Tutorial Tukar Status Akaun KWSP Kepada Simpanan Shariah Secara Online

Pastinya ramai sudah sedia maklum mengenai Simpanan Shariah KWSP yang mula dikuatkuasakan pada 8 Ogos 2016.

Dulu ahli tidak ada pilihan, sekarang sudah ada.

Simpanan Shariah merupakan satu inisiatif oleh KWSP bagi membolehkan ahli KWSP memilih untuk akaunnya diuruskan dan dilaburkan mengikut prinsip Shariah Islam.

Sebagai orang Islam, kita wajib menukar simpanan konvensional dalam KWSP kepada Simpanan Shariah. Takkan kita nak bersubahat apabila duit kita digunakan untuk pelaburan-pelaburan yang tidak patuh shariah (bank konvensional, syarikat judi).

Ia boleh dilakukan dengan mudah secara online.

Mengapakah Simpanan Shariah tidak didaftar secara automatik oleh pihak KWSP untuk semua ahli beragama Islam Dari segi syariah, bagi menyempurnakan sesuatu akad, ianya perlu dilaksanakan dengan kerelaan dan persetujuan bersama ke atas terma dan syarat. Bagi Simpanan Shariah, akad yang digunapakai adalah akad wakalah di mana ahli melantik Lembaga KWSP sebagai wakil dan pemegang amanah untuk menguruskan simpanannya mengikut syariah dan undang-undang – Laman Web KWSP

Dengan menukar akaun KWSP kepada simpanan shariah bukan bermaksud ia akaun berbeza, tetapi ia akan mengikut konsep pengurusan dan prinsip shariah. Ianya terbuka kepada semua rakyat Malaysia tidak kira latar belakang bangsa, agama dan status warganegara.

Perbezaan Simpanan Konvensional vs Simpanan Shariah

Jom kita lihat cara-cara untuk tukar status akaun KWSP kepada Simpanan Shariah.

1.  Login i-Akaun (Ahli)

This image has an empty alt attribute; its file name is Tutorial-Bergambar-Cara-Nak-Semak-Prestasi-Dana-Guna-i-Invest-KWSP1-700x443.jpg

Penukaran boleh dibuat secara online, cuma perlu login i-Akaun KWSP anda terlebih dahulu. Sekiranya menggunakan telefon, anda boleh juga guna aplikasi i-Akaun. Atau nak guna website KWSP pun tiada masalah.

2.  Klik Tab Simpanan Shariah

Akan ternampak satu tab Simpanan Shariah selepas masuk ke dalam website KWSP. Klik tab Simpanan Shariah tersebut dan tekan tukar status. Anda boleh tukarkannya dari konvensional kepada shariah. Mudah sahaja kan?

3.   Tunggu Permohonan Diluluskan

Kita hanya perlu menunggu sehingga permohonan penukaran status akaun KWSP diluluskan sahaja. Selain daripada memohon secara online, anda juga boleh memohon di KWSP dengan cara membawa kad pengenalan sahaja serta memerlukan cap ibu jari untuk cetakan akad shariah yang akan dicetak.

Apa Yang Anda Patut Tahu Sebelum Membuat Pertukaran Status?

Sejak perlaksanaan simpanan KWSP yang patuh Shariah, dividen tahunan simpanan Shariah adalah kurang daripada dividen simpanan konvensional.

Rasanya itu tidak berapa penting, asalkan kita tidak terjebak dengan najis riba seperti sebelum ini. Baca juga Mengapa Dividen Simpanan Syariah KWSP Sikit Berbanding Konvensional?

Anda akan menerima keputusan permohonan dalam masa 7 hari sebelum tarikh simpanan shariah berkuat kuasa. Selepas tarikh berkuat kuasa simpanan tersebut, ahli KWSP tidak boleh membatalkannya lagi.

Boleh rujuk video tutorial yang kami sediakan dibawah juga.

Sekiranya saya memilih Simpanan Shariah, adakah penyucian dividen perlu dibuat ke atas pendapatan tidak patuh syariah?

Jawatankuasa Penasihat Shariah KWSP (JKPS) telah memutuskan pertukaran ke Simpanan Shariah dikecualikan daripada penyucian dividen. Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia yang telah diadakan pada 18 Ogos 2015 juga telah memutuskan KWSP tidak diwajibkan untuk melakukan penyucian terhadap dividen simpanan semua ahli KWSP yang bersetuju untuk bertukar ke Simpanan Shariah.

Fatwa MJFK dan keputusan JKPS ini masih terpakai bagi apa-apa dividen yang diterima sebelum adanya pilihan Simpanan Shariah. Namun demikian, sekiranya ahli memilih untuk melakukan penyucian dividen, ahli perlu menilai tahap kewangan bagi memastikan penyucian yang hendak dilakukan itu tidak memudaratkan diri ahli serta tanggungannya.

Ahli dinasihatkan untuk merujuk garis panduan penyucian dividen yang disediakan di pautan berikut : penyucian dividen. Garis panduan ini disediakan sebagai panduan sahaja. Sila ambil maklum bahawa KWSP tidak akan bertanggungjawab dan tidak akan menanggung sebarang kos atau kerugian ke atas apa-apa kekurangan atau lebihan amaun bagi tujuan penyucian dividen.

Sumber Rujukan

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Gentari Setuju Saranan Tubuh Konsortium Bantu Pemain Solar – DPMM

KUALA LUMPUR, 28 Mac (Bernama) — Cabang tenaga hijau Petronas, Gentari Sdn Bhd menyatakan persetujuannya dengan saranan untuk mewujudkan konsortium dianggotai pemain industri solar yang berkelayakan untuk diberi kontrak pada masa hadapan, kata Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM).

Presidennya Norsyahrin Hamidon berkata kata putus tersebut dipersetujui semasa satu pertemuan yang diadakan antara DPMM dan Gentari pada Rabu di pejabat pengurusan syarikat itu.

Selain itu, katanya, DPMM turut menyarankan agar satu program pembangunan bumiputera diwujudkan di Petronas agar syarikat bumiputera pelbagai bidang dalam industri minyak dan gas dapat diberi keutamaan dalam pengagihan kontrak pada masa depan.

“DPMM bersedia untuk menjadi penghubung antara pemain industri bumiputera dan Petronas.

“Syarikat bumiputera banyak yang berkelayakan dan mempunyai merit cuma dipinggirkan dari diberi peluang untuk sama-sama bersaing dengan syarikat bukan bumiputera,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, Norsyahrin berkata tindakan pantas pengurusan Gentari memanggil DPMM, Majlis Tindakan Ekonomi Melayu Bersatu dan pemain industri bagi menyelesaikan kemelut tersebut daripada terus berpanjangan turut diberi pujian.

— BERNAMA