6 Aplikasi Seorang Pelabur Hartanah Perlu Install

Zaman serba canggih ni, ada banyak sebenarnya aplikasi telefon pintar yang boleh kita gunakan. Terutamanya kita yang selalu bergerak ke sana sini dan menjalani kehidupan yang sibuk.

Kita pun seakan ‘melekat’ dengan telefon pintar masing-masing kan? Daripada banyak membuang masa ke perkara yang bukan-bukan, lebih baik kita gunakannya untuk kebaikan.

Di antara aplikasi-aplikasi yang anda perlu ada sebagai seorang pelabur hartanah adalah:

1. Mudah.my

Siapa yang tak kenal dengan laman web Mudah.my ni kan? Ia merupakan laman web #1 di Malaysia bagi pengiklanan online, sebut saja nak cari apa, mesti dapat jumpa di sini.

Dalam banyak-banyak kategori tu, kategori Property di antara yang paling banyak orang senaraikan.

Boleh filter mengikut harga rumah, jenis hartanah, landed atau tidak, lokasi, freehold atau leasehold dan banyak lagi.

Nak buat kira-kira cash flow nanti pun boleh. Boleh guna Formula 200 untuk kira harga rumah dan instalment bulanan, lepas tu tengok pula berapa sewa untuk rumah tersebut.

Kalau positif cash flow tu, bolehlah masuk dalam shortlist nanti untuk dijadikan pelaburan.

Aplikasi Android

Aplikasi iOS

2. iProperty Malaysia

Kalau tadi laman web pengiklanan #1 Malaysia, iProperty pula merupakan laman web #1 hartanah di Malaysia. Memang sangat sesuai untuk pelabur hartanah.

Laman web pun cukup kemas dan menarik, aplikasi telefon pintar pun sangatlah tersusun dan mudah untuk digunakan.

Nak cari hartanah pun mudah, siap boleh buat shortlist guna app lagi. Kalau ada penyenaraian terbaru di kawasan yang anda minat, anda akan terima notifikasi pulak tu.

Amat menyenangkan dan terurus.

Aplikasi Android

Aplikasi iOS

3. Housing Loan Calculator

Dah survey dan shortlist rumah pelaburan anda, kini masanya untuk buat kira-kira pula. Nampaknya seperti tiada satu aplikasi ‘dua alam’, aplikasi ini adalah untuk pengguna Android sahaja.

Boleh dikatakan lengkap jugalah aplikasi Housing Loan Calculator ni. Pertama, boleh kira instalment bulanan berdasarkan harga hartanah, berapa jumlah bayaran muka (down payment), kadar faedah dan tempoh pinjaman. Kemudian dapat pula jumlah faedah yang dikenakan, berdasarkan jumlah pinjaman kita.

Anda tak tahu berapa harga rumah yang anda mampu berdasarkan instalment bulanan yang anda mampu? Guna saja salah satu fungsi di dalamnya, dan berdasarkan Formula 200, dapatlah kira harga rumah yang boleh anda survey.

Terakhir sekali, nak tahu berapa jumlah ‘moving in cost’? Dengan aplikasi ini, boleh tahu berapa kos-kos yang terlibat dalam pembelian rumah; seperti yuran guaman bagi Sales & Purchase Agreement, yuran guaman untuk pinjaman dan duti setem yang terlibat.

Memang complete habis!

Aplikasi Android

4. Malaysia Home Loan Calculator

Malaysia Home Loan Calculator pula merupakan aplikasi iOS yang lengkap dan bermanfaat. 3 fungsi utamanya adalah:

  • Kalkulator pinjaman rumah
  • Kalkulator yuran guaman
  • Kalkulator pengeluaran KWSP

Aplikasi iOS

5. CTOS

Dah kenalpasti rumah pelaburan anda, dah tahu berapa modal yang diperlukan, tapi bagaimana pula daripada segi kelayakan?

Sebab tu anda perlukan aplikasi CTOS ini untuk periksa skor kredit anda. Kalau anda dikategorikan sebagai berisiko tinggi, peluang nak dapatkan pinjaman daripada pihak bank mungkin sukar. Kalau dapat pun, mungkin kadar faedah lebih tinggi akan dikenakan. Atau pihak bank mungkin perlukan cagaran sebagai backup.

Boleh juga tengok Awak, Ini Cara Nak Download Laporan CCRIS Secara Online. Tak Sampai 1 Jam Siap!

Aplikasi Android

Aplikasi iOS

6. BNM MyLINK

Aplikasi yang ke-6 seorang pelabur hartanah perlu ada adalah BNM MyLINK.

Bukan apa, kadang-kadang kita ada benda yang tak puas hati dengan pihak bank. Boleh jadi kita apply untuk pembiayaan Islam, tapi bila dah sign & lulus; tengok-tengok pinjaman konvensional pula. Memang haru lah jawabnya.

Dah buat aduan secara rasmi ni, semoga dipermudahkan segala urusan bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi.

Aplikasi Android

Aplikasi iOS

Semoga Berjaya Pelabur Hartanah

Diharapkan dengan adanya aplikasi-aplikasi yang dapat membantu anda sebagai seorang pelabur hartanah, anda memperolehi kejayaan yang cemerlang.

Komen

komen

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Send this to a friend