Bagaimana Nak Beli Bahagia

[ba.ha.gia] | بهاݢيا

Definisi : 1. Suasana senang dan aman, aman damai serta gembira: maka hiduplah mereka berdua dgn aman ~; 2. = berbahagia beruntung: moga-moga ~lah engkau kelak; membahagiakan membuat bahagia, mendatangkan bahagia: tidak sanggup ia ~ suaminya; kebahagiaan perasaan bahagia, kesenangan hidup, kemujuran, keberuntungan: membanting tulang kerana hendak memberi ~ kpd isterinya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

Itulah definisi bahagia menurut kamus dewan. Namun setiap dari kita mempunyai maksud bahagia tersendiri. Bahagia penulis pastinya tidak sama dengan bahagia pembaca sekalian.

Ada orang:

  • Bahagia miliki duit
  • Bahagia miliki kerjaya
  • Bahagia miliki anak-anak
  • Bahagia miliki kesihatan yang baik
  • Bahagia miliki saham Nestle

Bahagia itu adalah rezeki. Malah bahagia adalah antara rezeki yang termahal dalam hidup.

Duit Tidak Boleh Beli Bahagia?

Bagi penulis, mereka yang berkeras dengan idea “duit tidak boleh beli bahagia” adalah kelompok yang hidup dalam dunia mereka sendiri.

“Alaa..Orang kaya ada duit banyak pun tidur tak lena sebab takut rumah kena masuk pencuri”

Old school sangat. Zaman sekarang kalau orang tu betul-betul berduit, awal-awal lagi sudah dilaburkan supaya duit tu berkembang. Mereka tak simpan dalam rumah macam orang dulu-dulu.

Izinkan penulis berkongsi pandangan di mana sebenarnya duit juga mampu untuk membeli bahagia. Nikmat bahagia daripada duit itu bukan terletak pada jumlahnya tetapi pada cara kita menggunakannya.

Contoh jangan diikut: Harun gaji besar gila, RM10,000 sebulan tetapi setiap bulan struggle bayar hutang kad kredit, akhirnya tak dapat simpan walau RM100. Rasa-rasa bahagia tak hidup si Harun?

Contoh lain: Ada duit dan kemudian beli iphone baru hanyalah memuaskan nafsu sementara, itu bukanlah bahagia. Lebih kepada puas hati dapat beli. Lepas seminggu beli pasti terasa biasa-biasa saja.

Memetik kata-kata seorang Professor di Harvard, Michael Norton yang pakar dalam mengkaji kesan faktor-faktor sosial terhadap tingkah laku manusia.

Jika anda fikir duit tidak boleh membeli kebahagiaan, itu maknanya anda tidak membelanjakannya dengan betul…

BELILAH MASA

Benda yang sangat berharga dan sebenarnya boleh dibeli jika ada duit. Tak perlu jadi jutawan untuk membelinya.

Ia dipanggil masa.

Wow, macam mana nak beli masa?

Kalau kita ada duit kita boleh bayar orang lain untuk melakukan benda yang kita tidak perlu buat sendiri. Bayar saja servis yang akan memberi kita lebih banyak masa.

Contoh mudah; Setiap hari kita sibuk bekerja, malam pula pastinya penat dan tak sempat nak habiskan masa dengan keluarga. Hujung minggu pula sibuk nak kemas rumah, nak masak, nak cuci kereta, nak kena pergi kedai beli barang dapur dan sebagainya.

Jangan buang masa untuk buat sesuatu yang tidak mendatangkan kebahagiaan. Zaman sudah berubah, kita boleh bayar orang lain untuk tolong buat semua tugasan rutin ini.

  • Nak minta tolong orang kemaskan rumah, bayarlah servis Maideasy.
  • Nak minta tolong orang belikan barang dapur, bayarlah servis Tesco Online, Honestbee dan sebagainya.
  • Nak minta tolong orang masakkan, bayarlah servis GrabFood.
  • Nak minta tolong orang cucikan kereta, bayarlah servis Call2Wash.

Bukankah lebih baik masa dan tenaga yang ada tadi kita gunakan untuk mengajar anak kecil kita mengeja ataupun mengaji al-Quran? Bukankah pengalaman sebegini adalah lebih berharga dan akan membuat kita berasa lebih bahagia?

Tetapi kalau tak ada duit, macam mana nak beli lebih masa?

BELILAH KENANGAN

Setiap kejadian yang telah berlalu akan meninggalkan bekas di dalam hati dan fikiran kita. Ada yang indah untuk dikenang tetapi ada juga yang mungkin sakit untuk dikenang.

Percutian di luar negara bersama insan tercinta pastinya meninggalkan kenangan manis yang masih hangat di ingatan, walaupun pada masa yang sama iPhone 7 yang anda beli beberapa tahun yang lalu mungkin sekarang sudah tersimpan dalam kotak iPhone X.

Jika anda peminat Manchester United dari kecil dan betul-betul teringin jejakkan kaki ke Stadium Old Trafford – tolonglah pergi. Gunakanlah duit tadi untuk terbang ke sana. Kenangan terindah di Old Trafford pastinya akan selamanya bersama anda. Bukankah ini namanya bahagia?

Tak perlu dengar dan ikut sama cerita orang lain yang seronok bercuti di Krabi atau Pulau Jeju. Belilah kenangan anda sendiri.

Tetapi kalau tak ada duit, macam mana nak beli kenangan?

GUNAKAN DUIT KITA UNTUK ORANG LAIN

Cara terbaik untuk membeli kebahagiaan adalah dengan membelanjakan duit kita untuk orang lain.

Berilah sebahagian duit gaji setiap bulan kepada yang memerlukan. Beri kepada orang yang anda sayang. Beri kepada mak ayah.

Kalau nak bahagia tahap maksimum, belilah iPhone yang anda idamkan selama ini dan hadiahkannya kepada isteri atau suami. InshaAllah, terasa bahagia itu mengalir laju dalam darah.

Tetapi kalau tak ada duit, macam mana nak gunakannya untuk orang lain?

Alhamdulillah, penulis sudah berjaya buat semua di atas.

Mungkin sesetengah orang tidak perlukan duit untuk bahagia, namun jangan dicemburui mereka yang gunakan duit untuk bahagia. Apa pun, ingatlah bahawa Allah hantar bahagia sebab nak suruh kita bersyukur.

Dah fahamkan bagaimana duit boleh beli bahagia? Apabila kita ada ilmu, lebih mudah untuk kita mensyukuri. Baca lagi bagaimana nak kembangkan duit menjadi duit dalam pelaburan saham patuh syariah di sini.

Komen

komen

Previous ArticleNext Article

2 Comments

  1. Assalamualaikum tuan..saya suka sangat berkunjung ke blog tuan..banyak ilmu yang bermanfaat tuan kongsikan..terima kasih tuan kerana tuan tidak berkira dalam menyampaikan ilmu..saya teringin sangat nak berjumpa dan belajar sendiri dengan tuan tentang ilmu saham yang betul..😊

    1. Terima kasih Tuan Mamat. Semoga ilmu yang diperolehi di sini disampaikan kepada orang lain juga. Jika nak belajar kami sarankan tuan belajar dengan guru-guru saham seperti Tuan Hj Mohd Asri, Dato Dr Nazri Khan dan lain-lain yang lebih pakar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Send this to a friend