Nak Sihat Sambil Berjimat? Ikuti 4 Tips Ini

Pasti semua orang nak sihat dan cergaskan? Kini ramai yang dah mula sedar untuk mengamalkan gaya hidup sihat bagi mengelakkan diri daripada terkena pelbagai jenis penyakit. Tapi masih ramai juga yang bertangguh atas alasan nak sihat perlukan belanja yang banyak. Iyalah, makanan berkhasiat, yuran gim, kelas fitness, peralatan sukan semuanya perlukan belanja yang banyak.

Kali ini kami ingin kongsikan kepada anda bagaimana anda boleh kekal cergas tanpa mengeluarkan satu sen pun!

1. Gunakan Aplikasi Telefon Pintar

Bukan semua jenis senaman memerlukan anda menggunakan peralatan di gim. Ada sahaja senaman yang anda boleh lakukan sendiri dirumah tanpa sebarang peralatan seperti yoga, aerobic, zumba dan sebagainya.

Kalau anda tidak tahu caranya, anda mungkin boleh cuba untuk install aplikasi senaman percuma yang terdapat di Play Store.

2. Gunakan Kreativiti

Kadangkala dalam bersenam juga perlukan kreativiti. Bagi anda yang mahu menjimatkan bajet tetapi berminat untuk mempunyai alatan sukan ringkas dirumah, anda mungkin boleh melakukan sendiri D.I.Y peralatan sukan.

Sebagai contoh, anda boleh menggunakan botol air plastik yang sudah tidak digunakan kemudian isikan air untuk dijadikan dumbbells.

3. Ke Taman Rekreasi

Bagi anda yang mungkin sibuk bekerja, anda boleh gunakan waktu hujung minggu anda untuk ke taman-taman rekreasi atau pun denai larian berhampiran. Anda boleh berjogging sambil menyedut udara nyaman di sana.

Ada sesetengah taman rekreasi yang mempunyai kemudahan yang hampir sama seperti di gim juga.

4. Kelas Fitness Percuma

Ada ke kelas senaman percuma? Ada, jika rumah anda berhampiran dengan pejabat UTC, anda boleh menelefon mereka untuk booking kelas senaman yang diadakan. Kelas selama sejam ini mengajar berbagai jenis senaman. Selain itu percuma pula. Tak payah susah-susah hendak membayar yuran untuk mengupah jurulatih kecergasan.

Sebenarnya untuk sihat, anda tidak perlu mengeluarkan belanja yang terlalu banyak. Anda cuma perlu mengawal makanan mengikut portion yang betul di samping kekal aktif.

Sumber Rujukan: Ringgit Plus

Komen

komen

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Send this to a friend