Terbaik Bank Rakyat Bagi Dividen 13% Di Kala Market Suram

CYBERJAYA: Bank Rakyat mengumumkan pembayaran dividen 13 peratus bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2018 membabitkan jumlah sebanyak RM379 juta kepada anggotanya.

Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof, ketika mengumumkan perkara itu, hari ini, berkata pembayaran dividen masih tinggi walaupun trend pembayaran rendah dalam industri keseluruhannya.

Beliau berkata, pembayaran dividen kepada anggota akan mula dibuat pada 15 April ini.

“Jumlah itu diumumkan selepas perbincangan dan mendapat persetujuan dengan Kementerian Kewangan serta Bank Negara Malaysia (BNM).

“Bank Rakyat akan mengumumkan prestasi kewangan kumpulan bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2018, tidak lama lagi,” katanya pada sidang media selepas majlis pengumuman dividen Bank Rakyat bagi 2018, di sini.

Mohd Redzuan berkata, beliau gembira dengan prestasi Bank Rakyat walaupun berdepan keadaan ekonomi yang tidak menentu.

“Jika mendapat dividen 10 peratus pada masa ini, sudah dikira bagus.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Bank Rakyat kerana masih dapat memberikan dividen tinggi kepada anggota,” katanya.

Tahun lalu, Bank Rakyat mengumumkan dividen 16 peratus dengan anggaran pembayaran berjumlah RM480 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2017, iaitu tertinggi sejak 2012.

Dividen bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2017 itu adalah bersandarkan keuntungan sebelum cukai dan zakat sebanyak RM2.05 bilion yang dicatatkannya dalam tahun kewangan dikaji, meningkat 17.8 peratus berbanding RM1.74 bilion direkodkan pada tahun sebelumnya.

Media pada Mac tahun lalu melaporkan, keuntungan bersih bank koperasi itu bagi tahun kewangan dikaji juga mencatat peningkatan sebanyak 17.2 peratus kepada RM1.36 bilion, berbanding RM1.16 bilion sebelum itu.

Terdahulu, Mohd Redzuan melancarkan Garis Panduan Akreditasi Perusahaan Sosial (SE.A) yang menerangkan tatacara, prosedur dan syarat dalam mengemukakan permohonan bagi akreditasi perusahaan sosial serta perkara lain berkaitan.

Beliau berkata, SE.A diwujud untuk mengesahkan status sesuatu perusahaan sosial, sekali gus membantu pihak terbabit mendapat akses kepada pelbagai sokongan dan peluang lebih besar bagi mengembangkan perniagaan.

“Justeru, garis panduan ini memudahkan mereka yang terbabit dalam bidang itu untuk memohon dan mendapatkan manfaat daripada SE.A,” katanya.

Sumber: BH Online

Tahniah Bank Rakyat

Bank Rakyat betul-betul mengatasi jangkaan orang ramai, tatkala banyak institusi kewangan lain yang memberikan kadar dividen yang rendah:

KWSP: 5.9% untuk Simpanan Syariah, 6.15% untuk Simpanan Konvensional

ASB: 6.50% Pengagihan Pendapatan + 0.5% Bonus

Tabung Haji: 1.25% Hibah

Pelaburan Saham Pun Ada Beri Dividen

Bila sebut pasal pelaburan saham, tak ramai yang tahu bahawa kita pun boleh untung melalui pemberian dividen. Sebab syarikat yang biasa beri dividen, biasanya adalah syarikat yang untung. Bila syarikat untung, mereka ingin berkongsi keuntungan syarikat dalam bentuk pemberian dividen kepada pemegang saham.

Di tempat pertama dalam Senarai Saham Dengan Dividen Yang Semakin Meningkat Sejak 3 Tahun Lalu (2016-2018) adalah Bank Islam. Nak tahu lebih lanjut, bacalah artikel tersebut.

Komen

komen

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Send this to a friend