6 Tips Melancong Ke Negara Bukan Islam

Menjadi seorang yang beragama islam tidak menghalang kita untuk melawat atau menziarahi negara yang bukan beragama islam. Hal ini kerana, sebagai seorang manusia kita harus menjelajahi negara asing untuk mengenal budaya luar dan bagaimana persepsi Islam di negara asing.

Jom tengok 5 tips bagi anda yang ingin melancong ke negara bukan Islam:

1. Bawa Kompas Mini

Hal ini mudah untuk mengetahui arah kiblat. Dimana sahaja kita berada di bumi ini, solat jangan ditinggalkan. Malah, sebagai seorang yang beragama Islam, kita mempunyai kelebihan solat musafir. Oleh itu, membawa kompas memudahkan anda mencari arah kiblat. Malah, di dalam kebanyakkan telefon bimbit mudah alih kini mempunyai aplikasi kompas mini. Ini memudahkan perjalanan anda ke negara asing.

2. Roti Sebagai Bekalan Makanan

Sekiranya, makanan sukar didapati di negara asing, anda boleh membawa roti dari Malaysia. Hal ini kerana, jika anda ragu dengan pembuatan roti mereka dicampur dengan alkohol atau wain merah, anda boleh makan bekalan roti anda.

3. Guna Pengangkutan Awam

Sekiranya anda takut diganggu oleh orang bukan beragama Islam kerana Islamphobia di negara asing, anda digalakkan mengunakan pengangkutan Awam. Keadaan ini mengurangkan risiko diganggu oleh Eksterimis yang benci kepada Islam apabila anda berada di khalayak ramai.

4. Kaji Tempat Dituju Terlebih Dahulu

Sebelum anda menziarahi negara tersebut, kaji terlebih dahulu mengenai budaya dan persepsi penduduk terhadap orang yang beragama Islam. Maklumat dan pengetahuan yang anda dapati hasil dari kajian anda membolehkan anda dapat menyesuaikan diri dengan keadaan negara tersebut.

5. Bawa Kain Telekung Jenis Parachute

Tips ini untuk perempuan yang beragama islam. Kain telekung yang jenis parachute digalakkan dibawa kerana selain mudah lipat, kain tersebut sangat ringan. Ia memudahkan perjalanan anda sekiranya anda mahu bersolat.

Kesimpulannya, Islam itu mudah. Tiada paksaan atau membebankan umatnya sekiranya anda mahu melancong. Malah Islam mengalakkan umatnya sentiasa menjelajah untuk mengenali bumi ciptaan Tuhan ini.

6. Ambil Takaful Perjalanan

Ramai yang mengambil sikap sambil lewa berkenaan dengan Takaful Perjalanan ni. Sebab itulah juga, Hanya 15% Rakyat Malaysia Ada Takaful. Takaful adalah berbentuk perlindungan untuk seseorang individu, pasangan, anak-anak atau seluruh keluarga, manakala Takaful Perjalanan pula merupakan pelan perlindungan khusus bagi mereka yang ingin melancong samada dalam Malaysia atau pun ke luar negara.

Boleh baca lebih lanjut di Kaki Travel Pastikan Melanggan Dulu Travel Takaful.

Komen

komen

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Send this to a friend