95% Penjawat Awam Berusia Bawah 30 Tahun Tak Mampu Beli Rumah – Kata Cuepacs

KUALA LUMPUR: Hampir 95% penjawat awam yang berusia bawah 30 tahun masih tidak mampu membeli rumah, kata Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs).

Presiden Azih Muda berkata kebanyakan penjawat awam tidak mampu membeli rumah dengan gaji semasa kerana harga rumah yang mahal.

“Kami masih sedang membincangkan kos sara hidup yang tinggi terutama dalam kalangan belia. Kebanyakannya berpendapatan RM4,000 ke bawah sebulan jadi sangat sukar untuk mereka membeli rumah.

“Sementara itu, 75% penjawat awam berusia 40 tahun ke bawah yang masih belum memiliki rumah,” katanya kepada pemberita di pusat kovensyen CIDB susulan kongres yang berlangsung semalam.

Cuepacs berharap kerajaan akan secara berterusan menangani kos sara hidup.

Beliau berkata walaupun terdapat banyak unit-unit tidak terjual dilaporkan, rumah-rumah itu berharga RM300,000 ke atas.

Beliau berkata kebanyakan penjawat awam hanya mampu membeli rumah sekitar RM250,000 dan ke bawah.

“Harga rumah mampu milik yang ditetapkan kementerian terlalu tinggi. Rumah mampu milik harus dijual bawah RM250,000.

“Kita jangan terima cadangan pemaju. Mereka bina rumah dan kemudian sudah tentu menjual pada harga yang lebih tinggi.”

Azih menggesa Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA) menurunkan caj perkhidmatan bagi insurans rumah, yang menurutnya terlalu tinggi dan membebankan rakyat.

“Kami berharap LPPSA selaku pembiaya rumah untuk sektor awam akan mengkaji balik caj itu, yang hampir mencecah 45%.

“Daripada 45% itu, LPPSA mengambil 15% daripada komisyen dan syarikat insurans mengambil 15%-20% daripada caj.”

Beliau berkata sehingga kini kira-kira 55% daripada 1.6 juta penjawat awam membuat pinjaman dengan LPPSA.

Sementara itu, Timbalan Menteri Kewangan Amiruddin Hamzah berkata pihaknya akan mengkaji perkara itu, dan menambah dia ada maklumat tentang caj perkhidmatan yang dikenakan LPPSA.

“Apa pun yang dibincangkan, ia tidak boleh membebankan rakyat.”

Sumber: Free Malaysia Today

64% Daripada Penjawat Awam Bergaji Kurang Daripada RM5,000 Sebulan

Kredit: BNM

Gaji pun tak berapa nak besar, lagi menyedihkan apabila Kakitangan Kerajaan Belanja Lebih Daripada 1/2 Gaji Untuk Bayar Hutang. Pinjaman peribadi merupakan penyumbang utama hutang kakitangan kerajaan dengan 34% daripada jumlah hutang.

Tapi ada je otai hartanah bagi tips mengenai Cara Nak Beli 6 Buah Rumah Untuk Penjawat Awam. Mana satu yang patut kita follow sebenarnya?

Semoga kita semua berupaya untuk membuang yang keruh, dan ambil yang jernih. Ayuh tingkatkan usaha untuk tambah pendapatan atau kurangkan perbelanjaan – kalau perlu potong, potong. Kalau perlu buang, buang.

Tahu ke tak, kini ada peluang untuk menceburi Pelaburan Hartanah Dengan Hanya RM350 Sebulan, Biar Betul? Dah ada peluang depan mata, taknak rebut pula.

Komen

komen

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Send this to a friend