Ada Apa Dengan Batu Maung? Kawasan Yang Sedang Meningkat Naik

Sebut saja Batu Maung, mungkin ramai yang tak tahu di mana lokasinya. Tapi bagi mereka yang menetap atau bekerja di Pulau Pinang, pasti teruja dengan pembangunan pesat yang dialami Batu Maung dan kawasan sekitarnya.

Di Mana Batu Maung Ni?

Batu Maung terletak di Barat Daya Pulau Pinang. Kalau kita nak masuk Pulau Pinang melalui jalan darat, daripada lebuhraya hanya perlu melalui Jambatan Kedua Pulau Pinang dan dah nak sampai Batu Maung ni.

Kalau masuk Pulau Pinang melalui jalan udara pula, memang dekat sangatlah bila dah landing di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang.

Asal-Usul Batu Maung

Sebelum siapnya Jambatan Kedua Pulau Pinang, Batu Maung tak terkenal pun. Kerana pada masa itu, hanya ada perkampungan nelayan sahaja. Nak beli ikan murah dan segar, ramai yang akan ke Batu Maung.

Pembangunan yang berlaku di Batu Maung bermula dengan rancaknya apabila telah siap Jambatan Kedua Pulau Pinang (Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah). Mulalah pemaju hartanah berlumba-lumba untuk membina rumah di sini.

Lokasi Menarik Batu Maung

Di antara kawasan tumpuan pelancong di sini adalah Muzium Perang yang dibina oleh tentera British pada tahun 1930-an. Kalau nak tengok peninggalan perang, bolehlah datang ke sini.

Juga ada Akuarium Batu Maung bagi mereka yang nak tengok keindahan ikan-ikan. Maklumlah, asal-usul Batu Maung pun kampung nelayan kan?

Selain daripada itu, Batu Maung juga terletak berhampiran dengan Zon Perindustrian Bebas atau Free Industrial Zone yang menempatkan syarikat-syarikat ternama seperti Agilent Technologies, Clarion, Renesas, Osram, Intel, Bosch dan banyak lagi.

Pernah pergi tak Design Village Premium Outlet Mall? Ianya seberang saja Jambatan Kedua Pulau Pinang ni. Dan katanya IKEA baru pun akan siap tak lama lagi, cuma perlu menyeberangi Jambatan tersebut dah sampai.

Infrastruktur Pengangkutan Batu Maung

Batu Maung sebenarnya terletak di lokasi yang strategik iaitu berhampiran dengan dua nadi infrastruktur pengangkutan terkenal Pulau Pinang, iaitu Jambatan Kedua Pulau Pinang (Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah) dan juga Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang.

Batu Maung juga terletak bersebelahan dengan Bayan Lepas dan dihubungkan dengan George Town oleh Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu. Malah, bas Rapid Penang pun ada melalui Kawasan Batu Maung bagi menghubungkannya dengan tempat lain di Pulau Pinang.

Dengan siapnya flyover baru di Bayan Lepas pada penghujung tahun lepas, kini lebih mudah dan dekat untuk anda ke Lapangan Terbang dari Batu Maung. Keadaan trafik juga semakin lancar sejak itu. Baca saja artikel daripada The Star berikut untuk maklumat lanjut.

Senang cerita, daripada segi akses pengangkutan di Batu Maung cukup lengkap.

Sektor Hartanah Batu Maung

Biasalah kan, kalau pembangunan dah rancak, sektor hartanah pun mestilah rancak juga. Untuk itu, jom kita tengok perkembangan sektor hartanah di Batu Maung.

Untuk itu, kita akan guna laman web Brickz sebagai rujukan, sebab ia mengambil data daripada Jabatan Penilaian Dan Perkhidmatan Harta, yang merupakan sebuah jabatan di bawah Kementerian Kewangan Malaysia. Ia juga merekodkan segala transaksi hartanah setelah duti setem bagi Sale and Purchase Agreement yang telah dibayar.

Sumber: Brickz

Jom kita tengok hartanah landed di Batu Maung seperti di atas. Secara puratanya, harga median hartanah landed di Batu Maung berharga lebih kurang RM1 juta.

Kita ambil saja rumah teres di Sunway Tunas Jaya, semasa ianya baru dilancarkan pada tahun 2003 harganya adalah pada paras RM380 ribu, tetapi kini naik sampai RM1.1 juta.

Begitu juga halnya dengan Sunway Mutiara. Harga semi-D pada waktu pelancaran pada tahun 2005 adalah sekitar RM750,000, dan kini hampir naik sekali ganda pada paras RM1.38 juta.

Memang berpotensi besar sangatlah hartanah di Batu Maung ini.

Projek Perumahan Mewah Batu Maung

Kenapa semakin banyak pemaju membangunkan projek mewah berharga RM1 juta dan ke atas di Batu Maung? Sebab utamanya adalah kawasan tanah yang lebih luas sekaligus kawasan built-up yang lebih besar, dan kawasan yang penuh dengan pokok-pokok dan tumbuh-tumbuhan yang membentuk rimbunan hijau.

Maka dapatlah anda menikmati ketenangan selepas seharian penat bekerja dengan kawasan lapang yang luas untuk bermain bersama-sama dengan keluarga tercinta. Keadaan trafik yang tak sesak dan kedudukannya yang sangat strategik menjadikan Batu Maung sebuah kawasan yang semakin ‘hot’ dan meningkat naik.

Sumber: Brickz

Tengok saja harga hartanah di Batu Maung untuk beberapa tahun kebelakangan ini. Kalau diikutkan kepada trendline hartanah mewah, pada April 2013 ianya berada di paras RM1.1 juta dan meningkat naik ke paras RM1.3 juta pada November 2017.

Agak-agaknya akan naik lagi atau tak tahun ini dan akan datang?

Sunway Cassia @ Batu Maung

Dengar cerita Sunway Property baru siapkan satu projek di Batu Maung ni yang bernama Sunway Cassia.

Tengok dulu video di bawah mana tahu berkenan ke:

Komen

komen

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Send this to a friend