8 Sebab Kenapa Beli Sunway Cassia @ Batu Maung

Orang kata tak kenal, maka tak cinta. Untuk itu, jom kita berkenalan dengan Sunway Cassia @ Batu Maung terlebih dahulu. Kerana dengan 8 sebab inilah baru anda akan jatuh cinta dengannya, dan tidak tersabar untuk memiliki rumah di sini.

1. Batu Maung Berada Di Lokasi Strategik

Lokasi, lokasi, lokasi. Itulah mantra yang sering digunakan oleh sifu-sifu pelabur hartanah. Kerana jika anda tersilap pilih lokasi, anda bakal mengalami penderitaan. Tetapi dengan memilih lokasi yang baik, pastinya pelaburan hartanah anda akan membuahkan hasil.

Jadi di mana Batu Maung ni sebenarnya?

Berpandukan peta di atas, kita dapat lihat Batu Maung terletak berhampiran dengan dua nadi infrastruktur pengangkutan terkenal Pulau Pinang, iaitu Jambatan Kedua Pulau Pinang (Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah) dan juga Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang.

Dengan siapnya flyover baru di Bayan Lepas pada penghujung tahun lepas, kini lebih mudah dan dekat untuk ke Lapangan Terbang dari Batu Maung. Keadaan trafik juga menjadi semakin lancar.

Di sini juga terdapat dua kawasan tumpuan pelancong yang popular di Pulau Pinang, iaitu Muzium Perang bagi mereka yang nak melihat sendiri peninggalan perang; dan Akuarium Batu Maung bagi mereka yang ingin melihat keindahan ikan-ikan. Bagi yang tak tahu, Batu Maung ini pada asalnya adalah perkampungan nelayan.

Selain daripada itu juga, Batu Maung terletak berhampiran dengan Zon Perindustrian Bebas atau Free Industrial Zone yang menempatkan syarikat-syarikat ternama seperti Intel, AMD, Jabil Circuit, Dell, Western Digital, Keysight Technologies, Motorola, Intel, Robert Bosch dan banyak lagi.

Dan yang terakhir sekali, bagi mereka yang sering melalui Lebuhraya Utara Selatan, mesti pernah nampak atau singgah ke Design Village Premium Outlet Mall kan? Ianya seberang saja Jambatan Kedua Pulau Pinang ni. Dan katanya IKEA baru pun akan siap tak lama lagi, hanya perlu menyeberangi Jambatan tersebut untuk ke sana.

2. Batu Maung Merupakan Kawasan Rumah Mewah

Jika anda tercari-cari kawasan yang semakin meningkat naik dan menjadi tumpuan rumah mewah dibina, maka Batu Maung adalah tempatnya.

Nak tahu bagaimana prestasi sektor hartanah di Batu Maung, kita gunakan laman web Brickz sebagai rujukan; kerana ia mengambil data daripada Jabatan Penilaian Dan Perkhidmatan Harta dan merupakan sebuah jabatan di bawah Kementerian Kewangan Malaysia. Ia merekodkan segala transaksi hartanah setelah duti setem bagi Sale and Purchase Agreement telah dibayar.

Sumber: Brickz

Secara puratanya, harga median hartanah landed di Batu Maung berharga RM1 juta dengan RM506 untuk satu kaki persegi. Kita dapat lihat Sunway Tunas Jaya dengan rumah teres bernilai RM1.1 juta, dan Sunway Mutiara dengan rumah Semi-D bernilai RM1.38 juta.

Rumah teres di Sunway Tunas Jaya, semasa ianya baru dilancarkan pada tahun 2003 harganya adalah pada paras RM380 ribu, tetapi kini naik sehingga RM1.1 juta.

Begitu juga halnya dengan Sunway Mutiara. Harga semi-D pada waktu pelancaran pada tahun 2005 adalah sekitar RM750,000, dan kini hampir naik sekali ganda pada paras RM1.38 juta.

Kalau nak merasai kehidupan yang selesa di Pulau Pinang dengan kelas tersendiri, Batu Maung adalah lokasi yang dicari-cari.

3. Peningkatan Hartanah Mewah Saban Tahun

Siapa kata rumah mewah sukar untuk meningkat harganya? Berikut merupakan buktinya:

Sumber: Brickz

Trend peningkatan hartanah mewah di Batu Maung kelihatan dengan sangat jelas. Kalau pada bulan April 2013 ia berada di paras RM1.1 juta, pada bulan Januari 2018 pula ia hampir mencecah RM1.4 juta. Best ke tak best pelaburan anda meningkat sebanyak 30% dalam masa 4 tahun?

Dengan permintaan yang semakin tinggi, dicampur pula dengan kawasan terhad di Pulau Pinang – sudah pasti harganya akan terus meningkat naik saban tahun.

4. Kawasan Mewah, Rumah Juga Mewah

Batu Maung itu sendiri kawasan rumah mewah, rumah Sunway Cassia ini juga mewah tau.

Lihat sajalah gambar-gambar rumah contoh di Sunway Cassia ni:

Ruang tamu dan makan yang serba luas di rumah contoh Semi-D
Bilik tidur utama yang lapang dengan ruang almari berasingan di rumah contoh Semi-D
Ruang dapur yang serba lengkap

Rumah yang cantik dengan ruang yang cukup lapang, ditambah pula dengan kawasan tanah yang luas. Semuanya serba-serbi cukup untuk anda menikmati suasana yang tenang, pasti hilang penat apabila pulang daripada tempat kerja.

5. Dilengkapi Dengan Ciri-ciri Moden

Rumah yang cantik dan lapang di Sunway Cassia, turut dilengkapi dengan ciri-ciri moden mengikut citarasa terkini. Setiap rumah di sini dipasang dengan Sistem Penggera Rumah Individu, Sistem Pemanas Air Solar dan Butang Panik. Ia juga mempunyai siling yang tinggi agar dapat memberikan pencahayaan semulajadi yang terang, dan ruang pengudaraan teratur bagi menyejukkan rumah.

Rumah-rumah di sini juga mempunyai ruang tempat letak kereta tanpa tiang yang boleh memuat sekurang-kurangnya 3 buah kereta anda. Ada juga unit terpilih yang boleh memuat sehingga 9 buah kereta. Reka bentuk yang moden dan praktikal menjadikan Sunway Cassia unik, dan lain daripada yang lain.

6. Satu Dengan Alam Semulajadi

Semakin sukar untuk kita lihat keindahan alam semulajadi, lagi-lagi di Pulau Pinang yang semakin pesat membangun. Tapi siapa sangka yang Sunway Cassia sebenarnya dikelilingi oleh 3 ekar rimbunan hijau dengan 6 taman landskap yang unik.

Sebaik saja melangkah masuk menerusi jalan utama, perasaan tenang menggamit hati apabila melalui deretan pokok kelapa di Palm Avenue. Kalau rasa nak berpiknik di hujung minggu, boleh singgah di Tecoma Lounge di mana ada disediakan meja dan kerusi sambil merasai redupnya di bawah pokok Tecoma yang berwarna-warni. Atau anda juga boleh meneroka di Nature Park, kawasan yang dikhaskan untuk menikmati keindahan semulajadi hutan tropika.

Laluan yang tenang menuju ke puncak Nature Park

7. Dibangunkan Pemaju Yang Berkaliber

Siapa yang tak kenal dengan Sunway Group? Nama yang tidak asing lagi di Malaysia, syarikat Sunway juga tersenarai di Bursa Malaysia. Nak jadi pemilik syarikat Sunway, beli saja saham mereka.

Kalau nak tahu, Sunway Cassia ini dibina oleh Sunway Property yang merupakan salah satu daripada 12 bidang yang diceburi mereka.

Dan Sunway Property sememangnya merupakan nama yang sangat besar dalam sektor hartanah. Bukan sahaja di Malaysia tau, malah mereka turut membangunkan hartanah di China, India, Cambodia, Vietnam, Australia dan Singapura.

Di antara projek-projek yang telah siap dibina oleh Sunway Property di Pulau Pinang adalah seperti Sunway Tunas di Bayan Baru, Sunway Merica di Sungai Ara, Sunway Aspera di Teluk Kumbar, Sunway Bukit Gambier di Bukit Gambier, Sunway Perdana di Seberang Jaya dan Sunway Wellesley di Bukit Mertajam.

8. Promosi Hebat

Bagi mereka yang dah lama impikan kehidupan mewah, Sunway Cassia menyediakan Pakej Perabot untuk anda yang ingin terus pindah masuk.

Pakej ini termasuklah kabinet dapur yang dilengkapi dengan perkakas elektrik seperti peti sejuk, ketuhar, hob dan hud dapur; semuanya bagi memudahkan anda memasak. Di bahagian ruang tamu pula, ia dilengkapi dengan set sofa dan kabinet TV; dan bilik tidur utama dilengkapi dengan katil bersaiz King dan almari pakaian. Memang semuanya yang anda perlukan, jadi selesai sahaja urusan pembelian rumah – dapat kunci dan boleh terus tinggal di sini.

Itu belum termasuk promosi-promosi hebat lain yang ditawarkan oleh pemaju. Rugi siapa yang tak rebut peluang keemasan ini untuk memiliki rumah landed.

Sila layari laman web Sunway Cassia atau hubungi mereka di talian 604-684 8000 untuk dapatkan maklumat lanjut dan promosi terkini.

Boleh tengok video di bawah dan lihat sendiri keindahannya:

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Axis-REIT Jual Hartanah Di Johor Pada RM162 Juta

KUALA LUMPUR, 24 April (Bernama) — Axis Real Estate Investment Trust (Axis-REIT) menjual hartanahnya di Nusajaya, Johor pada RM162 juta secara tunai kepada sebuah pengendali pusat data.

Menerusi kenyataan kepada Bursa Malaysia pada Rabu, Axis-REIT menjelaskan pihaknya tidak boleh mendedahkan identiti pembeli susulan klausa kerahsiaan dalam perjanjian jual beli itu.

“Axis-REIT akan memberikan butiran pembeli apabila cadangan penjualan itu selesai yang dijangka dimuktamadkan pada separuh kedua 2024,” jelasnya.

Hartanah perindustrian itu, yang meliputi kawasan seluas 10.91 hektar, akan dijual tanpa bebanan tetapi tertakluk kepada terma dan syarat yang ditetapkan dalam perjanjian yang ditandatangani antara RHB Trustees Bhd sebagai pemegang amanah bagi Axis-REIT dan pembeli, tambahnya.

Menurut Axis-REIT transaksi itu sejajar dengan objektif pelaburan dana, dengan pengurus percaya bahawa hartanah yang dimiliki selama sembilan tahun itu telah memaksimumkan potensi penjanaan pendapatannya.

Selain itu, terdapat potensi terhad untuk pertumbuhan sewa masa depan berdasarkan kapasiti semasanya sebagai kemudahan pembuatan, tambahnya.

“Memandangkan harga jualan aset yang menggalakkan ini dan memanfaatkan penggunaan terbaik dan tertinggi hartanah itu sebagai pembangunan pusat data, inilah masa yang sesuai untuk menjual dan menggunakan semula modal ke arah hartanah yang berpotensi menjana hasil,” katanya.

Axis-REIT juga menekankan bahawa jangkaan keuntungan bersih daripada cadangan penjualan itu ialah kira-kira RM500,000 juta dan tidak akan memberi kesan ketara kepada keuntungan bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2024.

“Hasil bersih daripada cadangan penjualan itu selepas ditolak semua fi dan perbelanjaan berkaitan akan digunakan untuk membayar balik pembiayaan sedia ada.

“Hasil ini dijangka digunakan dalam tempoh 12 bulan dari tarikh penyelesaian,” katanya.

Cadangan penjualan itu dijangka mengurangkan nisbah pembiayaan Axis-REIT kepada 31.94 peratus daripada jumlah aset yang diaudit setakat 31 Dis, 2023, jelasnya.

— BERNAMA