Restoran Makanan Segera Manakah Yang Paling Popular Di Malaysia?

Dalam kesibukan dunia hari ini, semakin ramai orang yang menikmati sarapan, makan tengah hari dan makan malam di restoran-restoran makanan segera kerana servisnya yang pantas.

Sekitar tahun 80 an duahulu, restoran ini hanya terdapat di bandar-bandar utama sahaja. Namun dengan kepesatan pembangunan di Malaysia, bilangan rangkaiannya terus bertambah tahun demi tahun. Satu per satu jenama restoran baru muncul.

Di antara puluhan restoran ini, restoran manakah yang menjadi pilihan hati rakyat Malaysia?

1. KFC

Menurut data daripada Statista, 82.81% daripada rakyat Malaysia memilih KFC sebagai restoran makanan segera yang paling digemari.

Suatu ketika dahulu, KFC menjadi tempat sambutan bagi peristiwa penting seperti hari jadi atau mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan. Setiap kali hari gaji, pasti penuh sahaja restorannya.

Baru-baru ini, QSR Brands (M) Holding membuka peluang kepada rakyat Malaysia untuk memiliki sebahagian daripada bisnes restoran makanan segera ini melalui penyeraian saham di Bursa Malaysia.

2. Mcdonald’s

 

Berada di tangga kedua tidak lain tidak bukan adalah restoran Mcdonald’s dengan undian sebanyak 81.34%.

Cawangan pertamanya dibuka di Bukit Bintang pada tahun 1982. Kini, setelah 35 tahun beroperasi di sini, Mcdonald’s mempunyai lebih daripada 260 buah cawangan di seluruh Malaysia.

Selain daripada menyediakan makanan segera yang memenuhi citarasa rakyat Malaysia, Mcdonald’s juga telah membuka peluang pekerjaan kepada lebih daripada 12,000 rakyat Malaysia.

Bagi mereka yang berminat untuk mengetahui bagaimana terbinanya empayar Mcdonald’s, anda disarankan untuk menonton filem The Founder.

3. Pizza Hut

Lebih daripada separuh (57.18%) rakyat Malaysia menggemari restoran Pizza Hut. Untuk pengetahuan semua, restoran Pizza Hut ini merupakan adik beradik kepada restoran KFC.

Kedua-dua restoran ini diuruskan oleh QSR Brands di mana QSR Brands merupakan satu-satunya syarikat yang diberikan hak untuk menguruskan restoran KFC dan Pizza Hut di Malaysia dan Singapura.

4. Domino’s

Restoran ini cukup terkenal dengan celoteh akaun media sosialnya melayan karenah pelanggan mereka. Ianya merupakan pesaing terbesar bagi Pizza Hut.

Domino’s mula memasuki Malaysia pada tahun 1997 dan diuruskan oleh Dommal Food Services Sdn Bhd.

Selain itu, domino’s dilihat sebagai pelopor dalam mendigitalkan perniagaan restoran makanan segera. Sebagai bukti, Domino’s merupakan syarikat pertama yang memperkenalkan platform penempahan atas talian bagi makanan segera di Malaysia.

5. Subway

Bagi mereka yang sedang berusaha untuk menguruskan badan atau sedang diet, Subway semestinya antara restoran pilihan mereka. Makanan di Subway ini dikatakan ‘lebih berkhasiat’ berbanding makanan segera yang lain.

Subway mula bertapak di Malaysia pada tahun 1999 dengan membuka cawangan pertamanya di Ampang Point. Master franchisor bagi jenama ini adalah di bawah Urban Idea Sdn Bhd (Datuk Vincent Choo dan Datin Cynthia Cheong).

Antara keunikan di Subway adalah kebebasan kepada pelanggan untuk memilih isi dan jenis roti bagi sandwich mereka. Selain itu, anda juga wajib mencuba biskut coklat cipnya juga apabila ke restoran Subway.


Selain daripada restoran-restoran yang disenaraikan di atas, ranking restoran pilihan yang lain ditunjukkan dalam jadual di bawah.

 

Sumber: Statista

Tuan Mohd Kauthar Rozmal merupakan seorang perancang kewangan peribadi dan graduan jurusan matematik.

Komen

komen

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Send this to a friend