Pembiayaan Perumahan – Beza Panjangkan Tempoh Bayaran Dengan Bayar RM100 Lebih Sebulan

Dalam memilih pembiayaan perumahan, biasanya kita akan diberi pilihan oleh banker. Demi jimat sedikit instalment bulanan, ada yang memilih untuk memanjangkan tempoh bayaran untuk beberapa tahun.

Tapi pernah tak anda terfikir yang mana lebih menguntungkan bagi jangka masa panjang?

Jom kita buat simulasi agar dapat buat perbandingan. Untuk itu, kita gunakan maklumat berikut:

  • Jumlah Pembiayaan = RM200,000
  • Kadar Keuntungan = 4.45%

Keputusannya seperti di bawah:

Sumber: Calculator.com.my

Biar betul, beza sampai 7 tahun? Bayar lebih RM101.80 je sebulan, tapi tempoh pembiayaan dikurangkan sebanyak 7 tahun.

Perbandingan lebih lanjut boleh tengok sendiri seperti berikut:

Nak tengok apa jadi kalau kita bayar lebih RM50 sebulan pula?

Sumber: Calculator.com.my

Itu bagi pembiayaan RM200,000, ada contoh lain tak?Dengan membayar RM50 lebih sebulan pun, dapat jimat sampai 4 tahun tempoh pembiayaan rumah kita.

Pembiayaan RM500,000

Sama juga, jom kita buat simulasi agar dapat buat perbandingan. Untuk itu, kita gunakan maklumat berikut:

  • Jumlah Pembiayaan = RM500,000
  • Kadar Keuntungan = 4.45%

Keputusannya seperti di bawah:

Sumber: Calculator.com.my

 

Untuk pembiayaan yang lebih tinggi, dengan membayar lebih RM93.31 setiap bulan, dapat juga jimat 3 tahun tempoh pembiayaan.

Bagaimana pula kalau kita bayar lebih sebanyak RM150 sebulan?

Kalau rasa nak buat kira-kira sendiri, boleh guna Home Loan Calculator ni.Dapat juga berjimat 5 tahun kalau kita bayar RM167.76 lebih setiap bulan.

Kalau Mampu Bayar Lebih Setiap Bulan, Silakan

Dah tahu betapa besar perbezaan kalau kita mampu bayar lebih bagi instalment bulanan, maka eloklah kita tahan sikit nafsu untuk berbelanja ke tempat lain. Lagipun rumah merupakan aset yang meningkat nilai saban tahun, maka pengorbanan ini pastinya berbaloi.

Jemput juga baca:

Komen

komen

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Send this to a friend