Jenama Telefon Mana Paling Popular Di Dunia?

Biasanya, berapa jangka hayat penggunaan satu-satu telefon pintar? Dengarnya ada yang bertahan menggunakan satu telefon bimbit dalam tempoh 2 hingga 5 tahun, tapi ada yang kurang dari setahun. Selain faktor telefon rosak, ramai menukar telefon pintar mereka kerana menurut trend terkini yang menyaksikan wujudnya model-model baru telefon pintar seperti cendawan tumbuh selepas hujan.

Tak sempat nak mengejar trend kerana syarikat-syarikat pengeluar telefon pintar seakan-akan berlumba untuk menghasilkan telefon terbaru dan teknologi terkini.

Walaupun hanya ada kira-kira 30 juta penduduk, Malaysia menjadi negara ke-10 penduduk memiliki telefon pintar tertinggi di dunia.

Jom tengok kajian daripada firma Pew Research Center mengenai kadar pemilikan pintar tertinggi di dunia:

Sebagai pengguna, anda akan dipenuhi dengan pelbagai pilihan telefon pintar dengan variasi fungsi terkini. Mesti pening nak membeli kan? Portal Marketing91 ada menyenaraikan 10 jenama telefon pintar paling popular pada tahun 2017 iaitu:

  1. Samsung
  2. Apple
  3. Huawei
  4. Lenovo
  5. Xiaomi
  6. LG
  7. ZTE
  8. Oppo
  9. Alcatel
  10. Vivo

Dalam 10 senarai tersebut, Apple yang merupakan jenama paling berpengaruh di dunia disaingi oleh Samsung, syarikat keluaran Korea Selatan.

Hebatnya juga, 8 daripada 10 senarai di atas merupakan jenama daripada negara Asia. Samsung dan LG dilahirkan di Korea Selatan manakala 6 lagi jenama berasal dari China.

Menurut Counterpoint’s Market Monitor, jenama-jenama telefon pintar daripada China kini menguasai 48 peratus pasaran dunia.

Jom kita tengok profil lima jenama telefon paling popular di dunia ini.

1. Samsung

Pengasas : Lee Byung-chul

Negara asal : Korea Selatan

Walaupun bersaing dengan jenama paling popular di dunia, Samsung, keluaran Korea Selatan berjaya menjadi jenama telefon pintar paling digemari di dunia. Terletak di bawah Samsung Eletronics, Samsung membekalkan kira-kira 30 peratus daripada jumlah pasaran dunia dengan kira-kira lebih 300 juta unit telefon pintar setahun. Sehingga kini, Samsung berjaya menembusi kira-kira 100 negara. Samsung mempunyai koleksi Tab, Notes dan siri Samsung Galaxy yang bersifat mampu milik dan mesra pengguna.

Berdasarkan portal PCMag, jenama dari Korea Selatan ini hebat apabila menjadi pelopor pengeluaran telefon pintar pada Oktober 2001 dengan mengeluarkan Samsung SPH-I300.

Antara model terawal Samsung
Model terkini Samsung, Samsung Galaxy S9

2. APPLE

Pengasas : Steve Jobs

Negara asal : Amerika Syarikat

Walaupun menjadi jenama paling berpengaruh di dunia, Apple menduduki tempat kedua dalam senarai ini. Faktor mampu milik mungkin menjadi sebab mengapa ia menduduki tempat kedua berbanding Samsung. Bersifat eksklusif, Apple menguasai pasaran kira-kira 40 negara dengan menjual lebih 200 juta unit setahun. Berasal dari Amerika Syarikat, Apple dengan produk siri iPhone menjadi antara produk kegemaran khususnya penggemar nilai ‘eksklusif’.Telefon pintar pertama keluaran Apple, iPhone telah diperkenalkan di Amerika Syarikat pada Jun 2007 sebelum siri-siri iPhone yang semakin canggih menjadi ikutan ramai.

IPHONE

 

3. Huawei

Pengasas : Ren Zhengfei

Negara asal : China

Huawei memiliki kira-kira 75,000 kakitangan yang bekerja secara eksklusif untuk membangunkan penyelidikan dan pembangunan produknya. Ia juga menjadi faktor kekuatan Huawei berada di tangga ke-3 berbanding jenama lain. Selain mempunyai produk yang setaraf dengan Samsung dan iPhone serta jenama lain, tidak mustahil kedudukannya berubah lebih baik. Kini, Huawei menjual kira-kira 100 juta unit telefon pintarnya setahun di seluruh dunia.

Huawei mengeluarkan Huawei Ascend, siri telefon pintar terawalnya pada Oktober 2010.

HUAWEI P20

4. Lenovo

Pengasas : Liu Chuanzhi

Negara : China

Berasal dari Beijing, China, Lenovo yang merupakan anak syarikat Motorola menjual kira-kira 700,000 unit telefon pintar setiap tahun, Lenovo memberi fokus pada reka bentuk dan pembuatan sesebuah produk (telefon pintar). Uniknya, Lenovo memberi pilihan kepada pelanggannya untuk mengubah suai atau mereka telefon pintar mengikut kemahuan dan keperluan mereka.

Lenovo Z5

5. Xiaomi

Pengasas : Lei Jun

Negara : China

Antara jenama yang masih muda, tapi sudah mampu bersaing dengan jenama-jenama gah yang lain. Baru sahaja berusia 8 tahun, Xiaomi berjaya menembusi pasaran di negara China sendiri, India, Brazil, Singapura, Thailand dan Malaysia. Sehingga kini, nilai eksportnya mencecah 65 juta unit.

Paling berkuasa atau jenama paling bernilai tidak semestinya menjadi produk paling laris. Jadi anda pengguna telefon yang mana?

Redmi Note 5

Komen

komen

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Send this to a friend