Top 10 Negara Dengan Inflasi Tertinggi

Kita selalu dengar perkataan inflasi ni, dan kita memang tahu bahawa ianya sering naik setiap tahun. Tetapi tahukah kita apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan inflasi ni? Menurut kepada kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, inflasi bermaksud:

“Kemerosotan nilai mata wang kerana banyaknya wang yang beredar dan menyebabkan harga barang-barang naik.”

Dalam erti kata lain, perasan tak harga barang semakin meningkat setiap tahun? Kalau 10 tahun dahulu, harga satu karipap adalah 20 sen, tetapi hari ini ianya berharga 50 sen pula. Kalau dulu milo ais harganya RM1, kini RM2 pula.

Kadar inflasi di Malaysia adalah pada paras 1% ke 3.8% setiap tahun. Kadar inflasi di Amerika Syarikat kini berada pada aras 2%. Di Eropah pula, kebanyakan negara mempunyai kadar inflasi yang rendah. Manakala negara kelas ke-3 mengalami hyperinflation disebabkan ketidakstabilan politik yang berlaku.

Berikut merupakan data yang diperolehi daripada Trading Economics:

10- Angola, 17.24%

Menurut Trading Economics, kadar inflasi di Angola adalah 17.24% setakat 2019. Di antara tahun 2001 hingga 2019, purata inflasi setinggi 35.21%.

Angola menerima menerima pakej bantuan kewangan daripada IMF sebanyak $3.7 bilion untuk memulihkan keadaan ekonomi negara tersebut.

9- Sierra Leone, 17.46%

Sierra Leone merupakan sebuah negara miskin di barat Afrika. Kadar inflasi Sierra Leone setinggi 17.46% dan purata kadar inflasi setakat 1986-2019 adalah 28.67%.

Negara yang mengalami situasi politik bergolak ini mempunyai pendapatan per kapita rakyat serendah $505 sahaja walaupun mereka ini pengeluar berlian, titanium bauksit dan sumber mineral lain.

8- Haiti, 18%

Data menunjukkan Haiti kekal 18% sehingga Mei 2019. Walaubagaimanapun, harga barangan di Haiti meningkat terutamanya makanan ruji, tembakau dan kos pengangkutan.

Negara ini sebenarnya tidak pulih lagi daripada kejadian gempa bumi 2010 yang telah mengorbankan 200,000 orang.

7- Liberia, 23.3%

Ekonomi Liberia bergelut dengan paras kemiskinan yang tinggi dan korupsi yang melampau. Keuntungan fiskal mereka pada nilai defisit sejak 3 tahun kebelakangan ini. Inflasi dicatatkan pada paras 23.3% setakat April 2019.

Rakyat Liberia takut jika ekonomi semakin meruncing, ia akan menjurus kepada perang yang mungkin tercetus.

6- Sudan, 47.80%

Sudan pula dikatakan mencatatkan kadar inflasi sebanyak 47.8% dan meningkat daripada kadar sebelumnya iaitu 32.66%. Harga barangan asas terus meningkat naik, dan kerajaan telah pun menguatkuasakan polisi had pengeluaran tunai bagi mengawal kitaran wang dalam pasaran.

5- Iran, 48%

Iran, sebuah negara Persia mempunyai inflasi pada paras 48% setakat Julai dan menyusut daripada jumlah sebelumnya iaitu 50.4%. Dengan keadaan sebegini, tidak hairanlah jika harga barangan asas melonjak setinggi 71.9%.

Masalah utama mereka berpunca daripada Amerika Syarikat yang mengerahkan rakan dagangan minyak berhenti daripada mengambil stok dari Iran.

4-Argentina, 54.40%

Negara kelahiran ramai pemain bola sepak terkenal iaitu Argentina, dilaporkan mencatat kadar inflasi sebanyak 54.40% setakat Julai 2019. Sebelum ini, Argentina pernah mencatatkan inflasi setinggi 20,262% pada Mac 1990.

Argentina mungkin dilihat akan menurunkan nilai atau devalue matawang mereka selepas ini. Dimaklumkan bahawa Argentina telah mendapat pakej bantuan kewangan sebanyak $56.3 bilion daripada IMF.

3- Selatan Sudan, 56.10%

Setakat tahun 2016, Selatan Sudan mengalami inflasi yang dashyat iaitu 550%. Disebabkan hal tersebut, bank pusat atau central bank mereka bertindak untuk mengurangkan jumlah cetakan wang dalam pasaran.

Akhirnya pada tahun 2019, kadar inflasi Selatan Sudan menyusut kepada 56.10%. Walhal negara ini merupakan pengeluar minyak yang utama di dunia.

2- Zimbabwe, 175.66%

Zimbabwe pula mempunyai inflasi setinggi 175.66% setakat dilaporkan pada bulan Jun 2019. Dengan kadar inflasi setinggi ini, ianya petanda hyperinflation sedang berlaku, harga barangan asas makanan minuman ubat-ubatan akan menjadi terhad dan mahal.

Perkara ini telah menyebabkan not kertas 100 bilion dollar terpaksa dikeluarkan oleh bank pusat negara mereka.

1- Venezuela, 282,972.80%

Situasi Venezuela pula sangat ekstrim dengan kadar inflasi yang menggerunkan. Menurut IMF, kadar inflasi Venezuela boleh meningkat kepada 10 juta peratus menjelang akhir tahun 2019. Ini menyebabkan mata wang negara mereka hampir tidak mempunyai nilai langsung.

Melihat kepada statistik ini, kita sedia maklum sebenarnya inflasi jika tidak dikawal dengan baik akan mendatangkan kemudaratan kepada ekonomi sesebuah negara. Siapa sangka negara kaya dengan hasil bumi pun boleh mengalami krisis ekonomi yang teruk.

Jika anda ingin membaca artikel mengenai krisis ekonomi yang lebih terperinci, boleh terus baca di sini.

Artikel disumbangkan oleh Faiz, penulis InvestorMY iaitu blog pelaburan Malaysia.

Komen

komen

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Send this to a friend