Fakta Tentang Tol di Malaysia

Kalau cerita bab lebuhraya bertol ni paling seram adalah Guthrie highway. Rasa macam time travel. Sekejap-sekejap kena bayar tol.

Lebuhraya paling misteri pula jatuh kepada lebuhraya Middle Ring Road 2 (MRR2). LDP dan KESAS adalah sebahagian daripadanya. Dia misteri sebab siang malam pagi petang, hujan panas, ribut petir dia akan istiqamah sesak.

Ops, berbalik kepada fakta yang ingin dikongsikan.

Jika dilihat kepada fakta yang diberikan Menteri Kerja Raya, YB Baru Bian, syarikat konsesi telah mengaut hasil keuntungan berbilion ringgit (macam dah lebih dari balik modal).

Buat masa ini, terdapat seba­nyak sembilan syarikat konsesi tol yang beroperasi iaitu IJM Corp Bhd, WCE Holdings Bhd, Taliworks Corp Bhd, Ahmad Zaki Resources Bhd, Gamuda Bhd, Bina Puri Holdings Bhd, Ekovest Bhd, Lingkaran Trans Kota Hol­dings Bhd (LITRAK) dan Malaysian Resources Corp Bhd (MRCB).

Sama-sama kita berdoa semoga tiada lagi kenaikan harga tol selepas ini walaupun tol di Malaysia sebenarnya kalau dibandingkan dengan negara lain seperti Jepun memang jauh lebih murah.

Di sini kami terjemahkan sedikit fakta-fakta bernombor tentang lebuhraya & tol di Malaysia.

Berdasarkan laporan kerajaan,sehingga November 2018, terdapat 29 lebuhraya bertol di negara ini.

 

Berikut merupakan senarai lebuhraya yang beroperasi di Malaysia (Sehingga November 2018)
Sumber : Lembaga Lebuhraya Malaysia

  1. Mes-e1.pngLebuhraya Utara Selatan (arah utara) termasuk Lebuh Raya Baru Lembah Klang (NKVE)
  2. Mes-e2.pngLebuhraya Utara Selatan (arah selatan)
  3. Mes-e3.pngLaluan Kedua Malaysia-Singapura (LINKEDUA)
  4. Mes-e5.pngLebuhraya Shah Alam (KESAS)
  5. Mes-e6.pngLebuhraya Utara Selatan Hubungan Tengah (ELITE)
  6. Mes-e7.pngLebuhraya Grand Saga (Cheras – Kajang)
  7. Mes-e8.pngLebuhraya Karak dan Lebuhraya Pantai Timur (LPT)
  8. Mes-e9.pngLebuhraya Sungai Besi (BESRAYA)
  9. Mes-e10.pngLebuhraya Pantai Baru (NPE)
  10. Mes-e11.pngLebuhraya Damansara Puchong (LDP)
  11. Mes-e12.pngLebuhraya Bertingkat Ampang Kuala Lumpur (AKLEH)
  12. Mes-e13.pngLebuhraya Kemuning-Shah Alam (LKSA)
  13. Mes-e14.pngLebuhraya Skim Penyuraian Trafik Johor Bahru Timur (EDL)
  14. Mes-e15.pngLebuhraya Butterworth-Kulim (BKE)
  15. Mes-e17.pngJalan Lingkaran Luar Butterworth (BORR)
  16. Mes-e18.pngLebuhraya Kajang SILK
  17. Mes-e20.pngLebuhraya Maju (Kuala Lumpur-Putrajaya) (MEX)
  18. Mes-e21.pngLebuhraya Kajang-Seremban (LEKAS)
  19. Mes-e22.pngLebuhraya Senai-Desaru (SDE)
  20. Mes-e23.pngLebuhraya Sprint (Kerinchi Link, Damansara Link dan Penchala Link) (SPRINT)
  21. Mes-e25.pngLebuhraya KL-Kuala Selangor (LATAR)
  22. Mes-e26.pngLebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE)
  23. Mes-e27.pngLebuhraya Lembah Klang Timur (EKVE) (Dalam pembinaan)
  24. Mes-e28.pngJambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah (JKSB)
  25. Mes-e29.pngLebuhraya Seremban-Port Dickson (SPDH)
  26. Mes-e30.pngLebuhraya Pintasan Selat Klang Utara Baru (Grand Sepadu)
  27. Mes-e32.pngLebuhraya Persisiran Pantai Barat (Dalam pembinaan)
  28. Mes-e33.pngLebuhraya Duta Ulu Klang (DUKE)
  29. Mes-e35.pngLebuhraya Koridor Guthrie (GCE)
  30. Mes-e36.pngJambatan Pulau Pinang (JPP)
  31. Mes-e37.pngLebuhraya Hubungan Timur-Barat KL/Lebuh Raya Salak dan Lebuhraya Kuala Lumpur-Seremban
  32. Mes-e38.pngTerowong SMART (SMART)

Sumber Rujukan: BH Online

 

Komen

komen

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Send this to a friend