Nak Isteri Lawa Dekat Rumah? Hadiahkan Isteri Benda-Benda Ini

Jadi suami, biarlah yang bertanggungjawab. Isteri, nalurinya pasti nak mudahkan suami. Jadi suami kenalah mudahkan isteri juga.

Isteri kita bukan taknak melawa dekat rumah. Tapi macam mana nak melawa kalau nak melawa pun tak sempat?? Biasanya si isteri tak sempat atau tak ada masa sebab banyak kerja rumah nak kena buat.

Harap para suami dapat baca tips ini.

Kami cuma ingin membantu para pembaca ke arah pengurusan rumahtangga yang tip-top dengan sedikit ‘pelaburan’.

Beli alat-alat ini manfaatnya adalah seumpama menghadiahkan isteri kita seorang pembantu rumah (kami bukan ejen mahupun dropship).

Percayalah. Isteri itu anugerah terhebat. Dialah penyeri hidup seorang suami, dialah sumber pahala buat suami. Bila kita ikhlas untuk gembirakan hati isteri kita, Tuhan akan mudahkan urusan kita dan makin bertambah-tambah pula rezeki kita nanti.

1.Phillips Steam Generator Iron

Aktiviti menggosok baju semestinya bukanlah kegemaran para isteri. Peluh mencurah-curah kot. Tak percaya boleh tanya isteri masing-masing.

Tetapi jika ada iron yang mahal dan mantap lain ceritanya. Sebab benda mahal biasanya pasti istimewa. Julat harga model ini dari RM1,000 ke RM1,559. Harga tak masuk akal? Bayangkan betapa gembiranya si isteri bila dapat gosok satu side, sebelah lagi automatik licin. Cuba bayangkan senyuman yang bakal terukir di bibir isteri.

Model ini paling selamat sebab kalau terbiar iron atas baju, dijamin takkan terbakar. Sesuailah untuk para isteri yang ada tudung harga ribu-ribu. Jadi sambil-sambil tengok harga saham dekat smartphone boleh gosok baju dengan tenang. Ia juga dilengkapi dengan teknologi ‘Optimal TEMP’ supaya isteri tak perlu setting suhu dan boleh guna untuk pelbagai jenis kain berbeza. Semuanya automatik.

Jika dulu si isteri perlu peruntukkan lebih kurang 3 jam untuk menggosok baju kita dan anak-anak, sekarang 15 minit semua setel.

2. Vakum Dyson Fluffy V6

Memvakum bukanlah aktiviti mengemas rumah yang menyeronokkan. lebih-lebih lagi jika si isteri terpaksa mengheret pembersih vakum yang berat itu ke sekeliling rumah.

Jadi kami pasti vakum tanpa wayar yang berkuasa tinggi ini pasti memudahkan lagi kerja-kerja mengemas. Senang nak bersihkan sawang dekat sudut-sudut yang lebih tinggi, rendah atau jauh sebab tak perlu terganggu dengan gangguan sambungan wayar. Masa pengecasan bateri pula sesingkat 3.5 jam.

Harga di Lazada dalam lingkungan RM2,500 hingga RM7,000.

3. Noxxa Electric Multifunction Pressure Cooker

Periuk tekanan pelbagai fungsi ini mampu bantu kurangkan tekanan isteri. Julat harga dari RM680 ke RM800. Kata kunci utamanya adalah aktiviti memasak si isteri menjadi lebih cepat dan menjimatkan masa.

Selain dapat rebus daging, tulang dalam masa yang singkat, periuk ajaib ini juga boleh digunakan untuk buat pop-corn, masak kek kukus dan masak dodol .

Antara keistimewan yang lain:

  • Saiz periuknya yang besar sehingga boleh masak sehingga 14 pot nasi. Dengar cerita nasi boleh masak dalam masa 3 minit.
  • Boleh masak 3 ekor ayam sekaligus.
  • Dilengkapi fungsi Stir Fry. Walaupun benda ni kategori periuk tekanan tapi boleh menggoreng semua jenis masakan.
  • Dilengkapi fungsi Delay Timer yang boleh set nak start masak pukul berapa. Nanti dah masak dia berbunyilah.

Alah membeli menang memakai. Semoga pembaca kami menjadi suami yang memahami. Jika tak mampu bantu isteri buat kerja rumah, belikanlah dia pembantu!

Baca lagi Nikmat Isteri Zaman WiFi, Melekat di Rumah Juga Boleh ‘Masyuk’

Komen

komen

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Send this to a friend