Apple Pay VS Google Pay Send: Siapa Lagi Power

Apple (AAPL) dan (GOOG) merupakan dua jenama terkemuka dan dikenali di seluruh dunia. Kedua-duanya telah menguasai dunia dengan perkembangan teknologi yang tidak boleh disangkal oleh mana-mana pihak. Google Pay Send telah diperkenalkan kepada pengguna setia mereka pada 26 Mac 2011 manakala Apple Pay pula diperkenalkan pada bulan Oktober 2014.

Jom kita tengok apa Apple Pay dan Google Pay Send ini dan perbezaan di antara kedua-duanya.

Perkara Asas Mengenai Apple Pay dan Google Pay Send

1. Apple Pay dan Google Pay Send adalah sebuah aplikasi pembayaran dalam talian (Mobile Payment Systems).

2. Kedua-dua aplikasi menggunakan sistem contactless payment iaitu dengan menggunakan teknologi NFC (Near Field Communication), walaupun pelaksanaannya kedua-duanya sedikit berbeza:

  • Apple yang mempunyai kawalan sepenuhnya ke atas sistem hardware mereka, telah memperkenalkan Apple Pay pada iPhone 6 dan iPhone 6 Plus ke atas dan menggunakan teknologi ID Touch untuk membuat pengesahan.
  • Google pula memilih untuk sistem pengesahan PIN yang lebih praktikal digunakan.

Ini menjadikan sistem Apple lebih mudah untuk digunakan dan dilihat lebih cool tetapi Google pula mempunyai kelebihan yang lebih meluas kerana mampu digunakan walaupun untuk pengguna iPhone 5!

3. Kedua-dua Google Pay Send dan Apple Pay boleh digunakan untuk pembelian dalam talian terus daripada mana-mana aplikasi atau laman sesawang. Ini secara automatik memudahkan dan memepercepatkan proses pembayaran kerana pengesahan hanya perlu melalui sistem ID Touch atau nombor PIN tertentu sahaja untuk melengkapkan sesuatu transaksi.

4. Para pengguna Google Pay Send dan Apple Pay boleh memuat naik butiran kad kredit ke dalam peranti mudah alih mereka dan kedua-dua aplikasi tersebut menggunakan satu bentuk tokenization untuk menyembunyikan nombor akaun peribadi.

5. Ramai yang berpendapat bahawa kejayaan yang paling penting dalam mengendalikan sistem pembayaran adalah ciri-ciri keselamatan, dan Apple serta Google dilihat mempunyai sistem teknologi yang cukup canggih untuk menanganinya.

Perbezaan Apple Pay dan Google Pay Send

Walaupun Google Pay Send telah wujud lebih lama, namun Apple Pay telah menarik lebih ramai pengguna. Pengurusan Apple dilihat lebih bijak mengendalikan pasaran apabila telah menandatangani perjanjian dengan lebih daripada 220,000 restoran dan kedai-kedai runcit. Malah, ia mencatatkan lebih daripada 1 juta pengguna baru dalam 72 jam pertama sahaja apabila diperkenalkan.

Tetapi semua itu hanyalah publisiti dan bagaimana sebenarnya teknologi kedua-duanya berbeza?

1. Aplikasi Itu Sendiri Berbeza

Apple Pay hanya tersedia untuk versi iPhone 6 dan ke atas dan teknologi ini perlu dipasang pada peranti ini. Sebaliknya, Google Pay Send berfungsi pada kebanyakan peranti Android dan terdapat juga sebuah aplikasi untuk iPhone.

Tetapi dalam hampir semua kes, pengguna aktif mesti memuat turun Google Pay Send untuk peranti masing-masing. Langkah ini telah menjelaskan mengapa kadar penggunaan Google Pay Send lebih perlahan berbanding Apple Pay.

2. Maklumat Pembayaran

Apple telah membuat pengisian maklumat pembayaran menjadi sangat mudah. Bagi mereka yang sudah mempunyai maklumat kad kredit untuk aplikasi iTunes, mereka hanya perlu mengesahkan juga melalui Apple Pay.

Satu tindakan yang bijak dan pantas apabila Apple sebenarnya mempunyai lebih daripada 800 juta pelanggan yang membayar di aplikasi iTunes. Manakala untuk menambah kad kredit baru, anda hanya perlu menyediakan nama, nombor 16-digit, tarikh tamat tempoh dan kod keselamatan.

Google Pay Send pula membolehkan lebih banyak jenis pilihan pembayaran untuk dimuat naik, nmaun ia juga memerlukan maklumat yang lebih banyak semasa mengisi. Selain daripada data kad kredit asas, Google juga meminta nombor pengenalan diri, alamat pos, nombor bank dan juga kata laluan perbankan.

Mengapa semua maklumat tambahan ini diperlukan? Teruskan membaca.

Apple tidak mempunyai kepentingan dalam apa sahaja yang anda beli atau bagaimana anda membeli-belah. Semua data kewangan yang sensitif akan tersembunyi daripada pandangan dan hanya pemproses pembayaran sahaja dan bank-bank mempunyai akses kepada maklumat ini. Sesetengah penganalisis membuat spekulasi bahawa tujuan utama Apple Pay adalah untuk meningkatkan jualan aplikasi produk Apple sendiri.

Google Pay Send pula menggunakan bentuk tokenization untuk menyimpan maklumat pelanggan dengan selamat (ia menyimpan butiran pembayaran dalam cloud servers). Tetapi syarikat itu secara aktif mengumpul, menggunakan dan berpotensi menjual data pelanggan. Model perniagaan Google adalah berkisar kepada pengiklanan dan bukannya produk-produk sendiri seperti Apple.

Bagi kebanyakan pembeli, pencerobohan privasi ini boleh menjadi major turnoff.

Walau apapun, anda bernasib baik kerana tidak perlu untuk membuat keputusan sama ada nak pilih Apple Pay atau Google Pay Send, kerana teknologi NFC telah digunakan secara meluas dalam talian. Walaupun ada beberapa syarikat penerbangan dan pengeluar kad menolak transaksi dalam talian, namun masalah itu adalah lebih kepada isu-isu membabitkan software dan bukan hardware berkaitan.

Apple Pay mendakwa aplikasi mereka adalah “your wallet without the wallet,” manakala Google Pay Send pula menggelarkannya “cara yang lebih mudah untuk membayar,”.

Bagi pengguna pula, kedua-dua sistem perlu membuat penambahbaikan kecil dalam kemudahan dan peningkatan dramatik dalam keselamatan.

Komen

komen

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Send this to a friend