Zensho Jepun Nak Beli The Chicken Rice Shop Dengan Harga RM220 Juta

KUALA LUMPUR: Pengusaha restoran Jepun, Zensho Holdings Co Ltd bersetuju membeli rantaian restoran halal Malaysia, The Chicken Rice Shop (TCRS) membabitkan pertimbangan tunai sekitar RM220 juta (AS$52.86 juta).

Zensho mengumumkan pengambilalihan minggu lalu tetapi tidak mendedahkan harga belian.

Janji niaga itu meningkatkan kehadiran firma Jepun itu di Asia Tenggara, menambah operasi semasa di Malaysia serta Indonesia, Thailand dan Vietnam, kata sumber.

Dalam satu kenyataan 3 Jun, Zensho berkata ia merancang untuk mewujudkan sinergi dengan TCRS yang memiliki kira-kira 100 cawangan dan membuka restoran baharu.

Nomura adalah penasihat kewangan tunggal bagi Zensho berhubung janji niaga itu, kata sumber. – Reuters

Sumber: BH Online

Siapa Zensho Holdings Co Ltd Ni?

Sumber: Laman Web Zensho Holdings

Wow, banyak betul jenama-jenama yang dimiliki oleh Zensho dari Jepun ni. Kalau di Malaysia, mereka menjalankan perniagaan restoran Sukiya.

Bukan setakat makanan saja, pasaraya pun ada. Malah, tempat penjagaan orang tua pun mereka ada.

Zensho Holdings Disenaraikan Di Pasaran Saham Tokyo

Sumber: Trading View

Kalau tengok daripada segi teknikal, harga saham jatuh sebanyak 22.43% sejak setahun yang lalu.

Tapi daripada segi Fundamental, syarikat Zensho ni boleh tahan juga power.

The Chicken Rice Shop, Bukan Sekadar Nasi Ayam

Akhir kata, tak sah kalau tak nyanyi lagu tema berhantu The Chicken Rice Shop ni, nah layan sendiri video di bawah:

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Gentari Setuju Saranan Tubuh Konsortium Bantu Pemain Solar – DPMM

KUALA LUMPUR, 28 Mac (Bernama) — Cabang tenaga hijau Petronas, Gentari Sdn Bhd menyatakan persetujuannya dengan saranan untuk mewujudkan konsortium dianggotai pemain industri solar yang berkelayakan untuk diberi kontrak pada masa hadapan, kata Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM).

Presidennya Norsyahrin Hamidon berkata kata putus tersebut dipersetujui semasa satu pertemuan yang diadakan antara DPMM dan Gentari pada Rabu di pejabat pengurusan syarikat itu.

Selain itu, katanya, DPMM turut menyarankan agar satu program pembangunan bumiputera diwujudkan di Petronas agar syarikat bumiputera pelbagai bidang dalam industri minyak dan gas dapat diberi keutamaan dalam pengagihan kontrak pada masa depan.

“DPMM bersedia untuk menjadi penghubung antara pemain industri bumiputera dan Petronas.

“Syarikat bumiputera banyak yang berkelayakan dan mempunyai merit cuma dipinggirkan dari diberi peluang untuk sama-sama bersaing dengan syarikat bukan bumiputera,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, Norsyahrin berkata tindakan pantas pengurusan Gentari memanggil DPMM, Majlis Tindakan Ekonomi Melayu Bersatu dan pemain industri bagi menyelesaikan kemelut tersebut daripada terus berpanjangan turut diberi pujian.

— BERNAMA