Girls, Ikut 10 Nasihat Ini Jika Berminat Menjadi ‘Clever Girl’

Perkongsian Dr. Azizul Azli Ahmad ini memang mencuit hati. Harapnya ia menusuk kalbu gadis di luar sana. Menurut beliau untuk menjadi gadis pintar ini tidaklah begitu sukar, hanya perlu ikut beberapa nasihat berikut:

#1. Beli kediaman seawal usia kerja, walaupun belum jumpa bakal imam berwajah korea.

#2. Tidak berebut membeli tudung kepala, sampai masuk berita Oh Media dan Beautiful Nara.

#3. Ada potongan tetap ke Tabung Haji atau ASB setidaknya 10% dari gaji, lebih banyak lebih ‘clever’.

Hasil dividen tabung haji

Mulakan dengan menyimpan 10% daripada gaji bulanan dan tingkatkan jumlah tersebut dari semasa ke semasa

#4. Sudah awal-awal daftar haji waktu pertama kali terima gaji.

#5. Tak benarkan teman lelaki pinjam duit untuk tukar kereta terkini.

#6. Tak makan pujukkan Mak Anda, Calon Suami, Mak Sendiri, Ayah Tiri untuk buat Pinjaman jadi Raja Sehari.

Apa guna ‘Wedding Of The Year’ tapi berhutang sampai bertahun-tahun

#7. Tak beli dan baca Novel Suamiku Sotong dan Playboy Itu Jadi Lontong.

#8. Tak layan LAZADA, Bella Amura & Zawira waktu pejabat.

#9. Tak ‘belanja’ calon suami gambar yang hijab dah melayang kekaki.

#10. Terus beri sumbangan pada ibubapa walau anak dah masuk lima.

Gadis bijak itu adalah kita, bukan yang ada di TV3.
Itu semua bakal jadi isteri Dato Bendahara.
Gadis suka kalau kita yang bimbing mereka, bukan mereka yang dukong kita.

Nak dapat ilmu kena rajin usaha. Walaupun dah habis belajar dekat U jangan malas nak belajar ilmu tentang pengurusan kewangan. Jangan rasa diri sudah hebat walaupun dah ada ijazah. Bijak belajar belum tentu bijak menguruskan kewangan.

Follow Dr. Azizul Azli Ahmad untuk lebih banyak tips kewangan untuk anak muda. Semoga bermanfaat!

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Gentari Setuju Saranan Tubuh Konsortium Bantu Pemain Solar – DPMM

KUALA LUMPUR, 28 Mac (Bernama) — Cabang tenaga hijau Petronas, Gentari Sdn Bhd menyatakan persetujuannya dengan saranan untuk mewujudkan konsortium dianggotai pemain industri solar yang berkelayakan untuk diberi kontrak pada masa hadapan, kata Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM).

Presidennya Norsyahrin Hamidon berkata kata putus tersebut dipersetujui semasa satu pertemuan yang diadakan antara DPMM dan Gentari pada Rabu di pejabat pengurusan syarikat itu.

Selain itu, katanya, DPMM turut menyarankan agar satu program pembangunan bumiputera diwujudkan di Petronas agar syarikat bumiputera pelbagai bidang dalam industri minyak dan gas dapat diberi keutamaan dalam pengagihan kontrak pada masa depan.

“DPMM bersedia untuk menjadi penghubung antara pemain industri bumiputera dan Petronas.

“Syarikat bumiputera banyak yang berkelayakan dan mempunyai merit cuma dipinggirkan dari diberi peluang untuk sama-sama bersaing dengan syarikat bukan bumiputera,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, Norsyahrin berkata tindakan pantas pengurusan Gentari memanggil DPMM, Majlis Tindakan Ekonomi Melayu Bersatu dan pemain industri bagi menyelesaikan kemelut tersebut daripada terus berpanjangan turut diberi pujian.

— BERNAMA