Berita Baik. Pembeli Rumah 1, Pemaju Perumahan Kaki Ngelat 0

Baru-baru ini, kita digemparkan dengan berita gembira di mana Mahkamah Tinggi Malaysia telah memutuskan bahawa Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kejaraan Tempatan (KPKT) tidak berhak untuk memberikan lanjutan masa kepada pemaju yang gagal menyiapkan projek mereka mengikut tempoh masa yang ditetapkan.

Keputusan Hakim Mahkamah Tinggi ini pasti membuat semua pembeli berasa selamat lepas ni, kerana mereka telah sekian lama mengamalkan taktik untuk berjumpa dengan pihak KPKT dan minta untuk dilanjutkan masa.

Sekiranya penangguhan tersebut lulus sebagai contoh untuk 12 bulan, pemaju dapat mengelak daripada membayar pampasan kepada pembeli rumah. Malah pembeli rumah hilang hak untuk menuntut gantirugi. Mengikut kepada kontrak, pembeli rumah ada yang boleh claim sebanyak 10% daripada harga pembelian jika berlakunya kelewatan. Banyak tu!

Kemenangan Besar Buat Pembeli Rumah

Bayangkan, anda telah diberikan janji-janji manis daripada pemaju dan ejen hartanah mengenai rumah idaman anda, dan telah menunggu 2-3 tahun untuk rumah tersebut siap. Duit deposit pun dah bayar, S&P pun dah sign, tapi menjelang tarikh ia dijanjikan siap, anda diberi pelbagai alasan.

Nak beli rumah lain, harga makin mahal ikut kepada kenaikan harga 2-3 tahun lepas anda buat pembelian. Disebabkan itu, ‘dana’ anda tersangkut di sini, tak kisahlah rumah untuk didiami atau pun untuk pelaburan.

Ramai Dah Kena, Jadi Harap Dijadikan Iktibar

Kalau ikutkan, pemaju terpaksalah menyiapkan rumah mengikut tempoh masa yang telah dijanjikan. Kerana rata-rata rumah yang sedang dalam pembinaan, kebanyakannya memang laris macam pisang goreng panas, jadi tiada alasan yang kukuh untuk melewatkannya. Duit deposit dah dapat daripada pembeli, maka adalah adil sekiranya pembeli dapat menunaikan hak dengan menuntut gantirugi sebanyak 10% daripada harga belian rumah tersebut.

Ramai tak tahu bahawa di bawah Akta Perumahan 118, sekiranya terdapat masalah dalam pembinaan rumah yang ditimbulkan oleh pemaju, pembeli berhak untuk menuntut ganti rugi.

Diharapkan berita baik ini sedikit sebanyak dapat membantu anda untuk buat keputusan membeli rumah dan usah bertangguh lagi.

Kalau tak tahu berapa harga rumah yang anda mampu beli, jom kita kira Formula DSR (Debt Service Ratio).

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Harga Keluli, Simen Dari Bulan Ke Bulan Kekal Tidak Berubah Pada Mac

KUALA LUMPUR, 4 April  (Bernama) — Indeks harga seunit bagi keluli dan simen dari bulan ke bulan  kekal tidak berubah bagi kebanyakan kawasan di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak pada Mac 2024 berbanding Februari 2024, kata Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Ketua Perangkawan Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata harga purata seunit keluli, yang terdiri daripada bar bulat keluli lembut dan bar cacat tegangan tinggi Mycon 60, ialah RM3,683.51 setan, naik sedikit kepada 0.1 peratus pada Mac 2024, berbanding RM3,679.54 setan pada Februari 2024.

Bagaimanapun, beliau berkata terdapat sedikit peningkatan dalam indeks harga seunit keluli di kawasan Kota Kinabalu (0.2 peratus) dan Sandakan (1.1 peratus) pada Mac 2024.

“Perbandingan tahunan harga purata seunit keluli mencatatkan penurunan kecil  iaitu negatif 0.2 peratus pada Mac 2024 berbanding RM3,690.90 setan pada Mac 2023,” katanya.

Selain itu, beliau berkata harga purata simen mencatatkan sedikit peningkatan sebanyak 0.2 peratus, dengan harga purata RM23.01 setiap beg 50 kilogram (kg) pada Mac 2024 berbanding RM22.97 bagi beg 50 kg pada Februari 2024.

Bagaimanapun, beliau berkata terdapat sedikit penurunan sebanyak 0.3 peratus untuk indeks harga simen di Terengganu dan Kelantan sepanjang Mac 2024.

“Manakala purata harga seunit simen meningkat 2.7 peratus pada Mac 2024 berbanding RM22.41 setiap beg 50 kg pada Mac 2023,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sementara itu, Mohd Uzir berkata perbandingan tahunan bagi Mac 2023 dan Mac 2024 menunjukkan indeks harga seunit simen meningkat di antara 0.9 peratus hingga 7.7 peratus bagi semua kawasan di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak, tetapi indeks harga seunit bahan itu mencatatkan sedikit penurunan di Kota Kinabalu (-0.7 peratus) dan Kuching (-0.1 peratus).

“Selain itu, perbandingan tahunan untuk indeks harga seunit keluli menunjukkan penurunan di antara negatif 0.8 peratus hingga negatif 4.9 peratus untuk Mac 2024 berbanding bulan yang sama tahun sebelumnya.

“Bagaimanapun, hanya Johor mencatatkan peningkatan dalam indeks harga seunit keluli (2.1 peratus),” katanya.

Menurut Jabatan Perangkaan, mulai Januari 2024 Indeks Kos Bahan Binaan Bangunan (IKB) mengikut kategori dan kawasan bangunan diasaskan semula kepada Januari 2023 bersamaan dengan 100 (Januari 2023=100).

Jabatan itu berkata IKB dari bulan ke bulan (termasuk bar keluli) untuk semua kategori bangunan pada Mac 2024 meningkat di antara 0.1 peratus hingga 0.2 peratus bagi hampir semua kawasan di Semenanjung Malaysia, dengan sedikit penurunan direkodkan untuk IKB (termasuk bar keluli) untuk bangunan kayu dan cerucuk kayu di Terengganu dan Kelantan (masing-masing -0.6 peratus).

Ia berkata IKB (termasuk bar keluli) di Sabah juga lebih tinggi antara 0.1 peratus dan 0.5 peratus untuk hampir semua kategori bangunan.

“IKB (termasuk bar keluli) untuk semua kategori di Kota Kinabalu dan Tawau menunjukkan sedikit peningkatan sebanyak 0.1 peratus dan 0.2 peratus pada Mac 2024 berbanding bulan sebelumnya.

“Sementara itu, indeks untuk hampir semua kategori bangunan di Sandakan meningkat di antara 0.1 peratus dan 0.5 peratus untuk hampir semua kategori bangunan berbanding Februari 2024,” katanya.

— BERNAMA