6 Hartanah Paling Mahal di Kuala Lumpur

Berdasarkan hasil penyelidikan Kaji Selidik Kemudahan Asas dan Pendapatan Isi Rumah Tahun 2019 oleh Jabatan Standard Malaysia (JSM), golongan yang mempunyai pendapatan isi rumah bermula RM13,148 mampu dikategorikan sebagai T20.

Jika anda adalah dalam kategori 1% daripada sistem sosio ekonomi di Malaysia, anda berkemungkinan layak untuk membeli hartanah utama sekitar bandaraya Kuala Lumpur ini yang dianggarkan mencecah puluhan juta ringgit untuk satu unit sahaja.

Dengan fasiliti mewah seperti kolam renang, swimming pool, gimnasium, cafe dan pelbagai fasiliti lain, senarai hartanah ini menjadi tumpuan kerana lokasinya yang terletak di kawasan yang sangat strategik.

“Kebanyakan unit hartanah yang mahal berada di sekitar KLCC.”

Untuk kali ini, kami kongsikan anda senarai hartanah termahal di Kuala Lumpur mengikut harga keluasan kaki persegi.

 1. Four Seasons Place, KLCC

Dengan harga median RM3,100 untuk satu kaki persegi, hartanah ini yang terletak bersebelahan dengan KLCC menjadi hartanah termahal di Kuala Lumpur.

Harga jualan bermula RM5.5 juta sehingga RM25 juta untuk satu unit bergantung kepada keluasan unit tersebut.

Bangunan 65 tingkat dan 240 unit ini dibangunkan sepenuhnya oleh Venus Assets Sdn Bhd dan mempunyai kadar median hasil keuntungan sewa sebanyak 3.6%.

Rujuk Info : Four Seasons Place, KLCC

2. Banyan Tree Signature, Pavilion

Harga median untuk hartanah ini adalah RM2,424 untuk satu kaki persegi dan terletak di Jalan Conlay berhadapan pusat beli belah Pavilion Kuala Lumpur.

Hartanah jenis servis residen ini dijual pada harga sekitar RM2.9 juta sehingga RM4.5 juta seunit bergantung kepada keluasan unit tersebut.

Kadar sewaan adalah sekitar RM6,000 sehingga RM8,000 dan mampu menjana untung hasil sewa sehingga 3.25%.

Rujuk Info : Banyan Tree Signature, Pavilion

3. Binjai On The Park

Hartanah jenis apartment ini dibangunkan oleh Layar Intan Sdn Bhd dan siap pada tahun 2009 dan mempunyai 171 unit dengan ketinggian 45 tingkat.

Berada dalam lingkungan persiaran KLCC, menjadikan harga median satu kaki persegi bagi unit ini adalah RM2,357!

Harga yang dijual sekitar RM5.5 juta sehingga RM15 juta bergantung kepada saiz unit tersebut. Sewaan bulanan pula adalah sekitar RM15,000 dengan untung hasil sewa mampu mencecah 3.23%.

Rujuk Info : Binjai On The Park

4. Vipod Suites, KLCC

Hartanah jenis servis residen ini yang siap pada tahun 2013 berada dalam jarak 7 minit berjalan kaki ke KLCC. Dengan ketinggian 41 tingkat dan menampung 440 unit, harga median untuk satu kaki persegi adalah RM1,890!

Jika anda berminat untuk membeli unit ini, anda berkemungkinan sekitar RM1.4 juta sehingga RM2.1 juta untuk kediaman ini.

Kadar sewaan pula adalah sekitar RM5,000 dengan kadar untung hasil sewa adalah sekitar 3.33%.

5. Ramada (One @ Bukit Ceylon)

Servis residen ini menjadi pilihan ramai pelancong dari luar negara sebagai destinasi Airbnb kerana fasilitinya sebagai sebuah servis residen.

Harga median satu kaki persegi adalah RM1,788, menjadikannya berharga RM480.000 sehingga RM550,000 untuk harga jualan. Akan tetapi keluasannya adalah sekitar 411kaki persegi sehingga 453 kaki persegi sahaja.

Harga sewaan seunit adalah RM2,350 sebulan menjelaskan punca kediaman ini menjadi tarikan pelancong untuk menyewa.

Untung hasil sewa adalah pada 5.13% menjadikannya hartanah yang berbaloi untuk dibeli atas kapasiti pelaburan jangka panjang.

Rujuk Info : Ramada (One @ Bukit Ceylon)

6. Platinum Suites (The Face Suites)

Hartanah jenis servis residen dengan ketinggian 51 tingkat berserta 733 unit ini dibangunkan oleh Platinum Victory Sdn Bhd pada tahun 2015.

Dengan keluasan 850 kaki persegi sehingga 1,500 kaki persegi, harga median bagi satu unit kaki persegi bagi kediaman ini adalah RM1,719.

Antara fasiliti yang terdapat di kediaman ini adalah kolam renang, gimnasium, pasaraya mini dan cafe.

Jika anda berminat untuk memiliki kediaman ini, harganya sekitar RM 1.2 juta sehingga RM1.5 juta bergantung kepada keluasan binaan unit.

Sewaan bulanannya pula adalah sekitar RM5,500 dan mampu menjana untung hasil sewa sebanyak 4.4%.

Rujuk Info : Platinum Suites (The Face Suites)

Pemaju – pemaju yang membangunkan hartanah mewah ini mempunyai sasaran segmen pembeli yang berbeza. Kebanyakannya adalah atas kapasiti pelaburan jangka panjang.

Harapnya pembeli mahupun penyewa hartanah-hartanah mewah ni bayar cukai jugalah macam kita rakyat biasa ni. Encik LHDN cuba tengok ya, terima kasih.

Sumber Rujukan: RED ANGPOW

Ditulis oleh Mehmed Aezhad, beliau merupakan seorang Digital Marketing Specialist yang berpengalaman luas dalam bidang pemasaran digital hartanah.

Komen

komen

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Send this to a friend