7 Idea Hadiah Mewah Untuk Wanita Tercinta. Memang Super Sweet Kalau Belikan!

“Asyik asyik bunga..”.

“Asyik asyik coklat…”.

Pening kepala tak nak fikir apa hadiah teristimewa untuk diberi pada wanita tersayang? Barangkali kerana setiap tahun atau setiap bulan memberikan hadiah, silap haribulan dah tak larat nak klik button next dekat laman web Lazada, maka anda tandus idea.

Tak mengapa, kami ada beberapa idea yang boleh dikongsi bersama lebih-lebih lagi kami tahu kebanyakan pembaca kami memang berduit. Apa kata kali ini lari dari kebiasaan dengan memberikan hadiah yang berbeza dan tidak murah harganya.

Ramai yang kata bulan Februari sebagai bulan cinta. Kita akan tengok banyak barangan dan hadiah yang dikeluarkan bertemakan cinta. Ada keluaran unik, jarang ditemui atau eksklusif dan mewah. Majalah Labur menyenaraikan beberapa idea hadiah yang disifatkan sebagai mewah dan eksklusif yang boleh dihadiahkan kepada insan tersayang.

Berikut hadiah ‘mewah’ yang kami rasakan istimewa untuk dijadikan hadiah :

1. Cincin Berlian “Hearts On Fire”

Bertatahkan berlian 3 karat bertaraf dunia dengan kesempurnaan potongan, kejernihan, karat, dan warna, Cincin Berlian Hearts On Fire boleh dijadikan sebagai hadiah paling mewah untuk dihadiahkan kepada insan tersayang. Berlian Hearts On Fire daripada Amerika Syarikat ini memberi hak eksklusif kepada Habib Jewels untuk menjual koleksi itu di pasaran Malaysia.

Kalau nak tahu cincin dengan 3 karat berlian paling sempurna itu berharga kira-kira RM 887,105.

2. Gelang Tangan Berlian Gia

Berlian merupakan antara batuan paling bernilai di dunia. Jika seorang dapat memakai gelang tangan dipenuhi berlian mewah, pasti hatinya berbunga-bunga. Idea untuk menghadiahkan gelang tangan mewah berlian Gia dengan emas putih di Habib Jewels dengan harga RM 641,230 pasti menjadi hadiah yang paling istimewa buat si dia.

Jika mahu mencari koleksi emas dan berlian eksklusif, Habib Jewels adalah destinasi anda.

3. Kucing Ashera

Jika mahu tampil berbeza, apa kata hadiahkan seekor kucing sebagai tanda sayang anda kepada si dia. Lagi menarik jika si dia memang gemarkan kucing. Hadiahkan kucing dari baka Ashera yang merupakan kucing termahal di dunia. Ada sesetengah menggelarkan kucing ini sebagai Savannah F1. Kucing ini merupakan kacukan antara baka Serval Afrika, Asian Leopard dan kucing domestic biasa.

Kucing Ashera dikatakan sangat bijak, manja dan setia. Difahamkan, harga untuk seekor kucing ini boleh menjangkau RM 400,000 lebih.

Kucing paling mahal di dunia ini biasanya hanya boleh dibeli dari luar negara. Cuba layari laman web seperti www.snowcanyonsavannahs.com, www.majesticsavannahs.comwww.a1savannahs.com dan beberapa web lain untuk anda dapatkan maklumat pembelian, cara penjagaan dan lain-lain maklumat tentang kucing unik ini.

4. Jam Tangan Emas Rose Gold Rolex

Sebut saja Rolex orang dah tahu memang sinonim dengan jam tangan mewah. Sebenarnya Rolex juga sesuai dengan wanita yang gemarkan berlian dan emas. Apa kata hadiahkan seutas tangan Rolex yang berhias berlian dengan tali jam Rose Gold yang mewah. Pasti si dia berasa mewah dan eksklusif bila memakai jam tangan tersebut.

Untuk jam tangan (seperti gambar), anda boleh membelinya di cawangan Rolex dengan harga RM 145,000 seutas. Kalau beli yang ini kami pasti setiap detik yang berlalu si dia akan merindui anda!

5. Rantai Leher Chanel

Chanel merupakan antara jenama mewah yang terkenal dengan koleksi beg tangan kegilaan wanita. Tapi, sebenarnya jenama ini juga mempunyai koleksi aksesori yang menarik dan mewah. Jika teman wanita anda gemar rantai leher, apa kata hadiahkan rantai leher Chanel yang dihiasi mutiara berkualiti tinggi, Silver Diamante dan Kristal yang harganya boleh menjangkau sehingga RM 28,080. Rantai ini adalah koleksi Spring-Summer 2018 Pre-Collection.

Nak tahu lebih lanjut boleh berkunjung ke cawangan Chanel Malaysia di Suria KLCC atau lawati sahaja laman web Chanel, http://www.chanel.com untuk maklumat lanjut produk-produk lain.

6. Koleksi Clutch Knot Dari Bottega Veneta

Jenama mewah dari Itali ini menampilkan koleksi clutch Knot yang mempunyai edisi terhad untuk setiap keluaran dan warna. Mahu nampak istimewa, boleh hadiahkan Clutch Knot yang dipenuhi batu Swarovski dan sedikit lingkaran besi antik menampakkan clutch tersebut mewah, eksklusif dan klasik. Kalau nak tahu, ada satu sahaja di Malaysia.

Jika memiliki RM 24,430, maka anda boleh berkunjung ke cawangan Bottega Veneta di Suria KLCC, Kuala Lumpur.

7. Koleksi Mekap Spring Summer Chanel

Kalau terkesima dengan konsep hadiah berupa make-up bouquet, anda mungkin bleh mempertimbangkan produk-produk dari Chanel. Menampilkan 14 jenis barang mekap seperti lipstik, lip gloss, blusher, eye shadow, Lightening Beauty Premiers Fleurs De Chanel (highlighters) dan beberapa barang lagi. Menariknya, pencerah ini merupakan edisi terhad. Kira tak ramailah yang ada.

Harga keseluruhan 14 jenis barang ini ialah kira-kira RM 2,200. Pasti dengan koleksi mekap ini, si dia bakal tampil lebih yakin dan jelita.

Amacam, senarai hadiah-hadiah untuk wanita ini memang bukan murah, kebanyakannya berharga di atas RM 1,000. Oh ya, pastikan anda tidak berhutang pula ya! Kalau tak beli pun, hadiah paling mahal sebenarnya adalah dengan berdoa untuk kesejahteraan bersama, kekal bahagia dalam perhubungan.

Komen

komen

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Send this to a friend