Malaysia Baru Nak Bercinta Dengan E-Wallet, Sweden Selamba Bayar Pakai Cip Mikro Dalam Badan

Pasaran E-wallet kelihatan semakin berkembang maju di Malaysia. Kita tak perlu lagi membawa wang tunai dalam dompet, kerana kita sekarang mempunyai pilihan untuk bayar menggunakan telefon pintar.

Scan telefon kat mesin, duit tolak dari akaun bank. Senang kan?

Yalah, zaman sekarang mana ada orang yang tak bawa telefon pintar mereka ke mana-mana kan? Dah jadi macam satu perkara wajib untuk membawa telefon pintar bersama-sama kita bila kita berjalan-jalan. Kalau tertinggal, sanggup balik rumah.

Rasanya kalau wallet atau dompet duit tertinggal, masih ada yang boleh survive tanpa perlu untuk berpatah balik.

E-wallet Dah Ketinggalan Zaman, Rakyat Sweden Pakai Cip Mikro Pula

Di antara faktor cip mikro menjadi kegilaan rakyat Sweden, kerana katanya telefon pintar pun boleh hilang. Kad kredit pun boleh hilang. Kunci kereta pun boleh hilang. Kunci rumah apatah lagi.

Bukan itu saja, telefon pintar pun boleh kena hack. Jadi orang boleh ‘menyamar’ jadi kita, pakai identiti kita untuk buat perkara yang tak elok.

Maka wujudlah komuniti seramai 3,000 orang dari Sweden yang memilih untuk memasukkan cip mikro ke dalam badan mereka melalui proses pembedahan dan dimasukkan di bawah kulit tangan.

Dah macam cerita zaman akan datang yang selalu kita tengok dalam filem.

Cip Berfungsi Sebagai Kunci Digital

Teknologi yang digunakan adalah NFC (Near Field Communication). Kita mungkin biasa dengar ada telefon pintar yang mempunyai teknologi ini. Ia merupakan cara untuk menghantar maklumat secara tanpa wayar (wireless) kepada pembaca (reader), tetapi terhad kepada jarak pendek dalam 4cm saja.

Biasa dengar RFID? Touch & Go pun sekarang baru nak diperluaskan penggunaan RFID bagi tujuan membayar tol. Ala-ala Smart Tag, lalu je dan palang akan dibuka secara otomatik.

Tapi apabila ada cip dalam tangan, sekarang kita boleh gunakannya untuk masuk ke dalam tempat yang memerlukan kita daftar masuk seperti gimnasium, pejabat dan sebagainya. Juga boleh digunakan untuk kita buat bayaran.

Dan katanya, penggunaannya akan diperluaskan lagi pada masa akan datang.

Mula Digunakan Sejak 2015 Lagi

Teknologi ini bukanlah sesuatu yang baru. Rakyat Sweden (dan segelintir yang lain) telah pun menggunakan cip mikro ini seawal tahun 2015. Mereka ini akan berjumpa dalam kumpulan, yang sering dianjurkan syarikat-syarikat gergasi. Pada waktu itu, cip tersebut hampir serupa dengan apa yang dimasukkan ke dalam anjing atau kucing – bagi membolehkan pemilik cari binatang peliharaan mereka sekiranya mereka hilang atau lari dari rumah.

Sejak Jun 2017 lagi, negara Sweden membenarkan rakyatnya membeli tiket pengangkutan awam menggunakan cip mikro ini. Nampak seperti mereka menggalakkan orang ramai untuk ‘join the club’.

Tetapi ianya bukan untuk semua orang.

Namun bagi mereka yang mempunyai cip mikro dalam badan dapat memberikan sedikit kawalan ke atas diri sendiri. Kini anda boleh jejak ke mana anda pergi, berapa lama anda keluar makan setiap hari, berapa kali anda pergi ke tandas, dan bermacam-macam lagi. Disebabkan kebanyakan cip ini ditawarkan oleh syarikat-syarikat gergasi, ianya akan lebih meluas.

Kalau dulu anda mungkin boleh pilih untuk tidak menawarkan sebarang data terutamanya mengenai privasi, tetapi kini andalah data bergerak.

Kalau dulu mungkin boleh tinggalkan telefon pintar supaya orang tidak boleh kesan kita ada di mana, kini cip mikro ini akan ikut anda ke mana-mana saja anda pergi.

Isu Keselamatan Data Juga Penting

Umum tahu, sebarang sambungan kepada internet walaupun ianya kelihatan selamat, masih terdedah kepada pencerobohan atau penggodaman. Teknologi NFC pun tidak berkecuali, ianya boleh digodam dengan menggunakan pembaca khas dan kebolehan yang tinggi.

Telefon pintar berjaya atasi masalah keselamatan ini dengan menggabungkan teknologi NFC dan biometrik, samada cap jari atau imbasan mata. Tetapi cip mikro dalam badan tidak mempunyai perlindungan seperti ini, menyebabkan maklumat peribadi anda terdedah.

Jadi tahniah kepada Sweden kerana menjadi pelopor teknologi cip mikro ini, sedangkan kita masih dengan teknologi ‘lama’. Diharapkan masalah keselamatan dapat diatasi, agar teknologi ini tidak ‘memakan diri’.

Sumber: Futurism.com

Komen

komen

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Send this to a friend