Kajian Ini Kata Kuala Lumpur Adalah Bandar Ke-12 Termahal Di Asia

Menurut kepada kajian yang dilakukan oleh laman web Expatistan, Kuala Lumpur berada di tangga ke-12 bagi bandar termahal di Asia berdasarkan Indeks Kos Kehidupan (Cost of Living Index). Nak tahu bandar mana yang lagi mahal? Atau nak berhijrah ke bandar yang lagi murah pun ada dalam senarai ni.

Tapi Apa Itu Expatistan?

Pakistan, Uzbekistan, Gohed Gostan. Seolah-olah seperti sebuah negara tersendiri, tetapi nama Expatistan ini diambil daripada perkataan ‘Expat’ atau nama panjangnya Expatriate. Jika diterjemahkan kepada Bahasa Melayu, dipanggil ekspatriat; yang membawa maksud “Seseorang yang tinggal di luar negara asalnya”.

Contohnya kita dilahirkan di Malaysia, tetapi kemudiannya berhijrah ke negara Australia – maka kita digelar sebagai expat. Maka lahirlah Expatistan….

6 Kumpulan Utama Yang Diambilkira

Untuk dapatkan Indeks Kos Kehidupan tersebut, 6 kumpulan utama digunakan iaitu:

  • Makanan
  • Perumahan
  • Pakaian
  • Pengangkutan
  • Kesihatan
  • Hiburan

Kumpulan ini berdasarkan kepada laporan antarabangsa berkenaan kos kehidupan. Setelah digabungkan maklumat yang ada di dalam laporan tersebut, maka terhasillah purata pemberat bagi setiap kumpulan berdasarkan pembelian yang biasa dilakukan oleh seseorang ekspatriat tadi.

Indeks Kos Kehidupan Dibandingkan Dengan Republik Czech

Untuk dijadikan kayu pengukur, bandar Prague di Republik Czech diberikan nilai 100. Maka jika bandar tersebut mempunyai Indeks Kos Kehidupan sebanyak 134, ini bermakna kos kehidupan adalah 34% lebih mahal jika dibandingkan dengan kos kehidupan di Prague.

Sebaliknya jika ia mempunyai Indeks Kos Kehidupan sebanyak 75, maka kos kehidupan adalah 25% lebih murah jika dibandingkan dengan kos kehidupan di Prague.

Dah faham? Jom kita tengok senarai bandar di Asia pula.

Terdapat 34 Bandar Di Asia

Daripada data yang diperolehi, kita dapat lihat senarai bandar-bandar tersebut di bawah:

KedudukanBandarIndeks Kos Kehidupan
1.Hong Kong224
2.Singapura191
3.Tokyo (Jepun)183
4.Seoul (Korea Selatan)144
5.Taipei (Taiwan)130
6.Shanghai (China)125
7.Bangkok (Thailand)120
8.Beijing (China)118
9.Shenzhen (China)110
10.Yangon (Myanmar)89
11.Chiang Mai (Thailand)87
12.Kuala Lumpur (Malaysia)86
13.Jakarta (Indonesia)84
14.Dhaka (Bangladesh)84
15.Manila (Filipina)82
16.Mumbai (India)79
17.Georgetown (Malaysia)77
18.Ho Chi Minh City (Vietnam)77
19.Bangalore (India)74
20.Colombo (Sri Lanka)72
21.Delhi (India)72
22.Pune (India)72
23.Kathmandu (Nepal)71
24.Gurgaon (India)71
25.Hanoi (Vietnam)69
26.Almaty (Kazakhstan)66
27.Astana (Kazakhstan)65
28.Jaipur (India)63
29.Ahmedabad (India)62
30.Hyderabad (India)62
31.Kolkata (India)61
32.Bhubaneswar (India)60
33.Madras (India)60
34.Vadodara (India)54

Syukurlah Malaysia Masih Murah Untuk Didiami

Kalau dilihatkan kepada kebanjiran warga asing untuk menetap di Malaysia dan menjadikan Kuala Lumpur dan Georgetown sebagai tempat tinggal dan tempat mencari rezeki, kita sebagai rakyat Malaysia harus bersyukur kerana kos tidaklah setinggi bandar-bandar lain. Tengok saja Hong Kong dengan 224 iaitu hampir tiga kali ganda Kuala Lumpur, Singapura dengan 191 lebih daripada dua kali ganda, Tokyo dengan 184, Seoul dengan 144. Malah di Yangon dan Chiang Mai adalah lebih mahal jika dibandingkan dengan Kuala Lumpur.

Tapi Kuala Lumpur lebih mahal jika dibandingkan dengan bandar-bandar terkenal lain seperti Jakarta, Dhaka, Manila, Ho Chi Minh City, Colombo, Kathmandu dan banyak lagi.

Sumber: Expatistan

Adakah SST 2.0 Bakal Menyaksikan Kos Meningkat?

Umum tahu bahawa Cukai Jualan Dan Perkhidmatan atau Sales And Services Tax telah diperkenalkan semula pada 1 September 2018, kalau nak tahu lebih lanjut boleh baca Dah Sedia Untuk SST 2.0? Ini Senarai Barang Yang Dikenakan 5%, 10% Dan Dikecualikan Cukai.

Malaysia telah menikmati keadaan ‘bebas cukai’ sejak GST ditetapkan pada kadar sifar, tetapi tak rasa sangat penurunan harga barang seperti yang diperkatakan. Dan adakah SST 2.0 ini bakal menyaksikan kos semakin meningkat, sekaligus meningkatkan Indeks Kos Kehidupan di Kuala Lumpur dan seluruh Malaysia?

Sama-sama kita tunggu dan lihat kesannya.

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Applecrumby Kumpul Pembiayaan Berjumlah US$4.2 Juta

KUALA LUMPUR, 27 Mac (Bernama) — Applecrumby dari Malaysia, yang merupakan jenama penjagaan bayi telah mengumpulkan pelaburan pertumbuhan sebanyak US$4.2 juta (US$1=RM4.7270) daripada firma modal teroka berbilang peringkat 500 Global.

Syarikat itu dalam satu kenyataan hari ini berkata pelaburan itu akan mempercepatkan pertumbuhan syarikat melalui produk penjagaan bayi yang berkualiti tinggi, selamat dan mampu milik.

Pembiayaan baharu itu akan membolehkan Applecrumby mengembangkan jejaknya di peringkat global, selain memperluaskan saluran pengedaran dan membangunkan produk baharu di bawah rangkaian PureBasics bagi memenuhi keperluan ibu bapa moden yang semakin berkembang.

“Kami percaya ibu bapa wajar mempunyai akses kepada produk penjagaan bayi yang berpatutan serta bebas toksin, tidak kira di mana pun. Applecrumby telah membawa ketenangan fikiran kepada ibu bapa sejak 2012, rangsangan modal baharu ini akan membolehkan syarikat meluaskan impak kami, memastikan lebih ramai keluarga dapat memberikan anak mereka permulaan hidup yang lebih sihat dan bahagia,” kata Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif Applecrumby Sean Tan dalam satu kenyataan.

Produk Applecrumby kini boleh didapati di 11 buah negara. Ia merancang untuk berkembang ke 20 negara lagi menjelang akhir tahun ini melalui pengedar serantau.

Di Malaysia, jenama itu tersedia di hampir 2,000 lokasi runcit tahun ini bagi memberikan kemudahan yang lebih baik kepada ibu bapa.

— BERNAMA