4 Cara Jana Pendapatan Tanpa Memiliki Hartanah Sendiri Guna Teknik Sublet

Pasti ramai di luar sana yang berminat untuk membuat duit cara mudah dengan menyewakan hartanah mereka. Tetapi tidak ramai yang bernasib baik untuk memiliki hartanah sendiri. Maklumlah, harga rumah bukannya murah dan bukan semua orang mampu nak bayar deposit serta instalment bulanan kepada pihak bank.

Tetapi, tahukah anda? Ada cara yang mudah untuk anda membuat duit tanpa perlu memiliki rumah sendiri. Macam mana caranya?

Guna Teknik Sublet

Pernah dengar tentang rumah sublet tak? Kalau nak tahu, sublet atau pun sub-sewa ini adalah istilah yang digunakan apabila kita menyewa sebuah rumah daripada tuan rumah. Seterusnya, kita pula jadi penyewa yang menyewakan rumah tersebut kepada pihak ketiga (sublet).

Ada beberapa teknik yang boleh kita lakukan untuk menjana keuntungan melalui cara sublet ini. 4 cara paling popular menggunakan teknik sublet bagi menjana pendapatan adalah:

1. Sewakan Sebuah Rumah

Kita menyewakan keseluruhan rumah tersebut. Kita boleh meletakkan harga yang lebih tinggi daripada kadar yang disewa daripada pemilik.

2. Sewakan Per Bilik

Bermaksud kita sewakan setiap bilik kepada individu berbeza. Kadar sewa setiap bilik juga mungkin berbeza berdasarkan kepada saiz bilik tersebut.

3. Sewakan Per Kepala (Individu)

Sewakan mengikut harga sekepala. Maknanya lebih ramai orang di dalam rumah itu, lebih banyak duit yang anda dapat. Mungkin juga kita perlu ubahsuai rumah agar dapat lebih banyak bilik, dan lebih ramai penyewa yang kita dapat.

4. Homestay

Sewaan secara harian. Pendapatan yang diterima adalah tidak tetap, tetapi masih mampu untuk berikan pulangan yang lumayan.

Lain Cara Lain Usaha Yang Diperlukan, Lain Pula Pendapatan

Kalau kita perhatikan, sewaan secara sekepala lebih menguntungkan berbanding kaedah lain. Tetapi janganlah terlalu tamak sehingga menyebabkan keadaan rumah tersebut seperti tin sardin pula. Hadkan jumlah penghuni di dalam rumah tersebut agar keadaan lebih selesa.

Rumah Sublet ini merupakan salah satu cara yang paling mudah untuk kita jana pendapatan tanpa perlu bersusah-payah mengeluarkan duit untuk membeli hartanah terlebih dahulu. Tetapi, sebelum mengambil keputusan untuk menyewakan hartanah tersebut kepada pihak ketiga, kita perlu berbincang terlebih dahulu dengan pemlik rumah tersebut bagi mendapatkan persetujuannya.

Sumber Rujukan:

Nampak macam mudah, tapi nak melayan kerenah ramai penyewa tu yang kita perlu hadap. Kalau sewa rumah kepada seorang penyewa, mungkin lebih mudah tetapi hasilnya tak berapa lumayan. Kadang-kadang tak mampu pun nak cover instalment bulanan, menyebabkan kita mempunyai negatif cashflow.

Tapi kalau nak pulangan yang lebih, maka perlu bertabah dalam melayan kehendak penyewa yang ramai. Nak seribu daya, orang kata…

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Rehda: Peningkatan Kos Bahan Bina Jejas Harga Hartanah

PETALING JAYA, 14 Mac (Bernama) — Harga hartanah Malaysia dijangka terus naik secara ketara bagi separuh pertama 2024 berikutan peningkatan kos bahan binaan, kata Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan (Rehda).

Presiden Rehda Datuk Nk Tong ketika mengulas mengenai Tinjauan Industri Hartanah Rehda separuh kedua 2023 dan Unjuran Pasaran 2024 berkata harga bahan binaan terus meningkat selepas pemaju melaporkan lebih 10 peratus kenaikan tahunan dalam harga purata bagi pasir dan konkrit menjelang akhir Disember 2023. 

“Ini bermakna kos pembinaan dijangka menokok sebanyak purata 15 peratus pada separuh pertama 2024,” katanya dalam taklimat media hari ini.

Tong menjelaskan lagi, 91 peratus daripada responden kaji selidik berpendapat 2023 menyaksikan harga bahan binaan mula memuncak berbanding tahun-tahun sebelumnya.

“Akhirnya, kenaikan bahan binaan bermakna kos pembinaan akan menjadi mahal.

“Kami berharap isu ini akan dapat ditangani dengan berkesan dan semua pemain industri akan memainkan peranan mereka bagi memastikan rakyat Malaysia tidak terbeban dengan kenaikan itu,” katanya.

Sementara itu, Tong berkata peserta pasaran hartanah kekal neutral terhadap prospek perniagaan serta industri hartanah untuk separuh pertama 2024 tetapi lebih optimistik tentang pasaran pada separuh kedua 2024.

“Ini boleh difahami dengan mengambil kira cabaran industri tetapi keyakinan yang lebih tinggi untuk separuh kedua tahun ini menunjukkan bahawa responden dan pemaju pada umumnya masih yakin bahawa pasaran akan bertambah baik,” tambahnya lagi.

Tong ketika mengulas mengenai cadangan Akta Pembangunan Semula Bandar, menempelak dakwaan bahawa ianya akan membolehkan pemaju merampas tanah untuk mendapatkan keuntungan adalah sesuatu yang salah sama sekali.

Beliau berkata sebagai pemaju yang bertanggungjawab, ahli Rehda mempunyai banyak opsyen untuk memperoleh tanah pembangunan di tempat lain, yang boleh dibangunkan dengan mudah berbanding dengan membangunkan semula bangunan sedia ada.

“Bagaimanapun, sebagai inisiatif strategik, Rehda Malaysia memuji Kementerian Perumahan dan wawasan Kerajaan Tempatan, melalui Menteri, untuk terus meningkatkan fabrik perbandaran bagi memastikan mereka kekal berdaya saing dan menarik di seluruh dunia untuk manfaat rakyat.

“Kami sedang menunggu lebih banyak butiran khusus untuk akhirnya, melibatkan KPKT tetapi kami percaya mereka juga telah mengkaji dengan teliti model yang sama di rantau ini yang telah beroperasi dengan baik selama beberapa dekad,” katanya.

— BERNAMA