Sistem Kutu – Pilihan Suri Rumah Dan Wanita Berkerjaya

Biasa dengar pasal orang main kutu? Ini bukan kutu yang ada kat atas kepala yang hisap darah tu ya. Yang ini, kutu duit.

Alah, sekali sekala mesti anda pun pernah dengar emak anda ke, makcik ke, nenek ke yang main kutu ni kan?

Main kutu duit ni sudah menjadi perkara biasa di dalam masyarakat kita, golongan wanita terutamanya. Tapi jangan tidak tahu, lelaki pun ada juga yang main kutu ini sebenarnya. Kenapa kebanyakan golongan wanita khususnya suri rumah main kutu?

Salah satu sebabnya adalah untuk menambah pendapatan keluarga. Jangan main-main, sistem kutu duit ini bukan biasa-biasa ya. Kadang-kadang pulangan yang diperolehi golongan ini boleh mencecah ribuan ringgit.

Biasanya, “main kutu” ini dibuat oleh sekumpulan kecil dalam 6-12 orang. Mereka akan menyimpan duit secara berpakat atau berjemaah agar pengumpulan dana dapat dibuat dalam keadaan terkawal, tanpa sebarang penipuan, dan duit tersebut akan dipegang oleh “ibu kutu” sehinggalah masanya tiba untuk membuat undian.

Mereka akan membayar sejumlah wang yang telah di persetujui dalam jangka masa yang ditetapkan lebih awal. Setiap peserta atau pemain kutu akan ditentukan giliran untuk mengambil wang terkumpul bagi jarak masa yang dirancang.

Kalau dulu, main kutu ini dijalankan semata-mata untuk mendapat pulangan wang, sekarang ini ia juga turut dilakukan dengan tujuan membeli sesuatu atau untuk membuat pembayaran dalam jumlah besar, atau dengan kata lain bayaran secara ansuran.

Sistem kutu ini juga kini semakin meluas bukan sahaja di kalangan suri rumah, malah golongan wanita berkerjaya juga turut menjadi ‘pemain kutu yang setia’. Biasanya golongan ini lebih cenderung untuk tujuan pembelian barang.

Jangan tidak tahu ya tuan-tuan dan puan-puan sekalian, seiring dengan perkembangan teknologi, kini sistem kutu juga boleh dilakukan secara online. “Advance” bukan? Kini, aktiviti ini mula diperluaskan melalui laman sosial seperti Facebook dan ia bukan hanya untuk mendapatkan wang, malah turut mendapatkan barangan yang diinginkan.

Namun begitu, tidak dapat dinafikan bahawa main kutu ini ada risikonya, terutamanya kes penipuan. Sudah banyak kes duit kutu dibawa lari oleh “ibu kutu” yang tidak amanah dilaporkan. Tetapi, sistem jana pendapatan cara ini tetap menjadi pilihan mereka yang berani menghadapi risiko tersebut.

Walaupun wujud Akta Kumpulan Wang Kutu 1971 yang melarang sistem permainan kutu, namun masih wujud kumpulan kecil sehingga ke hari. Ini kerana risikonya kurang kerana caruman yang kecil dan jumlah peserta yang sedikit. Oleh kerana itulah, pentingnya melantik orang yang boleh dipercayai untuk menguruskan duit kutu tersebut, agar semua pihak dapat beroleh manfaat.

Sumber Rujukan:

Komen

komen

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Send this to a friend