Memulakan Kehidupan Di Negara Orang, Bagaimanakah Caranya?

Islam sendiri mengusulkan bahawa umatnya harus berhijrah. Bak kata pepatah orang Melayu “Jangan terlalu selesa di sesuatu tempat, kelaknya kita tidak mempelajari apa-apa”. Sebolehnya, kita diusulkan supaya berhijrah dari satu tempat ke satu tempat yang lain, agar dapat mengenali budaya dan penerapan agama di tempat lain.

Jadi apakah langkah-langkah yang seharusnya dilakukan untuk memulakan kehidupan di negara asing? Boleh amalkan lima langkah berikut sebagai perancangan kita untuk berhijrah.

Langkah 1: Pilih Negara Yang Tiada Diskriminasi Terhadap Kaum Dan Agama

Sejujurnya, ini merupakan langkah yang asas apabila hendak berhijrah ke negara luar. Pilih negara yang mempunyai diskriminasi agama dan kaum yang rendah seperti di Australia atau negara-negara yang mempunyai ramai penganut Islam seperti Russia, Denmark, Jerman dan Sweden. Atau ke negara-negara Islam seperti Mesir, Jeddah, Abu Dhabi dan lain-lain.

Langkah 2: Pastikan Simpanan Anda Mencukupi

Apabila anda hendak berhijrah ke negara asing, anda harus memahami nilai matawang mereka berbanding Ringgit Malaysia. Justeru, simpanan untuk berhijrah ke luar negara dalam keadaan selesa adalah sebanyak RM150,000. Jumlah ini adalah berdasarkan anggaran nisbah yang dibelanjakan oleh orang lain yang ingin berhijrah ke negara asing.

Gunakan wang sebanyak RM150,000 ini sebagai wang sara permulaan hidup anda di negara baru.

Langkah 3: Mencari Agensi Untuk Memudahkan Urusan Anda

Agensi akan menjadi “orang tengah” untuk anda mencari tempat tinggal sementara dan pekerjaan di negara baru nanti. Anda hanya perlu membayar sejumlah wang daripada simpanan anda tadi untuk mereka mencari tempat tinggal yang selesa dan juga pekerjaan yang sesuai.

Pastikan anda bawa juga semua sijil-sijil dan dokumen yang lengkap untuk memudahkan urusan.

Langkah 4: Dahulukan Visa Dan Pasport

Pembuatan visa adalah proses yang paling memakan banyak masa. Sesudah anda mempunyai wang simpanan yang mencukupi, anda perlu buat visa dan pasport terlebih dahulu. Katakan anda ingin berhijrah pada bulan Disember, pastikan anda telah memohon visa dan pasport dari awal tahun lagi.

Langkah 5: Pelajari Bahasa Negara Tersebut

Sekiranya anda ingin berhijrah ke negara Arab atau Timur Tengah, anda harus mempelajari bahasa negara tersebut meski pun pada peringkat asas. Ini untuk mengelakkan daripada berlakunya insiden “ayam bercakap dengan itik” yang bermaksud masing-masing tidak memahami bahasa yang digunakan.

Tak pun, pastikan anda mahir dalam bahasa dunia iaitu Bahasa Inggeris.

Komen

komen

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Send this to a friend