Wahai Anak Muda, Jauhi 4 Perkara Ini Kalau Taknak ‘Bankrap C’

Dulu-dulu tak faham maksud istilah bankrap C (bankruptcy). Jenuh fikir kenapa tak ada istilah bankrap B atau bankrap A. Dulu jarang dapat dengar orang sebut pasal benda ni. Sekarang ni lain macam, sana sini orang sebut pasal bankrap.

Statistik menunjukkan kadar bankrap anak muda dibawah usia 25 tahun mencatatkan peningkatan. Ia amat membimbangkan dengan menunjukkan pengurusan kewangan anak muda pada tahap yang teruk. Menurut statistik daripada Bank Negara Malaysia (BNM), 47% pemuda mempunyai hutang kad kredit yang tinggi manakala 38% mempunyai pinjaman peribadi.

Statistik juga menunjukkan kebanyakan mereka ini adalah terdiri daripada golongan yang berpelajaran, dengan lulusan universiti yang paling ramai. Kegagalan mereka dalam membuat pembayaran semula kepada pihak bank telah menjadikan nama mereka disenarai hitam dan seterusnya diisytihar bankrap.

Berikut merupakan 4 perkara yang sering dipandang remeh oleh anak muda sehingga menyebabkan mereka terjerumus ke dalam masalah kewangan.

1. Rasa Masih Muda, Perjalanan Masih Jauh

Keluar sahaja daripada universiti, perkara pertama yang mereka fikirkan adalah untuk memiliki sebuah kereta. Fresh grad minta gaji sampai RM3,000, tapi berangan nak beli kereta Honda City dengan instalment RM1,000 sebulan selama 9 tahun. Time ni lah nak enjoy, setelah tamat belajar selama berbelas tahun lamanya.

Pemikiran untuk mendapatkkan kerja yang bagus itu adalah satu perkara yang baik, namun yang menjadi tidak baiknya apabila mereka lupa untuk membuat simpanan. Ramai beranggapan bahawa, usia mereka masih muda, simpanan tu nanti-nantilah.

Kesannya, mereka tidak dapat mengawal perbelanjaan dan kewangan mereka sendiri. Dan tanpa mereka sedar juga, komitmen menjadi semakin tinggi. Dah jadi hamba bank, pergi balik kerja semata-mata untuk bayar balik hutang kepada pihak bank.

2. Tiada Matlamat 

Walaupun anak muda ini tergolong daripada lepasan universiti, tidak semestinya mereka ini mempunyai ilmu kewangan yang mantap. Masih ramai yang tidak punyai matlamat kewangan, dan tak tahu pun berapa peratus daripada simpanan, jenis-jenis tabung simpanan yang berbeza, kepentingan membeli rumah di usia muda; dan bermacam-macam lagi.

Carilah sifu-sifu hebat di media sosial seperti Facebook, terlalu banyak perkongsian ilmu kewangan – percuma pulak tu. Namun, tidak ramai anak muda yang mengambil peluang untuk mendalami ilmu-ilmu tersebut.

Tanpa matlamat yang jelas, maka tiadalah hala tuju dalam perancangan kewangan. Hanya tahu pergi kerja, dapat gaji, belanjakan wang tersebut, tunggu gaji seterusnya.

3. Tiada Disiplin

Anak muda mana yang tak tergoda untuk beli kereta baru, pakai smartphone terkini dan makan minum di tempat hipster. Berbelanja mengikut hawa nafsu sesungguhnya menelan kos yang tinggi.

Ramai yang menganggap ianya hanyalah disebabkan melayan hobi dan juga kehendak hati. Jika anda terus-menerus buat sedemikian, tunggu masa untuk anda terjerumus ke lembah hutang keliling pinggang. Sebelum cukup bulan, dah habis duit. Simpanan tiada, pelaburan tiada, hutang kad kredit cuma bayar minima setiap bulan.

4. YOLO (You Only Live Once)

Bagi mereka yang tidak biasa dengan YOLO ni, anda mesti berusia 25 tahun dan ke atas bukan?

YOLO ini secara ringkasnya bermaksud, anda hidup di atas muka bumi ini hanya sekali. Ya betul, anda cuma hidup sekali je, tapi anda hidup tanpa berfikir tentang masa depan. Hanya tahu untuk enjoy, pergi berjalan-jalan luar negara, tak bayar hutang pun tak apa, tak beli rumah pun tak apa, ada yang sampai tak kahwin pun tak apa juga.

Nakkan kebebasan dalam kehidupan, sampai tak pedulikan sekeliling. Tapi lambat-laun, pasti kehidupan YOLO ini akan menjerat anda juga.

Anda Nak Beli Rumah, Tapi Adakah Anda Tahu Tahap Kewangan Anda?

Takut-takut ianya kurang memuaskan, nanti nak apply pinjaman tak lepas pula.

  • Bagaimana pula dengan hutang kad kredit, bayar tepat pada masanya atau tidak?
  • Pernahkah anda terlibat dengan sebarang masalah undang-undang atau muflis?
  • Berapa pula Debt to service ratio (DSR) anda?

Dengan TechRevo, kini anda boleh dapatkan laporan kewangan dengan cepat dan mudah.

Bukan itu sahaja, semua pengiraan berkenaan dengan permohonan pinjaman akan dilakukan berdasarkan apa yang bank mahu.

Yang lagi bestnya, di penghujung laporan nanti ada pilihan bank dengan tawaran terbaik khusus untuk anda.

Dengan harga promosi RM14.90, anda akan dapat:

✅ Ketepatan 99% pengiraan DSR + kelayakan pinjaman perumahan
✅ Laporan CCRIS untuk 12 bulan
✅ Kes undang-undang, muflis

Dapatkan laporan TechRevo hari ini juga -> https://tinyurl.com/techrevo

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Gentari Setuju Saranan Tubuh Konsortium Bantu Pemain Solar – DPMM

KUALA LUMPUR, 28 Mac (Bernama) — Cabang tenaga hijau Petronas, Gentari Sdn Bhd menyatakan persetujuannya dengan saranan untuk mewujudkan konsortium dianggotai pemain industri solar yang berkelayakan untuk diberi kontrak pada masa hadapan, kata Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM).

Presidennya Norsyahrin Hamidon berkata kata putus tersebut dipersetujui semasa satu pertemuan yang diadakan antara DPMM dan Gentari pada Rabu di pejabat pengurusan syarikat itu.

Selain itu, katanya, DPMM turut menyarankan agar satu program pembangunan bumiputera diwujudkan di Petronas agar syarikat bumiputera pelbagai bidang dalam industri minyak dan gas dapat diberi keutamaan dalam pengagihan kontrak pada masa depan.

“DPMM bersedia untuk menjadi penghubung antara pemain industri bumiputera dan Petronas.

“Syarikat bumiputera banyak yang berkelayakan dan mempunyai merit cuma dipinggirkan dari diberi peluang untuk sama-sama bersaing dengan syarikat bukan bumiputera,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, Norsyahrin berkata tindakan pantas pengurusan Gentari memanggil DPMM, Majlis Tindakan Ekonomi Melayu Bersatu dan pemain industri bagi menyelesaikan kemelut tersebut daripada terus berpanjangan turut diberi pujian.

— BERNAMA