5 Destinasi Mesra-Muslim Yang Boleh Kita Kunjungi

Kita sudah pun memasuki suku keempat tahun 2019, yang juga bermaksud hampirnya musim cuti akhir tahun. Sekarang adalah masa yang tepat untuk kita mula merancang percutian.

Jika anda tidak tahu ke mana hendak bercuti, anda mungkin berminat untuk menerokai destinasi mesra-Muslim yang hebat ini:

1. Satun, Thailand

Kampung di Satun. Kredit Gambar: Wikimedia Commons

Terletak di selatan Thailand, Satun adalah sebuah wilayah yang indah di sempadan Perlis. Wilayah ini pada asalnya dikenali sebagai Setul dalam bahasa Melayu, yang bermaksud pokok manggis. 

Dahulunya, ia merupakan kerajaan Melayu yang dikenali sebagai Kerajaan Setul Mambang Segara sebelum kedaulatannya berakhir pada tahun 1916. Sekitar 67.8% penduduknya adalah orang Islam di mana umat Islam adalah penduduk majoriti di sini.

Menariknya, Satun yang tidak mempunyai ketegangan politik dengan kerajaan pusat menjadikannya sebagai tempat yang ideal dan selamat untuk dikunjungi.

Destinasi Perlu Anda Lawati di Satun:

  • Masayit Mambang (Masjid Mambang)
  • Gua Binatang Phu Pha
  • Muzium Nasional Satun
  • Geopark Global Satun Unesco
  • Menara Jam Satun

Restoran Halal di Satun:

  • Restoran Permata Jimjoom
  • Fareeda Muslim Kitchen
  • Makanan Halal Chawwang (Istana)
  • Nava Seafood Makanan Halal
  • Sama Sama Makanan Halal

2. Aceh, Indonesia

Masjid IndonesiaRaya Baiturrahman. Kredit Gambar: Wikimedia Commons

Dikenali dengan kawasan pergunungannya yang indah, tapak menyelam dan pantai serta dilengkapi dengan undang-undang Syariah yang berkuatkuasa, Aceh adalah kawasan yang paling konservatif di Indonesia. 

Aceh yang terletak di Sumatera utara ini memainkan peranan besar dalam penyebaran Islam di Asia Tenggara.

Tempat Yang Wajib Anda Lawati di Aceh:

  • Masjid Raya Baiturrahman
  • Muzium Tsunami
  • PLTD Apung
  • Rumah Aceh
  • Gunongan

Masakan Aceh Yang Perlu Anda Cuba:

  • Mie Aceh
  • Sate Matang
  • Eungkot Paya (Masakan ikan kari)
  • Ayam Tangkap
  • Sie Reuboh (Daging lembu rebus)

3. Xi’an, China

Kuarters Muslim Xi’an. Kredit Gambar: Wikimedia Commons

Xi’an yang terletak di barat laut China adalah salah satu bandar yang tertua di negara ini serta menjadi tapak kepada Terracotta Army yang terkenal di dunia.

Xi’an juga amat popular dalam kalangan pelancong Islam yang berminat untuk menerokai budaya Cina, di mana bandar ini mempunyai penduduk Islam yang tinggi serta makanan halal yang banyak.

Tarikan Tempat Di Xi’an Boleh Anda Lawati:

  • Masjid Besar Xi’an
  • Quarter Muslim
  • Muzium Terracotta Warriors
  • Menara Loceng
  • Wall City

Terdapat banyak tempat makan Muslim di Muslim Quarter yang boleh anda temui. Selain itu, antara beberapa restoran halal yang terkenal di Xi’an adalah:

  • Restoran Halal Xihuayuan
  • Mukam Xinjiang Restaurant
  • Erpu Restaurant
  • Restoran Muslim Fangshangren

4.  Fez, Morocco

Madrasah Al-Attarine. Kredit Gambar: Wikimedia Commons

Digelar “Kota Islam Murni” di Maghribi, Fez mempunyai banyak masjid, madrasah dan gerbang kota megah yang tak dapat dilupakan, malah Fez juga mempunyai salah sebuah universiti tertua di dunia iaitu Masjid Al-Quaraouiyine yang telah dibina pada tahun 857 M.

Bandar yang menjadi pilihan ramai ini dipenuhi dengan seni bina gaya Maghribi dan Moorish yang berkonsepkan sejarah Islam.

Tempat Menarik Wajib Anda Lawati di Fez:

  • Madrasah Al-Attarine
  • Dar el Makhzen (Istana Diraja)
  • Bab Bou Jeloud
  • Seffarine Square
  • Makam Merenid

Masakan Menarik Perlu Anda Cuba di Fez:

  • Harira (Sup Tradisional)
  • Couscous
  • Zaalouk (Salad Klasik)
  • Pastilla (Pai Daging)
  • Tagine (Masakan Rebusan)

5. Cordoba, Sepanyol

Masjid Cordoba. Kredit: Wikimedia Commons

Cordoba terletak di Andalusia, Sepanyol dan merupakan Tapak Warisan Dunia UNESCO yang aman di mana penduduknya adalah pengamal tiga agama Ibrahim. Apabila anda menjelajahi kota megah ini, anda akan dapati pengaruh Muslim di negara ini amat kuat.

Memandangkan Cordoba berada di bawah pemerintahan Islam, ia berperanan sebagai pusat pendidikan dunia dan intelektual dari seluruh dunia bersama.  Tidak terkecuali Universiti, sekolah dan perpustakaan juga banyak terdapat di sini.

Tempat Menarik Harus Anda Lawati Di Cordoba: 

  • Masjid Cordoba
  • Menara Calahorra
  • Medina Azahara
  • Puente Romano
  • Palacio de Viana

Restoran Halal di Cordoba:

  • Hammam Restaurante Teteria
  • El Patio Andaluz
  • El Sultán
  • Laorkebab
  • KebabHut

Sama ada anda melancong sendiri atau bersama keluarga, destinasi mesra-Muslim ini akan sentiasa terbuka dan mengalu-alukan kedatangan anda.

Dikarang oleh Sedania As Salam Capital. Diterjemah dan disiarkan secara eksklusif di MajalahLabur.

Tentang Sedania As Salam Capital Sdn Bhd

As-Sidq (TM) adalah sebuah platform perisian dipaten milik oleh Sedania As Salam Capital Sdn Bhd yang kukuh dan berskala dengan rekod prestasi terbukti lebih daripada 350,000 transaksi bernilai RM38 bilion. Perkhidmatan patuh syariah sepenuhnya, yang mudah diintegrasikan ke dalam mana-mana sistem dan proses sedia ada melalui API, kini digunakan oleh lebih daripada 40 institusi kewangan dan 7 bank di Malaysia. Misi teras As-Sidq (TM) adalah untuk membantu pelanggan mencari produk kewangan Islam yang sempurna dan menyampaikannya kepada mereka dalam masa yang sesingkat mungkin.

Sebagai peneraju industri dalam platform perdagangan komoditi Tawarruq untuk kewangan peribadi Islam, As-Sidq (TM) membantu institusi-institusi kewangan untuk memasar, mengenal pasti dan meluluskan pembiayaan peribadi Islam dengan menawarkan pemeriksaan profil pelanggan yang komprehensif dari DSR kepada CTOS / CCRIS. Ini membolehkan penyerahan petunjuk hangat yang membolehkan kelulusan hampir dijamin.

Komen

komen

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Send this to a friend