Belanjawanku Kata RM870 Untuk Memiliki Rumah Di Lembah Klang, Cukup Ke?

anak muda mampu beli rumah

Tanggal 4 Mac yang lalu, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dengan kerjasama Universiti Malaya (UM) dan Social Wellbeing Research Centre (SWRC) telah mengeluarkan sebuah panduan perbelanjaan untuk penduduk Lembah Klang.

Panduan yang menunjukkan perbelanjaan minimum bulanan atas setiap kategori barangan dan perkhidmatan untuk pelbagai isi rumah di Malaysia. Belanjawanku boleh digunakan untuk merancang perbelanjaan peribadi dan keluarga bagi mencapai taraf hidup yang baik. Ia berdasarkan pola perbelanjaan sebenar barangan dan perkhidmatan oleh isi rumah di Lembah Klang.

Nak tahu lebih lanjut berkenaan Belanjawanku, boleh baca Belanjawanku – Panduan Perbelanjaan Untuk Individu & Keluarga di Malaysia.

Tanpa membuang masa, jom kita dengar kupasan menarik daripada Hartabumi.com berkenaan isu ini.

Relevankah Belanjawanku Untuk Memiliki Rumah?

Secara asasnya, Belanjawanku merupakan panduan perbelanjaan untuk membeli barang serta perkhidmatan yang disifatkan sebagai keperluan oleh rakyat Malaysia bagi mencapai sebuah kehidupan standard yang boleh diterima (acceptable standard of living).

Bukan hanya melihat kepada keperluan asas, Belanjawanku turut mengambil kira keperluan seseorang individu itu atau keluarga untuk terlibat aktif dalam aktiviti komuniti serta perjumpaan bersama rakan-rakan dan keluarga.

Pendek kata, Belanjawanku ini diterbitkan sebagai panduan kepada rakyat Malaysia untuk menguruskan perbelanjaan supaya mempunyai kualiti hidup yang lebih baik dan bermakna.

Kredit: Aminoapps

Untuk makluman, panduan Belajawanku ini dikeluarkan berdasarkan bancian perbelanjaan isirumah serta bancian harga barang dan perkhidmatan melalui katalog, internet dan di premis-premis perniagaan bermula dari Julai 2017 sehingga Julai 2018.

“Tahukah anda, individu bujang dan belum berkahwin memerlukan sekurang-kurangnya RM1,870 setiap bulan untuk mencapai acceptable standard of living.”

Manakala pasangan yang sudah berkahwin pula memerlukan RM4,420 sehingga RM6,620 setiap bulan mengikut jumlah bilangan anak yang dimiliki.

Bagi pasangan yang sudah berumur pula (elderly couple), mereka memerlukan jumlah wang perbelanjaan sebanyak RM3,090 setiap bulan.

“Tapi, benarkah perbelanjaan yang disarankan ini benar-benar dapat meningkatkan kualiti hidup rakyat Malaysia?”

Kredit: Tenor

Berdasarkan panduan Belanjawanku ini, peruntukan yang diletakkan bagi kategori “housing” untuk individu bujang ialah RM300 dengan menyewa bilik sebagai tempat tinggal. Manakala pasangan yang sudah berkahwin pula, peruntukan yang diletakkan ialah RM870 sebulan sebagai harga sewaan atau bayaran ansuran pembelian rumah.

Namun, persoalannya adakah RM300 ini mencukupi sebagai sewaan bilik individu bujang? Ya, mungkin terdapat masih banyak bilik yang ditawarkan pada harga RM300 sebulan tetapi mungkin lokasi adalah kurang strategik dan jauh dari tempat kerja.

Begitu juga dengan peruntukan RM870 untuk pasangan sudah berkahwin bagi menyewa rumah atau bayaran bulanan pembelian rumah. Adakah peruntukan yang dinyatakan dalam Belanjawanku ini relevan?

Hal ini kerana dengan harga RM870, rumah mana yang mampu disewa di sekitar Kuala Lumpur? Jika menyewa rumah yang terletak sedikit jauh dari bandar Kuala Lumpur, mungkin ia adalah realistik tetapi pasangan berkahwin ini kemudiannya perlu memikirkan perkara-perkara lain seperti kos minyak kenderaan untuk ke tempat kerja.

Kredit: WordPress

Begitu juga jika RM870 yang dinyatakan ini adalah bayaran ansuran bulanan untuk pembelian rumah, ia mungkin boleh disifatkan sebagai rendah kerana jika dikira secara kasar, bayaran bulanan RM870 ini anda hanya mungkin dapat membeli rumah berharga sekitar RM180,000 sahaja. Sedangkan harga rumah PR1MA di Alam Damai Cheras juga berharga kira-kira RM350,000.

Tidak dinafikan inisiatif KWSP dan SWRC ini adalah amat baik kerana ia boleh dijadikan sebagai panduan rakyat Malaysia dalam berbelanja dan dalam masa yang sama boleh digunakan pihak kerajaan untuk merangka polisi seperti menentukan gaji minimum.

Namun, ia menimbulkan sedikit persoalan apabila peruntukan perbelanjaan yang dinyatakan dalam kategori “housing” Belanjawanku ini adalah rendah dan adakah Belanjawanku ini mampu dijadikan sebagai panduan untuk meningkatkan kualiti hidup rakyat Malaysia?

Kredit: Gfycat

Melihat kepada situasi hari ini, ia boleh disifatkan sebagai sukar untuk mendapatkan rumah yang berharga di bawah RM300,000 di sekitar Lembah Klang.

Namun, dengan inisiatif daripada pihak kerajaan yang telah melancarkan Home Ownership Campaign (HOC), kini anda boleh memiliki rumah pada harga yang lebih murah dengan tawaran diskaun sehingga 30%.

Miliki PR1MA, Alam Damai Ini Dengan Diskaun 25% Sehingga 10 Mac Sekarang !!!

Baca juga artikel-artikel menarik berikut:

Komen

komen

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Send this to a friend