Tak Sangka Suami Punca Loan Kena Reject. Ikuti Kisah Benar Ini

Zaman sekarang ni banyak benda yang kita tak pernah jangka berlaku. Kes penipuan berleluasa, kawan baik sendiri pon boleh menipu. Kali ini mari kita hayati kisah benar yang berlaku kepada sorang pembaca MajalahLabur iaitu Fatin (bukan nama sebenar).

Fatin telah mendapat tawaran rumah kos rendah yang diidam-idamkannya selama ini. Fatin dan suami sangat gembira dan bersyukur kerana mendapat peluang memiliki rumah di awal usia perkahwinan mereka. Sememangnya mereka telah lama bersedia untuk memiliki hartanah dan mempunyai simpanan khas sejak awal lagi. Oleh itu, Fatin tidak mempunyai masalah untuk membayar wang deposit.

Memandangkan komitmen Fatin hanyalah pinjaman kereta dan loan PPTN, Fatin yakin yang dia tiada masalah untuk mendapat pinjaman daripada pihak bank. Tambahan pula, dia adalah merupakan pembaca setia www.MajalahLabur.com, jadi dia telah pun mengira DSRnya terlebih dahulu sebelum memohon loan.

Berdasarkan pengiraanya, beliau mampu untuk mempunyai komitmen yang baru selepas tanggungan hutang semasa di tambah dengan instalment rumah yang diidamkannya itu.

Fatin memilih untuk membuat permohonan pinjaman di Maybank kerana gaji bulanannya juga masuk melalui Maybank, oleh itu lebih mudah untuk membuat potongan bulanan nanti.

Setelah selesai semua prosedur permohonan, dia hanya menunggu panggilan gembira daripada pihak Maybank untuk mengatakan yang loan beliau telah lulus.

Fatin Tidak Sangka Apa Yang Berlaku Seterusnya…

Apa yang mengejutkan Fatin ialah pihak Maybank telah menghubunginya dan memaklumkan permohonannya ditolak dan meminta Fatin untuk menyediakan guarantor sebagai sokongan.

“Bank tersilap buat penilaian ke?”, bisik Fatin di dalam hatinya.

Fatin masih tidak berputus asa, dia mencuba untuk memohon di Hong Leong Bank pula. Setelah meniliti secara kasar semua dokumen, pegawai bank menyatakan yang dia tidak mempunyai sebarang masalah dan permohonan pasti akan lulus. Walaubagaimanapun, pegawai bank tersebut meminta masa untuk memproses permohonan Fatin.

Punca Sebenar Loan Kena Reject

Selepas 3 hari pegawai bank menghubungi Fatin dan menyampaikan berita dukacita kerana permohonannya sekali lagi gagal. Fatin berasa sangat kecewa. Pegawai bank turut menerangkan sebab-sebab permohonannya ditolak. Fatin pasrah apabila mengetahui dia bukanlah puncanya tetapi suaminya!

Ceritanya begini.

Sebelum mereka berkahwin suaminya mempunyai kereta dan menjual kereta tersebut kepada rakan sekerjanya. Oleh kerana percaya kepada kawan, suaminya tidak membuat penukaran nama. Pada awalnya tiada masalah timbul, tetapi selepas lima bulan kawannya mula lewat membuat installment kepada bank. Pihak bank menghantar surat menyatakan sekiranya gagal untuk membuat pembayaran dalam tempoh masa ditetapkan, kereta akan ditarik. Suaminya tidak lagi dapat menghubungi kawannya lagi kerana telah bertukar kerja ke cawangan lain.

Sungguhpun peristiwa ini telah lama berlalu, namun nama suaminya telah pun diblacklist.

Fatin tidak menjangka permohonan pinjaman yang dibuat atas namanya tetapi pihak bank turut membuat semakan ke atas suaminya. Moral of the story….. jangan memberi sepenuh kepercayaan walaupun kepada kawan rapat. Urusan jual beli seharusnya dilakukan mengikut prosedur sebenar, dan bukan semata-mata hanya atas dasar percaya.

Setelkan Hutang Itu Wajib

Ini kisah benar yang berlaku dan menjadi punca kenapa pinjamannya ditolak. Lebih baik berhati-hati dan sentiasa berwaspada di dalam menjalankan sesuatu urusan yang melibatkan urusan sewa beli dan pinjaman. Sentiasa ingat double C (CCRIS dan CTOS), semua transaksi dan sejarah hutang kita akan direkod. Malang tu selalunya memang tidak berbau.

So beware guys

Komen

komen

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Send this to a friend