4 Langkah Mulakan Pelaburan Hartanah

Buat pelaburan hartanah bukanlah semudah yang disangka. Lagi-lagi kalau tiada ilmu yang cukup, kaji punya kaji sampai bertahun; tapi masih takut untuk mula.

 

Berikut adalah 4 langkah penting yang perlu anda ketahui sebelum memulakan langkah ke dunia pelaburan hartanah.

1. Punyai Matlamat Dan Perancangan Yang Rapi

Dalam apa jua tindakan yang anda bakal lakukan, pastinya ia telah dimulakan dengan satu perancangan rapi yang akan dijadikan garis panduan.

Semua orang nakkan pelaburan hartanah yang memberikan aliran tunai yang positif, jadi apa jenis hartanah yang perlu anda lihat? Kalau nakkan hartanah yang meningkat nilai saban tahun, hartanah yang bagaimana pula?

Ada ke hartanah yang boleh beri aliran tunai positif dan capital appreciation? Mesti ada, sebab itu kena banyak belajar dan berguru.

2. Tetapkan Bajet

Tentukan bajet terlebih dahulu bagi memastikan rumah yang dibeli mampu bersesuaian dengan tahap kewangan anda. Kalau rasa mampu beli rumah flat, beli saja rumah flat dulu. Nanti kedudukan kewangan dah semakin kukuh, boleh beli rumah apartmen pula untuk tujuan pelaburan.

Terdapat pelbagai jenis bank yang menawarkan pelan pembiayaan rumah yang berbeza-beza. Buat senarai dan semakan dengan teliti bagi memastikan permohonan pinjaman perumahan anda mudah untuk diluluskan oleh pihak bank. Boleh ikut Tips Menyediakan Loan Profile Supaya Tak Susahkan Banker.

Nak tahu berapa bajet yang anda mampu, Fahamkan “Formula 200” Baru Mula Survey Rumah. Lepas tu bolehlah tengok Cara Nak Tahu Harga Rumah Tanpa Pergi Pejabat Tanah.

3. Cari Lokasi Sesuai

Pilih lokasi rumah yang sesuai dengan anda. Cuba buat kajian dengan kawasan-kawasan perumahan yang berpotensi tinggi memberikan keuntungan yang setimpal.

Kebiasaannya, kawasan yang berpotensi tinggi ini terletak di kawasan yang berdekatan dengan pengangkutan awam seperti LRT dan sebagainya. Ketahui juga “Booster” Yang Meningkatkan Nilai Hartanah

4. Bina Rangkaian

Pada masa kini, segala-galanyanya berada di hujung jari. Jangan ketinggalan untuk mendapatkan info-info penting di facebook atau pun di website-website hartanah. Cara begini membuka peluang yang lebih luas kepada anda untuk mendapatkan maklumat berkaitan pelaburan hartanah.

Dalam masa yang sama, anda juga dapat mengenali individu-individu yang pakar dan lebih arif dalam duni pelaburan. Boleh mula dengan follow Senarai ‘Abang Long’ Sifu Hartanah di Malaysia.

Selain daripada berkongsi ilmu secara percuma, mereka juga turut aktif menjalankan seminar berkaitan bidang hartanah kalau nak tahu ilmu yang lebih advanced.

Komen

komen

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Send this to a friend