Adakah Skim FundMyHome Penyelesaian Bagi Mereka Yang Belum Beli Rumah?

Memang banyak kekangan bagi mereka yang ingin membeli rumah pertama. Di antaranya adalah tak tahu berapa harga rumah yang mampu dibeli berdasarkan gaji, kedudukan kewangan sama ada baik atau tidak, masalah untuk mengumpul deposit dan banyak lagi.

Selain daripada itu juga, kita berdepan dengan masalah semakin banyak rumah tidak terjual yang berada pada paras tertinggi. Pada suku pertama tahun 2018, bilangan rumah siap tidak terjual mencecah sebanyak 34,532 unit dan dianggarkan bernilai RM 22.6 bilion.

Maka lahirlah FundMyHome ini bagi mengatasi masalah kritikal yang dihadapi pembeli dan pemaju. Ia dirasmikan oleh Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pada 4 November lalu.

Nampak gaya projek ini sudah mendapat restu pihak kerajaan. Rujuk Dr M: Property Crowdfunding Will Help Build One Million Affordable Homes.

Menteri Kewangan, YB Lim Guan Eng pula berkata kerajaan akan memberi kelulusan kepada projek “property crowdfunding” sebegini dan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia perlu memantau mekanisma pelaksanaannya. Rujuk Crowdfunding for housing worth the risk, says Guan Eng.

Apa Itu FundMyHome?

Sumber: Laman Web FundMyHome

Projek ini dibangunkan oleh EdgeProp Sdn Bhd dan merupakan satu cetusan idea untuk menyelesaikan ketidakcekapan pasaran yang sedang berlaku. Ia menemukan pembeli rumah pertama dan institusi kewangan dan perumahan dengan satu platform yang mudah.

Pembeli cuma perlu bayar 20% sahaja daripada harga rumah, dah boleh terus masuk ke dalam rumah idaman hari ini. Tiada lagi instalment bulanan seperti cara lama.

Baki 80% harga rumah akan disumbang oleh pembiaya yang terlibat, yang akan berkongsi pulangan daripada harga masa depan rumah tersebut.

Pembiaya buat masa ni hanya dibuka bank-bank, institusi kewangan dan sewaktu dengannya. Nampak gaya macam KWSP mungkin diberi lampu hijau untuk menjadi pembiaya. Rujuk Dr M: EPF Can Invest in FundMyHome Scheme If It Wants.

Apa Kelebihan Dan Kekurangan FundMyHome?

Sumber: Laman Web FundMyHome

Anda perlu tahu bahawa, inisiatif FundMyHome ini adalah disasarkan kepada mereka yang mahu membeli rumah untuk tujuan didiami sendiri atau disewakan.

Skim ini bukannya untuk spekulator atau juga dikenali sebagai flipper, di mana mereka ini jual beli rumah dalam masa yang singkat.

Kelebihannya, pembeli tidak perlu bayar sebarang faedah kerana tiada sebarang pembiayaan / pinjaman yang terlibat, tiada sebarang bayaran bulanan. Bayar 20% daripada harga rumah, dan rumah tersebut ‘jadi milik’ anda.

Kekurangannya pula, bayaran 20% itu mungkin agak tinggi dan pembeli mungkin perlu membuat pembiayaan peribadi. Kebanyakan pembeli rumah pertama terutamanya anak muda sebenarnya sukar dalam menyediakan wang pendahuluan atau deposit.

Keduanya anda perlu tanggung sebarang penurunan harga rumah. Walau bagaimanapun, anda hanya akan rugi berdasarkan jumlah yang telah dilaburkan.

Apa Syarat-Syarat Nak Beli Rumah FundMyHome?

Mereka yang layak untuk membeli rumah menerusi inisiatif FundMyHome perlu memenuhi syarat-syarat berikut:

  • Warganegara Malaysia
  • 18 tahun dan ke atas
  • Pembeli rumah pertama
  • Bukan seorang yang bankrap

Perbandingan FundMyHome Dengan Cara Tradisional

Sumber: Laman Web FundMyHome

Jika diikutkan, cara tradisional pembelian rumah hanya memerlukan 10% duit muka tetapi mungkin berdepan dengan masalah cashflow bayaran balik pembiayaan perumahan.

Jom Tengok Rumah Yang Anda Boleh Beli Dengan FundMyHome

Sumber: Laman Web FundMyHome

Pembeli kena berhati-hati dan pastikan harga pasaran rumah yang ditawarkan adalah munasabah dan tidak terperangkap membeli pada harga yang bakal merugikan. Semak dulu harga pasaran rumah-rumah ini sebelum ambil keputusan membeli.

4 Langkah Mudah Bagi FundMyHome

Sumber: Laman Web FundMyHome

Cukup mudah dengan FundMyHome ni, dengan 4 langkah berikut:

1. Cari rumah yang anda berkenan

2. Beli rumah dengan membayar 20% daripada harga rumah

3. Tinggal di rumah tersebut atau sewakannya, tanpa sebarang instalment bulanan atau faedah dikenakan

4. Tahun ke-5 dah boleh refinance atau jual untuk peroleh keuntungan

Situasi Menang-Menang Untuk Semua Pihak

  • Pembeli Rumah dapat beli rumah dengan mudah, tak perlu risau akan pembiayaan atau faedah pinjaman
  • Pelabur dapat cara yang mudah dan selamat untuk melabur dalam hartanah
  • Pemaju mempunyai mekanisma untuk melariskan rumah mereka
  • Kerajaan dapat memenuhi keperluan perumahan rakyat dengan menggabungkan teknologi bagi meningkatkan produktiviti

Nak Tahu Lebih Lanjut Pasal FundMyHome?

Boleh hubungi mereka di:

Komen

komen

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Send this to a friend