“Tolonglah Jangan Bazir Duit Dekat 3 Benda Ini”

Memang tidak dapat dinafikan, rakyat Malaysia terutamanya golongan muda adalah yang paling banyak berhutang. Menurut statistik Bank Negara Malaysia, 47% pemuda mempunyai hutang kad kredit yang tinggi manakala 38% mempunyai pinjaman peribadi.

Jom kita dengar daripada personaliti Shark Tank Kevin O’Leary mengenai tiga pembaziran yang tidak sepatutnya dilakukan golongan muda. Kita disarankan untuk berhenti daripada membelanjakan wang ke arah pembaziran berikut:

1. Kopi Mewah

Punyalah banyak kedai kopi, kafe juga menjadi tumpuan. Di tempat lain, kopi boleh didapati dengan harga bawah RM2 – nak juga pergi tempat yang menjual kopi hampir mencecah RM20.

“Kopi mewah, memang bodoh,” ujar O’Leary kepada CNBC sewaktu Sidang Kemucak Kerajaan Dunia di Dubai baru-baru ini. “Kopi sebenarnya berharga beberapa sen saja kalau dibuat sendiri. Melainkan anda telah melangsaikan hutang pelajaran, jangan beli kopi mewah.”

2. Kasut

“Anda tak perlukan lebih daripada 4 pasang kasut. Anda perlu sepasang untuk bersantai, sepasang lagi untuk bersenam atau beriadah, dan dua pasang kasut untuk situasi formal. Lebih daripada ini, anda bodoh jika beli lebih daripada ini. Kerana anda tidak akan memakainya, dan ia akan duduk di rak kasut untuk bertahun lamanya.”

Golongan perempuan yang paling ramai melakukan kesilapan ini. Menurut kajian yang dijalankan di Amerika Syarikat, 75% wanita di sana memiliki lebih daripada 20 pasang kasut, manakala lelaki memiliki 12 pasang. Turut dilaporkan bahawa secara purata, seseorang individu membeli 7.8 pasang kasut setiap tahun.

Kajian juga menunjukkan bahawa, memang benar dalam banyak-banyak kasut yang kita ada; kita hanya memakai tiga atau empat pasang sahaja!

3. Seluar Jeans

Menurut O’Leary, tiada siapa perlu ada lebih daripada 3 pasang seluar jeans. “Jika anda memiliki lebih daripada 3 pasang seluar jeans, anda bodoh.

Pada hari ini, sepasang seluar jeans berharga RM150 secara purata. Dan penduduk di Amerika Syarikat belanja $38.5 juta USD setiap hari untuk beli seluar jeans, atau $14 bilion USD setahun.

Wanita pada umumnya lebih banyak berbelanja untuk pakaian, iaitu 76% lebih daripada lelaki yang sama peringkat umur.

Dapat Jimat Banyak Dan Boleh Kembangkan Duit

Dengan hanya tidak berbelanja terhadap tiga benda di atas, kita dah boleh jimat 10% daripada gaji bulanan kita.

Kemudian kita ambil 10% tersebut dan melaburkannya ke dalam instrumen yang boleh beri pulangan sebanyak 7% setahun, dah boleh jadi jutawan menjelang umur 65 tahun.

“Jadi sebelum nak beli sesuatu yang kita minat, ingat pesanan saya.” Ujar O’Leary bagi menutup bicara.

Sumber: CNBC

Kredit: CNBC

3 Punca Utama Rakyat Malaysia Bankrap

Kalau diikutkan statistik daripada Jabatan Insolvensi Malaysia, 69.8% rakyat Malaysia menjadi bankrap disebabkan 3 punca utama berikut:

  1. Sewa Beli Kenderaan– 26,801 kes, atau 27.6%
  2. Pinjaman Peribadi– 22,153 kes, atau 22.8%
  3. Pinjaman Perumahan– 18,819 kes, atau 19.4%

Oleh itu, bersama-samalah kita beringat dan cegah sebelum parah.

Komen

komen

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Send this to a friend