5 Cara Terbukti Untuk “Reprogram” Semula Pemikiran Anda

Rasa buntu dengan kehidupan sekarang yang macam tak ke mana? Mahukan pembaharuan dalam kehidupan? Rasa macam boleh pergi lagi jauh, tapi tak tahu caranya?

Jawapannya mungkin dengan memprogram semula pemikiran anda. Buat sesuatu perkara dengan menggunakan cara yang lain pula.

Bak kata pepatah, “The definition of insanity is doing the same thing over and over again, but expecting different results”.

Kalau kita asyik melakukan perkara yang sama, takkan hasilnya akan berubah ya tak?

Jom kita tengok 5 langkah yang boleh dilakukan seperti berikut:

Langkah 1: Tukar Rutin Harian

Dalam bukunya The Power of Habit, Charles Duhigg memperincikan kesan-kesan neurologi yang mengawal kehidupan kita. Duhigg menunjukkan bahawa pemikiran dan tabiat harian kita mempunyai kesan yang besar terhadap keputusan yang bakal dilakukan dan ini akan mempengaruhi kejayaan kita kelak. Anda harus “membina” semula pemikiran anda harus terlebih dahulu sebelum menjadi kebiasaan dalam kehidupan.

Sebagai contoh, mengubah rutin waktu pagi supaya anda bangun pagi dengan pergi ke gim daripada bangun lewat. Luangkan beberapa minit untuk menggariskan rutin harian anda dengan terperinci. Kemudian pilih satu rutin baru yang anda ingin tambahkan atau ganti.

 

Kredit Gambar: kobo.com

Langkah 2: Luangkan Masa Untuk Travel

Mengembara ke tempat lain dapat mengurangkan tekanan kehidupan seharian dan juga mempunyai kuasa untuk mengubah perspektif dan tingkah laku. Satu kajian mendapati bahawa sesiapa yang suka melancong atau “travel” mempunyai pemikiran yang lebih stabil secara emosional sebagai hasil dari perjalanan mereka.

Mengikut kajian juga, kaki travel biasanya mempunyai pemikiran yang lebih terbuka dan mudah untuk mempelajari benda baru. Cakap dalam bahasa baru, cuba makanan baru, maka lebih mudah untuk buat sesuatu yang baru.

Langkah 3: Membaca Bahan Fiksyen

Untuk “memprogram” semula pemikiran anda, anda mesti mencari pengalaman baru dan juga perspektif baru. Satu cara yang efektif untuk melakukan ini adalah dengan membaca karya fiksyen.

Satu kajian yang dijalankan telah mendapati bahawa mereka yang membaca bahan fiksyen lebih mudah unbtuk memahami perasaan orang lain dan mampu berfikir di luar kotak. Ia juga dapat membantu anda menjadi seseorang yang lebih profesional dan lebih baik apabila ingin membuat sesuatu keputusan. 

Langkah 4: Mempunyai Tabiat Tidur Yang Sihat

Tidur adalah komponen yang penting untuk kesihatan dan kesejahteraan. Bahkan, tidur juga boleh memberi kesan kepada mood, fikiran dan kebahagiaan. Mereka yang mendapat tidur yang secukupnya iaitu lapan jam atau lebih, akan menjadi lebih produktif di tempat kerja dan menunjukkan tanda-tanda kesihatan mental yang lebih baik. Sebaliknya, orang yang mendapat kurang daripada tujuh jam tidur sehari berisiko mengalami kemurungan dan gangguan emosi.

Untuk “memprogram” semula pemikiran anda, minda sedar anda memerlukan tenaga yang cukup untuk melawan sikap negatif yang sering bermain di minda.

Langkah 5: Berikan Diri Sendiri “Quiet Time”

Kita hidup dalam dunia yang penuh dengan kebisingan, disebabkan oleh telefon pintar, pejabat terbuka dan perkhidmatan video streaming. Amat sukar untuk kita mempunyai masa yang tenang untuk berehat dan tidak memikirkan tentang kehidupan dan masalah yang dihadapi.

Bagi mereka yang yang perlu membuat keputusan dengan berhati-hati, ketenangan adalah apa yang anda perlukan. Anda harus membiarkan diri anda berada dalam keadaan tenang dan bebas daripada sebarang stress atau tekanan. Oleh itu, persekitaran sebenarnya memainkan peranan yang penting dan memberi kesan kepada pemikiran kita.

Anda boleh mencari masa “quiet time” apabila anda “menghadap” Sang Pencipta atau berada dekat dengan alam semulajadi seperti di hutan rimba atau di tepi pantai.

Komen

komen

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Send this to a friend