6 Tips Jana Pendapatan Dengan Rumah Anda

Kita semua sedia maklum tentang kos pemilikan rumah yang tinggi. Ianya bukan setakat membayar instalment bulan-bulan, tetapi juga cukai tanah, cukai pintu, bil air, bil elektrik, kos baikpulih dan sebagainya. Di sini kami ingin kongsikan beberapa tips untuk menjana pendapatan dengan rumah anda, bagi meringankan sedikit beban.

1. Sewakan Ruang Bercucuk Tanam

Kawasan tanah dilihat semakin berkurangan, kawasan tanah hijau lagilah semakin berkurangan. Jika anda mempunyai kawasan untuk bercucuk tanam, boleh gunakan ruang tersebut untuk menjana pendapatan. Pengusaha tapak semaian, kedai tumbuh-tumbuhan dan peminat perkebunan persendirian pada kebiasaannya memerlukan tempat untuk mereka menanam. Anda boleh menawarkan halaman anda untuk menanam sayur, bunga dan tumbuh-tumbuhan.

Mungkin di Malaysia belum lagi nampak potensi sebenar ruang bercucuk tanam ini, tetapi ada juga yang menyewa sehingga RM1,500 sebulan untuk keluasan 700 kaki persegi.

2. Sewakan Bilik

Untuk menyewa bilik anda, ianya sangat mudah dengan adanya laman web seperti mudah.my dan juga aplikasi seperti Airbnb.

Di mudah.my, boleh pertimbangkan untuk menyewa untuk jangka masa panjang seperti 6 bulan sehingga ke setahun.

Tetapi jika anda mahu, boleh juga sewakan bilik anda untuk jangka masa pendek seperti sehari atau pada hujung minggu sahaja dengan kadar yang tinggi; purata sekitar RM119 untuk satu malam di kawasan Kuala Lumpur. Lagi banyak kemudahan yang anda boleh sediakan, lagi tinggi anda boleh kenakan sewa.

3. Refinance Rumah Anda

Sebelum itu, anda boleh tengok dulu artikel Nak Refinance Ke Nak Jual? Katakanlah dahulu anda buat loan RM200,000 dengan instalment bulanan sebanyak RM1,000, tetapi lepas 5 tahun harga rumah mencecah RM400,000.

Kini anda boleh refinance dengan instalment yang lebih tinggi, tetapi boleh gunakan duit lebihan RM200,000 (loan baru RM400,000 tolak loan lama RM200,000) tersebut untuk memulakan perniagaan, beli sebuah lagi hartanah atau untuk membiayai kos pendidikan anak-anak.

Kadar faedah untuk refinance adalah jauh lebih renah berbanding pinjaman peribadi, jadi gunakanlah ia sebaik mungkin.

4. Adakan Jualan Garaj

Saban tahun, semakin banyak barangan terpakai yang anda tidak perlukan lagi. Sebagai contoh, baju-baju baby anak anda, yang kini sudah meningkat remaja; dan juga pakaian anda sendiri yang dah tak padan.

Anda boleh adakan jualan garaj untuk menjual barangan yang tidak diperlukan seperti di atas, dan juga untuk perkakas rumah yang sudah tidak digunakan, perabot-perabot lama, pinggan mangkuk, buku-buku dan sebagainya. Mana tahu ada peminat barangan lama, antik atau vintage yang sanggup bayar harga tinggi untuk barangan terpakai anda.

5. Jaga Haiwan Peliharaan

Jika anda sukakan haiwan peliharaan dan ada memelihara beberapa ekor kucing misalnya, boleh gunakan rumah anda sebagai rumah untuk menjaga kucing.

Apabila menjelang cuti panjang atau cuti sekolah, kebiasaannya mereka akan hantar kucing mereka ke hotel-hotel haiwan peliharaan. Apa kata anda sediakan perkhidmatan menjaga haiwan peliharaan pada harga yang rendah, sekitar RM30-RM60 atau lebih sehari.

Dengan semakin ramai orang memelihara kucing, potensinya semakin besar.

6. Sewakan Ruang Storan

Kebanyakan individu atau perniagaan yang ingin berpindah atau mengecilkan operasi, seringkali mereka memerlukan ruang storan untuk dokumen, perabot dan pelbagai barang kepunyaan yang lain.

Mungkin tidak begitu popular di Malaysia, ia merupakan konsep serupa seperti Storemates, di mana seseorang itu boleh menyimpan barangan mereka di rumah jiran atau ‘storemate’ berdekatan pada harga yang murah.

Jangan Lupa Cukai

Apabila anda menjana pendapatan secara konsisten, seperti menggunakan Airbnb sebagai contoh; jangan lupa untuk mendaftarkan ia sebagai perniagaan atau mengisytiharkan pendapatan tersebut.

Bila-bila masa anda menerima wang untuk perkhidmatan yang anda sediakan, ia dikira sebagai ‘aktiviti perniagaan’ dan akan ada cukai yang terlibat. Jika anda tidak pasti, sila hubungi pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri untuk membantu.

Sumber: Propsocial

Komen

komen

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Send this to a friend