Microsoft Kecundang Dalam Perlumbaan Peranti Pintar Disebabkan Gagal Membaca Trend Semasa

Microsoft merupakan syarikat gergasi yang terkenal dalam menyediakan perkhidmatan perisian untuk komputer mahu pun laptop. Dalam bidang perkomputeran, Microsoft sangat berjaya dan mendominasi sehingga 90 peratus pasaran dunia tetapi syarikat tersebut gagal untuk membawa kejayaan tersebut ke telefon pintar.

Pesaing utama bagi Microsoft adalah Apple yang  sangat popular dengan telefon pintar iPhone dan Google yang sinonim dengan Android yang mana telah mendominasi pasaran dunia sejak lebih dari sedekad yang lalu.

Steve Ballmer gagal melihat telefon  pintar akan mengganti komputer dan tidak mengambil tindakan pantas untuk menyaingi Syarikat Apple

Memandang Rendah Keupayaan Pesaing

Di antara punca dan sebab yang utama Microsoft gagal dalam pasaran telefon pintar adalah disebabkan syarikat ini tidak melihat pasaran telefon pintar sebagai ancaman kepada industri komputer yang sedia ada pada masa itu. Mereka juga memandang rendah terhadap keupayaan syarikat lain terutamanya Apple.

Pada tahun 2007 ,yang mana pada ketika itu, CEO adalah Steve Ballmer telah diajukan soalan oleh wartawan apakah tindakan yang akan diambil oleh Microsoft terhadap pengenalan telefon pintar oleh pihak Apple. Malangnya jawapan yang diberi oleh Steve Ballmer adalah Apple tidak mungkin dapat menjual telefon pintar mereka kerana harga yang terlalu tinggi dan tidak dapat menarik pembeli untuk menggunakan produk mereka.

Pengenalan peranti pintar yang pertama menggunakan perisian dari Syarikat Microsoft. Ia merupakan sebuah laptop mini dengan menggunakan stylus untuk berfungsi

Selain daripada itu, Steve Ballmer berpendapat bahawa Apple tidak mampu untuk bersaing dengan Microsoft kerana Microsoft sudah mempunyai pengalaman yang lebih lama dalam pembuatan perisian untuk peranti berprestasi tinggi. Ianya bermula pada tahun 1996 yang diberi nama Window CE.

Berlainan pula dengan Google yang bertindak pantas dengan bersaing rapat dengan Apple dengan membangunkan sistem telefon pintar yang diberi nama Android. Android adalah sebuah perisian yang dibangunkan pada tahun 2003 oleh sekumpulan penyelidik yang diketuai oleh Andy Rubin dan dibeli oleh Syarikat Google pada tahun 2005.

Pada permulaan projek Android, Rubin ingin memasukan perisian Android ke dalam kamera digital tetapi selepas kejayaan penjualan iPhone,mereka merubah haluan mereka ke dalam industri telefon pintar

Syarikat Google dan Apple membawa model  perniagaan yang berbeza, walaupun menawarkan produk yang hampir sama di pasaran. Apple masih kekal dengan model perniagaan yang sama seperti komputer yang mana mengeluarkan perkakas hardware dan software dengan sistem tertutup, berbeza dengan Google yang menyediakan perisian terbuka untuk semua pengeluar.

Microsoft dan Nokia Bekerjasama

Setelah melihat  kejayaan yang dibawa oleh Apple dan Google, Microsoft telah mengambil keputusan untuk membangunkan telefon skrin sentuh pertama pada akhir tahun 2008 dan mengambil masa selama dua tahun untuk dibangunkan, dan akhirnya dipasarkan pada tahun 2011.

Peranti pintar keluaran pertama Microsoft dan Nokia yang dikenali sebagai Lumia. Konsep yang digunakan agak berbeza dengan Android dan IOS yang mana menggunakan “live tiles”

Syarikat Microsoft dan Nokia telah menjalinkan kerjasama untuk memasarkan produk keluaran mereka. Pada ketika ini, Nokia sedang bergelut dengan penjualan peranti mereka yang semakin hari semakin teruk akibat persaingan hebat daripada Apple dan Google.

Pada masa ini, CEO Nokia iaitu Steven Elop merupakan bekas pekerja Microsoft telah mencapai kata putus untuk mengeluarkan peranti Nokia berteraskan perisian Microsoft setelah Nokia gagal menjual produk mereka dipasaran dengan menggunakan perisian Symbian, yang dibangunkan sendiri oleh Nokia.

Masalah kewangan yang dihadapi oleh Nokia semakin hari semakin tenat. Walaupun telah menggunakan teknologi yang dibekalkan oleh Microsoft, Nokia masih tidak mampu untuk bersaing dengan pengeluar lain yang rata-rata menggunakan Android untuk perisian telefon pintar mereka.

Microsoft Beli Pula Nokia

Pada tahun 2012, Nokia telah hampir bankrap dan telah diselamatkan oleh Microsoft dengan membeli syarikat tersebut. Dengan pembelian Nokia yang berharga $7.6 Bllion USD, Microsoft sudah berada pada landasan yang betul untuk terus bersaing dengan dua syarikat gergasi tersebut. Pembelian ini juga menjadikan Nokia memiliki hak eksklusif untuk mengeluarkan peranti yang menggunakan perisian Microsoft.

Kesan pembelian syarikat Nokia oleh Microsoft menyebabkan pengeluar lain tidak lagi begitu beminat untuk menjalinkan kerjasama dengan pihak Microsoft. Sebelum ini kerjasama di antara pihak Microsoft dengan syarikat pengeluar peranti tidak begitu baik kerana Microsoft telah menetapkan syarat tertentu yang perlu dikuti oleh pengeluar lain, jika mereka ingin menggunakan perisian daripada Microsoft.

Selain daripada itu juga, Microsoft turut mengenakan lesen yang perlu dibayar oleh pengeluar peranti untuk menggunakan perisian yang dibangunkan mereka.

Syarat ini sangat berbeza dengan apa yang dilakukan oleh pihak Google, yang tidak pernah mengeluarkan lesen kepada syarikat luar untuk menggunakan perisian mereka dan tidak menetapkan spesifikasi yang perlu diikut. Ini kerana Google bukan syarikat yang membuat keuntungan melalui penjualan perisian tetapi melalui iklan dan aplikasi yang disediakan di dalam perisian Android itu sendiri.

Tak Ramai Pengguna, Tak Ramai Developer

Selain menghadapi masalah dengan pengeluar telefon yang lain,pihak Microsoft juga menghadapi masalah dengan para pembangun aplikasi untuk platform mereka. Ramai pembangun aplikasi luar tidak berminat untuk membangunkan aplikasi yang baru untuk perisian telefon pintar Microsoft.

Hal ini tidak berlaku kepada Apple dan Google yang rata-rata pembangun luar berlumba-lumba untuk membangungkan aplikasi untuk platform mereka. Gedung aplikasi untuk telefon pintar Microsoft semakin hari semakin ketinggalan jauh ke belakang jika dibandingkan dengan Apple dan Google.

Dominasi Android  dan iOS telah menyebabkan Microsoft sukar untuk menempatkan diri dalam perniagaan telefon pintar

Microsoft secara rasminya telah menghentikan sokongan untuk pengeluaran telefon pintar syarikat mereka pada tahun 2017. Tetapi mengikut para pemerhati, syarikat berkenaan telah menghentikan setahun lebih awal dari tarikh pengumuman dibuat. Penglibatan Microsoft di dalam dunia telefon pintar telah menyebabkan syarikat itu mengalami kerugian yang terbesar sepanjang penubuhan syarikat tersebut.

Ia menjadi sebahagian daripada sejarah dan merupakan pengajaran yang berguna buat mereka. Microsoft masih lagi di antara syarikat gergasi teknologi walaupun mereka gagal dalam perniagaan telefon pintar dan merupakan salah satu syarikat terbesar dari segi market capitalization di Amerika Syarikat.

Sumber Rujukan Utama:

Sumber Rujukan Kedua:

Komen

komen

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Send this to a friend