Angka-Angka Berkaitan Alibaba 11.11

Mesti ramai yang tak senang duduk kan pada hari Ahad 11 November 2018 yang lalu? Masing-masing berkepit dengan telefon masing-masing, cari jualan yang terbaik, harga yang termurah, kod baucar yang masyuk dan sebagainya.

Tapi apalah sangat kita di Malaysia, jika dibandingkan dengan jumlah $213.5 Bilion Renminbi yang bersamaan dengan $30.8 Bilion US Dolar atau $129 Bilion Ringgit Malaysia.

Ekonomi Gawat? Macam Tak..

Orang ramai kata ekonomi tengah gawat, tetapi peningkatan jualan sebanyak 27% berbanding tahun lalu sangatlah menakjubkan.

“Hari ini kita dapat saksikan kekuatan dan kebangkitan ekonomi dan kehendak orang ramai yang mahu menaik taraf kehidupan harian mereka”, kata Daniel Zhang, CEO Kumpulan Alibaba. “Penyertaan seluruh ekosistem Alibaba telah membolehkan peniaga dan jenama menemui pengguna dengan cara yang tidak pernah dilakukan sebelum ini.

Catatan Bersejarah Festival Beli-Belah Global 11.11 Tahun 2018

Berikut merupakan pencapaian yang dicatatkan sepanjang tempoh 24 jam acara jualan tersebut dijalankan:

  • Jumlah GMV (Gross Merchandise Value) atau Nilai Kasar Barangan yang dibayar menerusi Alipay adalah RMB213.5 Bilion, peningkatan 27% berbanding tahun 2017
  • Cainiao Network (syarikat logistik terkemuka di China) memproses lebih daripada 1 bilion pesanan penghantaran
  • Lebih daripada 180,000 jenama mengambil bahagian
  • Lebih daripada 40% pengguna membuat pembelian terhadap jenama antarabangsa
  • 237 jenama mencecah lebih daripada RMB100 juta GMV, termasuk jenama antarabangsa seperti Apple, Dyson, Kindle, Estée Lauder, L’Oréal, Nestlé, Gap, Nike dan Adidas
  • Negara dengan jualan tertinggi ke China: Jepun, Amerika Syarikat, Korea Selatan, Australia dan Jerman
  • 230 negara dan daerah dengan transaksi yang berjaya
  • Lazada juga mengambil bahagian dalam 11.11 sebagai sebahagian daripada ekosistem Alibaba, membawa jualan tersebut ke Malaysia, Singapura, Thailand, Indonesia, Filipina dan Vietnam.

Sumber: Alibaba

Sumber: FB Lazada Malaysia

Rakyat Malaysia pun apa kurangnya, ramai-ramai pakat beli 27 tan Milo dalam 2 jam pertama sale 11.11 ini berlangsung.

Kalau kita congak secara mudah pun, Milo 2kg berharga RM29 sebungkus.

27,000kg / 2kg sebungkus = 13,500 bungkus

13,500 bungkus * RM29 = RM391,500

Ini bermakna rakyat Malaysia membelanjakan RM391,500 untuk beli Milo dalam masa 2 jam. Adakah ianya sebagai persiapan cukai soda yang bakal diperkenalkan tahun depan?

Tiada Jack Ma, Tiada Masalah

Umum tahu Jack Ma merupakan pengasas kepada Alibaba ni. Namun selepas beliau meletakkan jawatan dalam Alibaba, ‘life goes on’ kata orang.

Boleh baca selanjutnya mengenai beliau di 4 Benda Kita Boleh Belajar Daripada Jack Ma Tentang Bisnes.

Dan kehidupan beliau boleh dijadikan teladan, di mana beliau pernah memohon bekerja di KFC, namun beliau gagal dalam permohonan tersebut. Jom layan Rahsia Kejayaan Jack Ma sebagai sumber inspirasi kita semua.

Prestasi Saham Alibaba Group

Sumber: Google

Saja nak bagitahu yang saham Alibaba ini disenaraikan di New York Stock Exchange di Amerika Syarikat. Harganya $150 USD seunit. Syarikat Alibaba kini bernilai $389 Bilion US Dolar, dah lebih daripada $1.5 Trilion Ringgit Malaysia.

Manakala syarikat Apple dan Amazon pula dah cecah nombor keramat $1 Trilion US Dolar.

Boleh baca selanjutnya di Syarikat Apple Kini Bernilai $1 Trilion US Dolar dan Amazon Menjadi Syarikat Kedua Bernilai $1 Trilion US Dolar.

Komen

komen

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Send this to a friend