiraf dunia.

Beliau pernah mengendalikan lebih 500 buah program pelaburan di beberapa negara seperti Malaysia, Thailand, Singapura, Indonesia, Sudan dan Mesir.

Pada masa ini Dato Dr Nazri Khan memegang jawatan Naib Presiden Pertama dan Ketua Penyelidikan Strategi Runcit Affin Investment Bank dan merupakan Ahli Persatuan Penganalisis Teknikal (UK) sebelum menyertai Affin.

Laman Web: Pelabur Global
Facebook: Dato Dr. Nazri Khan

 

3. PERANCANG KEWANGAN

Tuan Afyan Mat Rawi

Afyan Mat Rawi merupakan seorang perunding bertauliah Islamic Financial Planner (IFP) oleh Institut Perbankan dan Kewangan Islam Malaysia (IBFIM – Islamic Banking and Financial Institute Malaysia) di bawah Bank Negara Malaysia.

Beliau berpengalaman dalam bidang perkhidmatan kewangan di Malaysia sejak tahun 2003, sebaik sahaja graduat daripada Kuliyyah Undang-undang Ahmad Ibrahim, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

Beliau sekarang adalah trainer dan perunding kanan di INFAQ Consultancy Sdn Bhd, yang beroperasi di Lembah Klang. Firma konsultan ini ditubuhkan beliau untuk menyediakan perkhidmatan dalam bidang servis kewangan serta konsultan untuk latihan kewangan dan pengurusan harta.

Laman Web: Afyan.com
Facebook: Afyan Mat Rawi

 

Tuan Suzardi Maulan @ Pakdi

Juga lebih popular dikenali sebagai Pakdi, merupakan seorang perunding bertauliah Islamic Financial Planner (IFP) yang dikeluarkan oleh Institut Perbankan dan Kewangan Islam Malaysia (IBFIM – Islamic Banking and Financial Institute Malaysia) dan Financial Planning Association of Malaysia (FPAM).

Beliau adalah perunding kewangan bebas (independent financial planner) yang tidak terikat untuk mempromosikan mana-mana produk kewangan yang ada di pasaran.

Berpengalaman dalam bidang pengurusan kewangan peribadi dan kewangan Islam sejak 2005, dan kini merupakan konsultan prinsipal untuk AFIQ Training & Advisory. Beliau juga pernah berkhidmat sebagai pegawai penyelidik produk shariah di Bank Islam Malaysia Berhad.

Laman Web: Pakdi.net
Facebook: Suzardi Maulan

Puan Norriza Muhamad Yusof

Kepakaran beliau adalah melatih graduan & masyarakat bekerjaya dalam perancangan kewangan secara menyeluruh, membina pendapatan melalui pengurusan risiko kewangan (Takaful) untuk menjadi jutawan hartanah.

Beliau mempunyai pengalaman 15 tahun dalam bidang asas perancangan kewangan. Kejayaan terbesar beliau adalah mencapai RM1 juta pertama pada usia 29 tahun.

Laman Web: Ieza Yusof Consultancy
Facebook: Norriza Muhamad Yusof

 

Sifu-sifu ini terutamanya sifu saham pastinya pernah jatuh, bangun, jatuh dan bangun semula. Pengalaman itu yang mahal dan belajarlah untuk tidak buat kesilapan yang sama.

Boleh tambah di ruangan komen jika kami ada tertinggal sifu-sifu yang lain.

Terima kasih

Komen

komen

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Send this to a friend