Yang Suka Beri Kawan Pinjam Duit, Guna Contoh Surat Perjanjian Ini

Alhamdulillah, ramai sebenarnya yang bermurah hati untuk beri pinjam duit. Ada yang beri pinjam kepada adik-beradik, sahabat handai, kekasih pujaan hati dan tidak kurang juga kepada orang yang kita tak berapa kenal.

Bagi pinjam duit biasanya sangat mudah, tapi bila nak mintak balik duit (hutang) memang payah.

Apa kata kita ikut tips daripada seorang peguam mengenai surat perjanjian yang boleh dijiadikan bahan bukti untuk dibawa ke mahkamah, Cukup mudah, boleh buat sendiri di rumah.

See you in court!

1. Letak tajuk “Pinjaman Persahabatan” ini maksud pinjaman tanpa faedah.

2. Perlu ada butiran lengkap seperti nama PENUH, nombor kad pengenalan dan alamat TERKINI Pemberi Pinjam dan Peminjam.

Ini bertujuan perjelaskan identiti untuk tujuan menuntut di mahkamah nanti dan senang hendak ambil tindakan. Dapatkan salinan kad pengenalan dan pulangkan dengan perkataan pinjaman.

3. Nyatakan jumlah pinjaman

Contoh:

Dengan ini saya *nama pemberi pinjam wang* Sudin telah memberikan pinjaman sebanyak RM**** kepada Ajis *nama peminjam*.

4. Cara bayaran bagaimana?

Contoh dalam tempoh berapa bulan? Tahun? Sebulan berapa? Berapa lama?

JANGAN! JANGAN kenakan faedah atau bunga atas pinjaman!

Kerana anda bukan pemberi pinjam wang berlesen! Kalau anda letak juga jumlah faedah dalam perjanjian, perjanjian and mungkin jadi tak laku ATAU silap-silap anda kena denda DAN PENJARA dibawah Akta Pemberi Pinjam Wang dengan faedah tanpa lesen. Minimum denda RM 250,000 dan maksimum RM 1,000,000. Banyak tu!

5. Masukkan terma pengingkaran

Contoh: Sekiranya pemimjam gagal bayar kes akan dirujuk ke mahkamah. Mahkamah mana? Cari yang berdekatan dengan tempat tinggal anda supaya jimat kos perjalanan nanti.

6. Masukkan syarat bahawa surat menyurat untuk menuntut dari peguam dan dokumen-dokumen mahkamah akan dihantar ke alamat peminjam seperti dalam perjanjian akan dianggap serahan yang sempurna. Jadi tidak perlu bayar kos mengiklankan di surat khabar.

7. Masukkan terma perjanjian turut mengikat waris dalam kes kematian

Takdir tuhan siapa tahu kalau peminjam meninggal dunia, bagimana? Sekurang-kurangnya boleh tuntut dari aset si mati.

TETAPI UNTUK PINJAMAN yang bernilai kecil sesuai untuk rangka sendiri. TETAPI jika nilai puluhan atau ratusan ribu ringgit, seelok-eloknya lantik peguam. Bukan apa, kebanyakan kes hutang nilai tinggi ini, bila dibawa ke mahkamah, si peminjam pandai pusing macam-macam alasan dia cari hendak elak bayar hutang. Kemudian dia cabar perjanjian tidak sahlah. Kononnnya dia ditekan suruh tandatanganlah. Kononnya nilai dia terima tak sama dengan perjanjian.

Kalau ada peguam, ada terma-terma khas dan lebih terperinci, malah peguam boleh jadi saksi. Lantik peguam, terutama kes-kes terdapat cagaran hutang.

Sumber Rujukan:

Bagi mereka yang suka sangat bagi pinjam duit, tapi sukar untuk kutip hutang – boleh tengok Iklan Raya AKPK – Jalan Cerita Pasal Nak Kutip Hutang.

Komen

komen

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Send this to a friend