4 Tips Berunding Dengan Ejen Hartanah Untuk Menjual Rumah

Urusan menjual rumah juga merupakan komponen yang penting dalam pelaburan hartanah. Asyik beli saja, sampai masa perlu juga kita jual. Kita boleh memilih untuk menjual sendiri, tetapi ramai juga yang memilih untuk menjual rumah melalui ejen hartanah yang berpengalaman.

Ini disebabkan, ejen hartanah lebih berpengetahuan tentang selok-belok hartanah, bagaimana nak promosikan rumah, sasaran pembeli dan sebagainya.

Berikut adalah 4 tips yang ketika berurusan dengan ejen hartanah bagi mendapatkan khidmat yang terbaik, seterusnya harga yang berpatutan untuk rumah yang ingin dijual.

1. Berterus Terang

Kejujuran sangat penting dalam melakukan sesuatu urusan. Sangat perlu untuk anda membat penerangan dan berterus terang kepada ejen hartanah berkenaan keadaan rumah anda.

Tindakan ini dapat membantu ejen hartanah mengetahui keadaan dan struktur rumah anda dengan lebih terperinci. Dengan setiap penerangan ini memudahkan lagi ejen hartanah membuat penerangan kepada bakal pembeli rumah anda kelak.

Di antara perkara yang anda boleh nyatakan adalah berkenaan saiz rumah, pengubahsuaian yang telah dilakukan, dan juga masalah-masalah yang telah anda baiki.

2. Letak Harga Yang Bersesuaian

Sebagai seorang individu yang ingin menjual rumah, elakkan daripada meletakkan harga rumah yang terlalu tinggi nilainya. Dikhuatiri, rumah anda nanti kurang mendapat sambutan dan permintaan daripada pihak pembeli.

Ejen pula susah nak yakinkan pembeli untuk beli rumah anda nanti.

Tak tahu berapa harga yang patut diletakkan? Boleh baca Cara Nak Tahu Harga Rumah Tanpa Pergi Pejabat Tanah dan anda dapat tahu harga jualan sebenar rumah berhampiran anda.

3. Tunggakan Rumah

Sekiranya masih terdapat tunggakan bil-bil di rumah anda, pastikan anda memberitahu kepada ejen hartanah awal-awal. Takut nanti bila owner baru masuk, terkejut beliau nanti dengan tunggakan bil air, bil api, cukai pintu dan bermacam-macam lagi.

Cara terbaik adalah dengan menyelesaikan tunggakan yang sedia, kalau rasa berat nak selesaikan, pastikan anda memberitahu ejen hartanah berkenaan hal ini.

4. Hala Tuju Tuan Rumah

Maklumkan juga kepada ejen hartanah jika anda punya perancangan untuk berpindah ke rumah lain. Kalau ada penyewa, ada masa untuk memberikan notis kepada penyewa untuk keluar dalam tempoh yang ditetapkan.

Atau barangkali anda perlukan duit daripada jualan rumah tersebut dengan segera, kerana ingin pula membeli rumah lain. Jadi takdelah urusan tersebut dilengah-lengahkan tanpa sebab.

Komunikasi Itu Penting, Cari Ejen Hartanah Yang Bagus

Dengan adanya kesefahaman, anda dan ejen hartanah dapat bekerjasama dengan jayanya.

Kalau rajin, boleh juga baca:

Komen

komen