Warren Buffett Kehilangan Pengurus Muda Paling Berbakat Di Berkshire Hathaway

Berkshire Hathaway merupakan syarikat kongelemerat yang paling besar dalam pelaburan saham. Kita tidak perlu memperkenalkan lagi peneraju utama syarikat ini, kerana dunia pelaburan saham selalu sahaja mendapat nasihat bernas dalam dunia perniagaan daripada CEO syarikat ini.

Ianya diketuai dua orang sahabat baik iaitu Warren Buffet dan Charlie Munger. Hasil gabungan idea mereka berdua telah menjadikan Berkshire Hathaway sangat berjaya dan merupakan 10 syarikat terbesar dunia dari segi market capitaization.

Gabungan idea daripada Warren dan Charlie memberi impak yang besar kepada Berkshire Hathaway

Selain daripada Buffett dan Charlie yang menerajui Berkshire Hathaway, syarikat ini mempunyai tiga orang barisan pelapis yang memainkan peranan yang penting di belakang tabir pihak pengurusan. Mereka bertiga adalah anak didik Warren Buffet yang mana dipercayai akan menggantikan tempat Warren dan Charlie jika mereka ditakdirkan meninggal dunia dalam masa terdekat.

Namun, satu kejutan telah berlaku bila seorang daripada anak didik Warren Buffet yang paling muda telah meletak jawatan dan akan membangunkan sebuah syarikat pelaburan yang bakal menjadi pesaing kepada Berkshire Hathaway.

Tiga orang anak didik Warren Buffett yang merupakan pelapis Berkshire Hathaway

Beliau yang dimaksudkan adalah Tracy Britt Cool yang merupakan CEO paling muda yang mendapat jawatan yang tinggi dalam Berkshire Hathaway. Beliau merupakan seorang graduan daripada Universiti Harvard dalam bidang perniagaan.

Beliau menjadi orang kanan Buffett pada tahun 2009 ketika baru berusia 25 tahun. Beliau lulus sesi temuduga yang dilakukan oleh Warren Buffett dan diambil bekerja sebagai pembantu kewangan untuk Berkshire Hathaway.

Tracy Britt Cool merupakan anak didik Warren Buffett paling muda yang memegang jawatan penting dalam Berkshire Hathaway

Tracy merupakan gadis yang berasal dari keluarga yang sederhana dan keluarga mereka mempunyai sebuah ladang. Semasa kecil, beliau pernah menceritakan bahawa beliau tidak suka kehidupan di ladang tetapi kehidupannya di ladang telah mengajarnya tentang etika kerja.

Ketika usia masih  kecil  lagi, Tracy telah tertarik dengan dunia pelaburan dan kewangan. Beliau dilahirkan di Kansas pada tahun 1984 dan merupakan pelajar pintar sejak kecil lagi. Beliau kemudiannya diterima memasuki Universiti Harvard dalam bidang perniagaan pada tahun 2003.

Tracy merupakan seorang pelajar yang sangat aktif di dalam persatuan dan seringkali menjadi ketua dalam mana-mana persatuan yang diceburinya. Semasa di Harvard, beliau telah membuka persatuan untuk pelajar perempuan belajar tentang pelaburan dalam dunia saham dan mendapat sambutan yang menggalakan di kalangan wanita di universiti.

Persatuan itu dinamakan sebagai Smart Women Securities dan persatuan ini mengadakan seminar percuma untuk wanita yang berada di universiti tersebut untuk mendapatkan ilmu kewangan yang betul.

Sebelum memasuki Berkshire Hathaway, beliau pernah diambil sebagai intern di salah sebuah bank gergasi di Amerika, iaitu Bank of America. Beliau telah menunjukkan minat untuk menjadi anak didik Warren Buffet sejak dari permulaan kariernya.

Tracy yang mengenali Buffett melalui seorang kawan sekelasnya yang berasal dari Omaha, telah mengirim sepucuk surat kepada Buffett. Sebelum beliau diambil bekerja di Brekshire Hathway, beliau telah makan tengah hari bersama dengan Buffett sekitar tahun 2009. Sejak dari itulah, beliau telah mengutus surat meminta untuk bekerja dengan akhirnya telah diterima bekerja.

Bakat dan kebijaksanaan yang dimiliki Tracy membuatkan Warren Buffett mengambil beliau bekerja

Buffett telah memberi jawatan penting iaitu sebagai seorang penganalisis kewangan untuk beliau sendiri. Setelah lima tahun bekerja sebagai penganalisis kewangan untuk Berkshire Hathaway, Tracy telah dilantik oleh Buffett menjadi CEO Pampered Chef, sebuah syarikat pembekal peralatan dapur yang dibeli oleh Buffett pada tahun 2003.

Tracy telah menggunakan kuasa yang ada pada diriinya untuk memecat CEO dan pengasas kepada syarikat tersebut. Ianya dipuji oleh Buffett yang kerana ianya sangat baik dalam menentukan hala tuju perkembangan Berkshire Hathaway.

Walaupun demikian, Tracy telah dikritik oleh Dr. David Kass, profesor pelaburan di  Universiti Maryland.B agi Dr Kass, Tracy merupakan penyebab kejatuhan saham Syarikat Kraft Heinz sebanyak 60% sejak menjadi Board Of Director untuk syarikat tersebut.

Sejak tahun 2014, kerugian yang ditanggung oleh Kraft Heinz semakin parah sehingga awal tahun ini, Kraft Heinz telah mengalami kerugian yang sangat teruk yang telah menyebabkan keuntungan Syarikat Berkshire Hathaway turut terjejas.

Begitu juga syarikat yang diterajuinya iaitu Pampered Chef telah mencatatkan keuntungan yang menurun, daripada $320 juta pada tahun 2015 kepada $280 juta pada tahun lepas.

Dengan pemergian Tracy dari Berkshire Hathaway, beliau katanya akan membangunkan sebuah syarikat pelaburan yang bakal menjadi pesaing kepada Berkshire Hathaway, tetapi dengan memfokuskan kepada syarikat yang lebih kecil menggunakan falsafah pelaburan Value Investing.

Dengan pengalaman hampir sepuluh tahun bersama Warren Buffett, beliau yakin segala ilmu yang diperolehi daripada lagenda pelaburan saham tersebut akan dapat digunakan dalam dunia pelaburan yang sebenar.

Sumber Rujukan:

Komen

komen

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Send this to a friend